Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Inilah Cara Pilih Padlock Berkualiti Sebagai Kunci Motosikal Anda
Aksesori

#TahukahAnda: Inilah Cara Pilih Padlock Berkualiti Sebagai Kunci Motosikal Anda

AryonBy Aryon04/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADLOCK, yang juga dipanggil kunci mangga (orang Utara panggil ‘pedai ayam’), atau digelar ‘Solek’ dalam istilah mat motor memang sudah menjadi barang wajib ada. Inilah barang yang wajib dibeli selepas mendapatkan motosikal sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kenderaan mereka dicuri.

Padlock biasanya digunakan untuk mengunci cakera (rotor) brek motosikal. Bagi motosikal yang tiada brek cakera, padlock dikunci pada bahagian sproket belakang yang tujuannya cuma satu, tidak mahu motosikal kena ‘rembat’.

Namun, sesetengah pemilik membeli padlock  murah untuk mengunci motosikal mereka tanpa menyedari produk itu sebenarnya berkualiti rendah. Faktanya, padlock murah sebenarnya tidak memberikan perlindungan optimum kerana mudah ditanggalkan dengan cara memotong, mengumpil, meletakkan asid atau cukup sekadar menghentak menggunakan tukul.

CARA PILIH PADLOCK BERKUALITI

Ada beberapa tip memilih padlock berkualiti yang boleh anda pertimbangkan seperti berikut:

  • Berharga premium hingga mencecah ratusan ringgit – Jika ada mendakwa produk itu berkualiti tetapi berharga sangat murah, anda sepatutnya berfikir banyak kali.
  • Lebih berat – Ini kerana padlock berkualiti menggunakan campuran material, atau keluli khas yang bukan besi biasa semata-mata (ini antara sebab kenapa ia mahal).
  • Pembuatan lebih halus – Tiada rongga besar, tiada sudut tajam dan mesra tangan.
  • Mekanisme lancar – Mudah dibuka dan dikunci menggunakan kunci disediakan. Sekali pulas sudah boleh dibuka.
  • Keselamatan tinggi – Padlock berkualiti biasanya akan menghuraikan spesifikasi dan kehebatan produk itu yang sukar diumpil, dipotong, kalis asid, dan seumpamanya. Padlock murah cukup sekadar dibalut plastik transparen.

INGAT PADLOK, INGAT ‘SAKA LOCK’!

Tahukah anda ada padlock premium  jenama tempatan berkualiti tinggi yang setanding produk luar? Malah dijual pada harga mampu milik. Tetapi ingat, mampu miliki diberikan tidaklah sampai murah tidak masuk akal. Anda sepatutnya membanding harganya dengan produk padlock premium berjenama antarabangsa.

Inilah apa ditawarkan Stopanik Sdn Bhd yang baru saja memperkenalkan padlock ‘SAKA LOCK’ yang betul-betul berkualiti tinggi.

BACA >>> Peranti GPS STOPANIK Khas untuk Mereka yang Sayang Motor Ketat-Ketat!

Sebenarnya, nama ‘Saka’  (bukan pemain Arsenal tu) itu sendiri ada elemen mistik dalam alam Melayu yang merujuk kepada entiti penjaga misteri kuat yang melindungi seseorang. Jadi kekuatan dan kemisterian itulah diketengahkan pada SAKA LOCK. Jadi, apa yang spesial mengenai SAKA LOCK yang namanya cukup kuat dengan perasa tempatan ini?

  • Dihasilkan menggunakan keluli tahan karat SUS304 yang berkualiti tinggi daripada kajian dan penyelidikan (R&D) yang dilakukan selama 12 bulan.
  • Padlock khas yang didatangkan dalam kotak premium, tidak seperti padlock biasa di pasaran yang diletakkan dalam plastik lut sinar.
  • Setiap pek diberikan satu unit padlock dan tiga kunci.
  • Setiap sisi atau pinggir besi direka tidak tajam. Jadi padlock ini memang mesra tangan.

  • Stopanik memberi jaminan kualiti 10 bintang untuk ciri:
    • Antipotong – Mampu menahan playar keluli industri 48 inci.
    • Antiasid – Diuji dengan campuran asid hidroklorik dan asid nitrik dalam nisbah 7:3.
    • Antikarat – Diuji menggunakan mesin semburan garam.
    • Antigergaji – Mampu menahan potongan gergaji besi (hacksaw) 12 inci hingga 30 minit.
    • Antigerudi – Mampu menahan tebukan gerudi keluli aloi hingga 40 minit.
    • Antiumpil – Tidak boleh diumpil kebiasaannya dengan spanar kecil.
  • Ada penarafan RoHS, iaitu polisi piawaian di bawah negara Kesatuan Eropah (EU) untuk produk elektrik dan elektronik yang bebas bahan dan sebatian kimia berbahaya.

  • Selepas ditimbang padlock ini seberat 466.1 gram, lebih suku kilogram! Boleh tahan berat juga dan jangan sesekali dibuat senjata baling anjing atau mana-mana manusia.

NAK BELI?

SAKA LOCK boleh dibeli  pada harga RM160 seunit, atau RM300 (jimat RM20) untuk dua unit. Menariknya, Stopanik turut menawarkan pakej bayaran ansuran untuk seunit menggunakan kad kredit atau kad debit tanpa faedah pada harga RM40 sebulan selama empat bulan. Semua harga adalah termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia!

Lagi, juga ada tawarkan pakej kombo, iaitu beli SAKA LOCK dan SAKA SP05 GPS Tracker Motor pada harga RM150 sebulan selama empat bulan secara ansuran,

* Pemasangan SAKA SP05 GPS Tracker Motor tiada untuk pembeli dari Sabah, Sarawak, Labuan, Pahang, Perlis, Kedah, Terengganu, dan Perak

Setiap pembelian SAKA LOCK dipakejkan bersama waranti 12 bulan, iaitu satu-ganti-satu jika berlaku kecacatan atau kerosakan selepas tarikh pembelian.Butiran lanjut boleh layari sakalock.stopanik.com

Tunggu apa lagi!

aksesori kunci motosikal Lock Motor Mangga Motor Padlock Padlock Motor Terbaik Padlok SAKA LOCK
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aksesori

    TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

    24/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.