Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?

Han OthmanBy Han Othman07/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA memandu malam atau cuaca gelap, kita tanpa disuruh pasti menyalakan lampu kenderaan. Alasannya mudah, cahaya lampu membantu kejelasan pandangan sepanjang pemanduan. Namun, lampu kenderaan bukanlah semestinya dipasang apabila memandu dalam cuaca gelap atau malam saja, tetapi juga wajib dilakukan jika memandu dalam hujan walaupun hari siang.

Malangnya, masih ramai kalangan pemandu enggan melakukannya. Ini kerana masing-masing beranggapan kenapa perlu memasang lampu ketika siang kerana cuaca sedang cerah, sambil mendakwa mata sendiri sudah cukup jelas untuk melihat apa saja objek sekeliling.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pandu Selamat Ketika Hujan Lebat

BUKANKAH HARI SIANG?

Tetapi, tahukah anda kewajaran dan alasan kukuh kenapa lampu perlu dipasang ketika hujan siang? Kami akan jelaskan secara mudah dan ringkas dalam artikel di bawah.

Begini, kita mungkin ada sepasang mata yang cukup terang, dan set bilah pengelap (wiper) terbaik untuk cermin depan dan belakang, tetapi masih ada bahagian yang dikaburi – tingkap tepi dan cermin sisi! Lihatlah gambar tanpa suntingan di bawah.


Soalannya, apakah kereta kita ada bilah pengelap tingkap tepi dan cermin sisi? Jadi, inilah alasan kukuh kenapa kita perlu memasang lampu apabila memandu ketika hujan siang. Ini kerana titis hujan yang membasahi atau melekat pada dua cermin itu akan mengurangkan tahap kejelasan pandangan.

Malah, situasi jadi lebih buruk ketika hujan lebat kerana tempias hujan dan percikan air daripada roda (bayangkan desiran air di belakang bot laju) akan menjejaskan lagi pandangan. Jika kita menunggang motosikal, kelibat kita boleh lesap ditelan percikan air walaupun lampu terpasang. Apatah lagi jika lampu tidak terpasang (mentol terbakar, tetapi buat tidak peduli)! Jadi nasihat kami kepada penunggang motosikal, carilah tempat berteduh yang selamat dan tunggulah hujan reda.

BACA >>> Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

SALING MEMBANTU

Jadi, lampu yang dipasang kenderaan lain, termasuk kereta kita sendiri akan berfungsi sebagai bantuan pencahayaan atau kejelasan pandangan untuk saling membantu sesama pengguna jalan raya lain. Kita membantu pengguna lain perasan kereta kita, dan pengguna lain pula membantu kita melihat mereka. Beginilah sepatutnya.

Sekarang, mari kita lihat dua gambar di bawah tentang perbandingan antara kenderaan yang dipasangkan lampu dan tidak berlampu:

* Klik pada gambar untuk zum besar.

PASANG LAMPU
TIDAK PASANG LAMPU

Sekarang kita sudah jelas, kenapa lampu kenderaan perlu dipasang walaupun hujan siang. Apabila hujan sudah reda dan cuaca kembali cerah, tutuplah semula lampu. Bukan susah sangat pun. Apapun, jika memandu dengan lampu dipasang ketika siang, jangan pula lupa mematikannya apabila mahu meninggalkan kenderaan.

Maklumlah, cuaca cerah dan kita mudah tidak perasan lampu sedang terpasang. Lebih-lebih lagi kenderaan tanpa ciri lampu menyala automatik dan penggera khas untuk lampu yang tidak ditutup selepas enjin dimatikan.

TRIVIA

Tahukah anda, motosikal sebelum pertengahan 90-an ada suis ON/OFF untuk menghidupkan dan mematikan lampu. Tidak seperti motosikal moden masa kini yang lampu depan terpasang automatik sebaik saja enjin dihidupkan. Sebaliknya, penunggang hari ini cuma diberikan suis untuk tetapan lampu suluh tinggi (high beam).

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah menambah kejelasan pengguna jalan raya lain terhadap kelibat penunggang motosikal atas jalan. Ini kerana fizikal motosikal yang kecil dan mudah terlindung di titik buta (blind spot) menyukarkan pemandu kereta atau kenderaan lain menyedari kehadiran mereka. Lebih-lebih lagi ketika cuaca gelap atau hujan waktu siang. Jadi, Kerajaan mewajibkan fungsi lampu siap terpasang sepanjang masa sebagai ciri mandatori semua motosikal baharu di Malaysia.

autotainment pasang lampu ketika hujan siang tahukah anda tip memandu ketika hujan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.