Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERNAHKAN anda berdepan dengan situasi dalam video 8 saat di atas? Ya, roda kereta memang boleh tercabut (bukan Myvi saja), bergolek atau melantun atas jalan yang dapatlah diibaratkan seperti ‘peluru berpandu jalan raya’ kerana impaknya boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

Tahukah anda, sebutir roda yang tercabut dan terpelanting adalah seberat 70kg dan impaknya berbeza mengikut ketinggian lantunan atau kelajuan impak pada manusia atau objek yang dihentam?

Biasanya, tayar yang tercabut lebih banyak membabitkan kenderaan berat seperti lori atau treler berbanding kereta biasa dan berlaku di banyak negara termasuk Malaysia.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu

Satu kajian dan penyiasatan membabitkan 643 kes kemalangan akibat tayar tercabut antara 2000 hingga 2003 mendapati ada dua penyebab utama berlaku situasi itu, iaitu:

  • Nat rim longgar – 65 peratus
  • Bering rosak – 26 peratus
  • Lain-lain (seperti gandar dan suspensi rosak) – 9 peratus

Ada laporan di Kanada mendedahkan 83 peratus kes dilaporkan membabitkan tayar yang baru disenggara atau dibaiki sebelum berlaku kejadian tercabut.

BAGAIMANAKAH MASALAH BERLAKU?

Ada dua kemungkinan yang menyebabkan tayar sesebuah kenderaan boleh tertanggal iaitu:

  • Bering roda terlebih atau kurang ketat.
  • Kurang pelincir pada bering

Dengan merujuk gambar rajah di atas, roda kurang ketat boleh menyebabkan tayar bergoyang atas spindel (spindle), sekali gus menyebabkan kerosakan pada komponen kedap (seal) hingga membuatkan berlalku situasi kehilangan bendalir dan kerosakan bering.

Jika roda terlebih ketat pula, bearing boleh jadi terlampau panas, kedap rosal dan kehilangan pelincir.

Pengikat (fastener) juga boleh menjadi punca roda tercabut, selain faktor nat rim atau nat lug longgar kerana lebihan lapisan cat, karat atau kotoran antara ruang mengetat komponen (wheel end).

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek – Dari Blok Kayu, ABS hingga Brek Autonomi

Masalah itu juga mungkin disebabkan mekanik cuai atau tidak mengikuti arahan seperti:

  • Tidak menggunakan mengetatkan komponen mengikut daya tork sesuai mengokut saranan pengeluar.
  • Teknik mengetat salah – menggunakan peralatan tidak sesuai
  • Tiada semakan semula tork ketika melakukan kerja penyelenggaraan

Kerosakan atau bebenang nat haus juga boleh menyebabkan kekuatan ikatan menjadi lemah hingga berlaku kes roda tertanggal.

CARA BANTU ELAK RODA TERCABUT

Tiada cara lain melainkan pemeriksaan fizikal seperti:

  • menggunakan alatan sesuai sebelum sesebuah kenderaan memulakan perjalanan.
  • Pemandu buat pemeriksaan susulan apabila berhenti berehat di kawasan selamat.
  • Periksa setiap nat dan bukan ketuk roda dengan batang kayu. Ini perlu kerana setiap nat kenderaan berat menerima stres tinggi ketika memandu berbanding nat kereta biasa
Petunjuk plastik menghala arah susunan nat bersebelah
Petunjuk plastik ubah arah menandakan ada nat longgar
  • Guna indikator plastik pada sebagai petunjuk atau klip antara nat untuk elak berputar. Jika ada kesan plastik cair atau warna pudar, itu petunjuk awal ada masalah lain pada roda seperti brek melekat atau hab kering. 

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?
BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
BACA >>> Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

SUMBER: MockTheoryTest | FamilyHandyman | TruckingInfo

autotainment kenapa tayar boleh tertanggal KEnapa Tayar Lori Tercabut Perodua Myvi tahukah anda Tayar lori tercabut tayar terpelanting tayar treler Tayar Treler Tercabut
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie02/06/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.