Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH banyka pengeluar automotif membekalkan tayar ganti untuk produk mereka walaupun ada sudah beralih kepada tawaran kit baik pulih tayar bocor, atau menggunakan tayar flat-run.

Tayar ganti biasanya hadir sama ada saiz penuh atau jenis donat dengan saiz lebih kecil. Bagi tayar saiz penuh, konsepnya mudah iaitu pasang dan terus pandu seperti biasa, tetapi tidak sama tayar ganti donut.

Berikut lima perkara anda perlu tahu mengenai tayar donat:

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?

1. Berapa Jarak Maksimum?
  • Ada bertanya berapa jauh dibenarkan memandu menggunakan tayar donat? Jawapannya mungkin ada dalam buku manual kereta anda. Jika tiada, pendekatan selamat boleh diambil adalah jangan pandu lebih 110km.
  • Jarak itu adalah rekomendasi umum kerana tayar donat biasanya bukan direka untuk memandu jarak jauh. Tayar itu cuma membantu anda memandu ke bengkel terdekat untuk menampal tayar asal, atau menukar baharu.
2. Kalau Pandu Lebih Had?
  • Anda harus tahu tayar donat dicipta untuk pemanduan jarak dekat, manakala struktur tayar bukan jenis diperkuat. Ingat, itu cuma tayar ganti dan tidak menawarkan perlindungan belting untuk mengelak bocor atau impak daripada permukaan jalan tidak rata.
  • Risiko jika memandu lama dengan tayar donat adalah meletup dan boleh menyebabkan kereta terbabas. Penggunaan tempoh lama juga boleh menyebabkan kerosakan mekanikal pada komponen tayar seperti gandar.
3. Berapa Laju Boleh Pandu?

  • Maklumat kelajuan biasanya dipapar pada sisi dinding tayar, atau pelekat besar. Jika tiada, peraturan umum boleh diikut adalah pandu bawah 80kmj.
  • Memandu laju menggunakan tayar donat boleh menyebabkan kerosakan pada sistem gandar atau tayar itu sendiri. Elakkan memandu di lebuh raya melainkan jika tiada pilihan.

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

4. Efek Pemanduan dan Brek?
  • Ya, tayar donat memang memberi kesan terhadap aspek pemanduan, ketika membelok dan respon brek. Ini kerana saiz tayar yang lebih tirus dan kecil mengurangkan sentuhan pada permukaan jalan berbanding tiga lagi tayar biasa.
  • Apabila membrek, pemandu akan berdepan dua situasi, iaitu absorber rasa lebih menjunam pada bahagian tayar donat, kereta seperti terpesong ke sisi. Inilah sebab anda perlu memandu mengikut halaju disarankan.
5. Kenapa Tayar Donat, Bukan Saiz Normal?
  • Ada dua sebab, iaitu kos dan ruang simpanan terhad. Biasanya, pengeluar cuba kurangkan kos sebaik mungkin untuk mengurangkan harga kenderaan.
  • Pilihan ’tayar separuh’ adalah untuk menjimatkan ruang untuk simpanan tayar ganti. Apabila kurang muatan (kerana lebih kecil dan ringan), ini secara langsung menyumbang kepada kadar berat keseluruhan dan menambah baik penggunaan bahan api.

BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…

SUMBER: AutoBlog | SmartMotorist

autotainment berapa laju pandu pakai tayar ganti Roda4 tahukah anda tayar donat tayar ganti
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.