Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD
Autotainment

#TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KONDISI jalan raya teruk seperti licin, berlubang atau rosak, ataupun cuaca buruk seperti hujan lebat, lumpur atau salji boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu.

Jika anda inginkan ekstra keselamatan dan keyakinan memandu dalam apa saja kondisi jalan raya dan cuaca, tetapi masih mahu memandu kereta jenis sedan, maka model sedan dengan konfigurasi pacuan semua roda (AWD) adalah pilihan terbaik buat anda.

Namun, sedan AWD bukanlah kenderaan yang sempurna serba serbi. Sama seperti kenderaan lain, kereta jenis ini juga ada kelebihan dan kekurangan sendiri. 

Antara model sedan AWD terkini yang boleh dibeli di pasaran ialah Kia Stinger, Audi A4, BMW 5 Series, Subaru Impreza dan Mazda3.

APAKAH AWD? 

AWD direka untuk kegunaan atas jalan dengan kebolehan menghantar kuasa enjin kepada semua tayar pada masa sama. Sistem itu akan membantu kereta bergerak ke depan lebih baik berbanding kenderaan pacuan roda depan (FWD) dan belakang (RWD) atas jalan bersalji dan basah. 

Bagi kenderaan prestasi tinggi, sistem AWD membantu mengalihkan tork dari enjin ke permukaan jalan ketika membelok pada halaju tinggi dan ketika kenderaan bergerak dalam kuasa tinggi. Kebanyakan sistem AWD berkebolehan memberikan tork antara tayar depan dan belakang dengan lancar jika diperlukan. Penukaran kepada pemanduan dua roda juga boleh dilakukan dalam keadaan sesuai untuk mendapatkan penjimatan bahan api.

AWD boleh digunakan atas jalan tanpa kesan buruk kerana direka untuk membolehkan setiap tayar berpusing pada halaju sendiri ketika membelok. Ini kerana tayar bahagian dalam berpusing lebih lambat di selekoh berbanding tayar bahagian luar.

Jadi, AWD adalah sistem pacuan yang lebih baik daripada 4WD untuk pemandu biasa yang mahukan keselamatan ketika cuaca buruk.  Penerangan lanjut mengenai perbezaan AWD dan 4WD boleh klik pautan INI.

KELEBIHAN SEDAN AWD

Sedan AWD memang lebih superior atas jalan licin.
1. Traksi Lebih Baik Atas Jalan Licin

Sedan AWD berkebolehan memecut atas jalan licin jauh lebih baik daripada kereta 2WD, sama ada FWD atau RWD. 

Kebiasaannya, kereta 2WD berisiko kehilangan traksi dan mudah tergelincir ketika melalui jalan licin dan bersalji. Lebih teruk, kereta boleh tergelincir hingga keluar laluan dan terlanggar kenderaan lain.

Jadi, sistem AWD menambah baik kebolehan kereta untuk memecut dengan selamat dan stabil.

2. Kurang Risiko Berpusing Ketika Keluar Selekoh

AWD tidak meningkatkan aspek pengendalian kenderaan atas jalan kering secara langsung, tetapi  bergantung kepada kenderaan. Kereta prestasi tinggi menggunakan sistem AWD kerana sistem tersebut dapat menyerap banyak kuasa tanpa memusingkan tayar berlebihan.

Hasilnya, pecutan lebih pantas dapat dilakukan tanpa mengenakan banyak tekanan ke atas tayar. Pemandu juga lebih yakin untuk mengerahkan kuasa daripada kereta.

KEKURANGAN SEDAN AWD

Apa guna pandu sedan AWD kalau pakai tayar botak.
1. Tidak Beri Keselamatan Total Atas Jalan Licin

Fakta ini ramai pemandu terlepas pandang. Walaupun benar sedan AWD mengurangkan risiko tayar tergelincir, tetapi sistem ini tidak menambahkan lebih cengkaman ketika membelok di selekoh dalam cuaca buruk. Pemilihan tayar juga memainkan peranan penting.

2. Sistem Lebih Kompleks dan Kos Lebih Tinggi

Sesetengah pengeluar menawarkan AWD sebagai opsyen varian, dan kebiasaannya berharga lebih tinggi. Sistem AWD yang kompleks membuatkan kos servis dan baik pulih lebih tinggi kerana lebih banyak komponen digunakan seperti tambahan diferensial, klac dan lain-lain.

3. Lebih Makan Minyak

Sistem AWD lebih berat yang secara langsung memberikan kesan negatif terhadap ekonomi bahan api. Bagaimanapun, perbezaan itu tidaklah besar jika dibandingkan kereta FWD dan RWD. Bagi sesetengah model, perbezaan penjimatan bahan api cuma 1.5km per 3 liter.

BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series Catat Masa AWD Terpantas di Nürburgring
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

SUMBER: Car and Driver

4WD autotainment AWD Kelebihan dan Kelemahan Sistem AWD Kelebihan Sedan AWD Kelemahan Sedan AWD Sedan tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.