• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Peranti GPS STOPANIK Khas untuk Mereka yang Sayang Motor Ketat-Ketat!

Peranti GPS STOPANIK Khas untuk Mereka yang Sayang Motor Ketat-Ketat!

September 6, 2018 By Aryon 7 Comments

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TANPA perlu meminta statistik daripada pihak polis, setiap penunggang pasti sedia maklum tentang kes kecurian motosikal yang tinggi di negara kita. Meskipun tidak menimpa diri sendiri, kita pasti pernah dengar pasal kes curi motosikal berlaku ke atas kawan, jiran atau sanak saudara sekeliling.

Abang sendiri pun sudah ada dua kawan yang motor mereka kena rembat si pencuri lebih kurang 10 tahun dulu. Sampai ada yang sanggup tidur bersama motosikal kesayangan dek kerana takut dirembat orang. Maklum la, motor panas katanya. Jadi risikonya ada.

Teknologi keselamatan motosikal hari ini pula banyak yang berubah seperti ciri pengatup kunci magnetic (magnetic key shutter). Kita sebagai penunggang pula masih mengekalkan cara tradisional mengunci motosikal seperti menggunakan kunci mangga @ Solex, atau rantai besi. Tetapi risikonya tetap ada kerana pencuri hari ini makin maju.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

GPS Tracker STOPANIK
Seiring dengan kemajuan pencuri, kita sebagai pengguna pun sepatutnya maju juga dan antara cara termaju boleh dilakukan ialah memasang peranti penjejak navigasi (GPS tracker) seperti STOPANIK ini.

Sebenarnya, GPS tracker seperti STOPANIK bukanlah inovasi baru dalam keselamatan kenderaan kerana ia sudah lama menjadi ciri khas kereta mewah. Kemudian dengan kehadiran banyak produk aftermarket murah, memasang GPS tracker untuk kereta biasa bukan lagi dilihat sebagai aksesori mahal dan rumit.

TAHAP KESELAMATAN TINGGI

stopanik-gps-tracker-1
stopanik-gps-tracker-3
stopanik-gps-tracker-2

Namun, tidak bagi motosikal kerana memasang GPS tracker ialah perkara yang jarang-jarang dibuat orang. Ini mungkin kerana peranti GPS tracker berharga mahal, tetapi tidak adillah kalau kita bandingkan peranti itu dengan produk semurah Solex fake yang boleh dibeli di Uptown. Sebabnya, GPS tracker menawarkan tahap keselamatan tinggi berbanding cara tradisional biasa.

Tapi kenapa STOPANIK? Ada sebabnya kenapa abang pilih peranti GPS STOPANIK. Antara sebab paling utama ialah ia dijual pada harga mampu milik. Bukan setakat mampu milik, macam-macam ciri dan teknologi terkini ada pada jenama ini. Ibarat duduk rumah pangsapuri, tapi dalam macam banglo.

Lepas pasang peranti GPS STOPANIK ini, anda sebenarnya tidak lagi perlu risau motosikal dirembat pencuri. Menarik tentang STOPANIK, peranti ini boleh dipasangkan untuk apa saja jenis motosikal, termasuk kapcai. Selepas dipasang, kita dapat mengesan lokasi motosikal menggunakan aplikasi mobil atau web secara masa nyata (real time), sepantas setiap 5 saat apabila ada pergerakan motor, dan pada bila-bila masa.

Sesetengah GPS tracker cuma menawarkan aplikasi mengesan lokasi, tetapi STOPANIK lebih canggih. Kalau ada sesiapa menyentuh motosikal sampai bergoyang, peranti ini secara automatik akan menghantar amaran dengan membuat panggilan kepada tuan punya motor. Malah kita juga dibekalkan fungsi mematikan (cut-off) enjin untuk menghalang pencuri menghidupkan motosikal.

Bukan itu saja, STOPANIK turut memberikan ciri Geofencing yang berfungsi memberi mesej kepada pemilik sekiranya motosikal keluar daripada kawasan telah ditandakan. Misalnya, kawasan yang ditanda ialah dalam Malaysia. Apabila motosikal keluar dari sempadan Malaysia, anda akan terima mesej daripada STOPANIK.

Selain itu, setiap pemilik motosikal yang memasang GPS tracker STOPANIK turut akan menerima peringatan apabila tempoh masa servis sudah tiba. Maka, tiada alasan lagi untuk kita lupa servis motosikal.

Lagi? Peranti STOPANIK memiliki jangka hayat bateri tahan laman dan optimum serta cukup tahan lasak dengan ketepatan menjejak lokasi sehampir 5 meter.

PELBAGAI PAKEJ UNTUK DIPILIH


Jika berminat, anda boleh dapatkan produk STOPANIK dengan pakej serendah RM250, yang menawarkan caj langganan platform GPS untuk aplikasi mobil dan web selama 3 bulan percuma. Apapun, ikut bajet anda dan boleh semak senarai lengkap pakej di laman web STOPANIK.

Hal keselamatan memang tiada kompromi dan sepatutnya sentiasa berada dalam bajet penunggang hari ini. Ia patut dianggap sama seperti belanja tahunan insurans kenderaan juga. Memang rasa semacam terbeban perlu mengeluarkan sekian-sekian bajet untuk sesuatu yang tidap dapat dilihat manfaatnya secara jelas. Tetapi sekali bala menimpa, barulah rasa menyesal dan bercucuran air mata kerana tidak buat awal-awal dulu.

Hah, cerita pun dah panjang sangat ni. Takkan tunggu lagi. Nah, layan video bawah ni dulu.

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, GPS, GPS Tracker, motosikal, Penjejak GPS, peranti GPS, roda2, Stopanik

Comments

  1. Ab lasan says

    March 1, 2019 at 2:15 AM

    No wasap

    Reply
  2. Asmida Suhaimi says

    August 7, 2019 at 5:25 PM

    berapa harga pasang gps ni?

    Reply
  3. yulida says

    September 12, 2019 at 11:23 AM

    boleh bagi details , nak pasang kat mana stopanik ini?

    Reply
  4. Arzainie says

    January 13, 2020 at 9:27 AM

    Nk pasang kat mane stopanik GPS ni/ofis kat mane yea

    Reply
  5. zul says

    June 3, 2020 at 8:09 PM

    nk pasang kat mana tuan?kedai kat mana?

    Reply
  6. Muhammad ferdaus says

    November 20, 2020 at 6:15 PM

    Boleh buat pemasangan terus tak. Sebab saya tak tahu nak pasang boleh buat servis pasang sekali tak.

    Reply
    • Abang GYL says

      November 21, 2020 at 10:13 PM

      Boleh.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my