Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 10 Negara Paling Bahaya Memandu di Dunia
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 10 Negara Paling Bahaya Memandu di Dunia

Han OthmanBy Han Othman08/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN keadaan ekonomi dan ketidakstabilan politik menyebabkan negara-negara Afrika menduduki 8 daripada 10 senarai negara paling berbahaya memandu. Dua lagi tempat diisi negara Asia, Iran dan Thailand. Ya, Thailand dan bukan Malaysia. Berbanggalah.

Setiap tahun, berjuta-juta manusia maut akibat kemalangan jalan raya seluruh dunia dengan menyebabkan kerugian puluhan bilion dolar disebabkan kerosakan, ganti rugi, pampasan, dan pelbagai kesan sampingan lain. Senarai 10 negara paling bahaya memandu di dunia di bawah ini diambil daripada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Unit bagi jumlah kematian ialah bagi setiap 100,000 penduduk.

BACA >>> Beg Udara Luaran Mampu Kurangkan Impak Kemalangan Teruk Hingga 40 Peratus

10. MOZAMBIQUE – 31.6

Pemandu Mozambique dikatakan kurang bersabar. Mereka juga kurang peduli dan prihatin kepada pengguna jalan raya lebih kecil seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal, termasuk tiada asas kemahiran memandu selamat. Inilah sebab kenapa negara itu menjadi antara negara paling berbahaya memandu di dunia.

9. RWANDA – 32.1

Republik Rwanda ialah antara negara yang berkepadatan tinggi di Afrika. Tabiat memandu teruk dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya meletakkan negara itu dalam senarai negara paling berbahaya memandu di dunia.

8. IRAN – 32.1

Di Iran, kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan hampir semua pengguna seperti pemandu kereta, penunggang motosikal dan basikal, dan pejalan kaki secara sama rata. Iran ialah salah satu negara yang tiada undang-undang larangan ke atas kanak-kanak memandu. Bank Dunia juga pernah menyenaraikan Iran sebagai antara negara yang memiliki situasi trafik paling rumit di dunia.

7. REPUBLIK AFRIKA TENGAH (CAR) – 32.4

Pemandu di  Republik Afrika Tengah kerap berdepan dengan insiden rompakan bersenjata yang menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian jalan raya di negara itu. Malah, kualiti jalan raya juga sangat teruk walaupun tidak mengalami iklim ekstrem seperti salji dan banjir.

6. TANZANIA – 32.9

Di Tanzania, pemilikan lesen memandu sangat longgar dan rata-rata pemandu tiada pengetahuan tentang pemanduan selamat. Kondisi jalan raya turut menjadi penyumbang besar kepada kadar kemalangan di sana. Malah, penguatkuasaan had laju dan pendaftaran kenderaan juga tidak ketat, cuma sekadar ada saja.

5. REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO – 33.2

Kualiti jalan raya di Congo ualah paling teruk di dunia yang sangat mudah rosak akibat cuaca. Lubang besar atau lopak lumpur sentiasa ada sepanjang jalan raya di negara ini. Ketidaktentuan politik turut mempengaruhi kadar kematian disebabkan kereta di Congo.

4. LIBERIA – 33.7

Kondisi jalan raya teruk dan jenayah bersenjata meletakkan Liberia di kedudukan keempat sebagai negara paling berbahaya memandu di dunia. Penduduk Libya dilaporkan hanya memandu pada waktu siang kerana risiko dibunuh dalam kereta ketika malam ialah sangat tinggi.

3. MALAWI – 35

Kondisi jalan raya teruk, fasiliti kurang disenggara dan kurang pencahayaan ialah cabaran paling bahaya ketika memandu di Malawi. Ini diburukkan lagi dengan masalah rompakan, jalan berlubang, haiwan melintas dan kereta dipandu tanpa lampu.

2. THAILAND – 36.2

Memandu laju, memandu mabuk atau undang-undang jalan raya yang kurang ketat dipercayai menjadi faktor penyebab angka kematian jalan raya tinggi di Thailand. Menurut Chiang Mai CityNews, jumlah pemandu mabuk yang terbabit kemalangan ialah lebih 80 peratus dengan membabitkan 25 peratus kadar kematian secara keseluruhan.

1. LIBYA – 73.4

Kemalangan jalan raya ialah pembunuh nombor tiga terbesar di Libya dan punca paling utama ialah memandu mabuk. Selain itu, ribut pasir juga menjadi antara punca kemalangan di negara Afrika yang mampu menyebabkan penglihatan pemandu terjejas, selain mengakibatkan kenderaan tertimbus.

BACA >>> Senarai 10 Negara Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia

SUMBER: MSN

10 Negara Paling Berbahaya Memandu autotainment kemalangan jalan raya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Statistik Kemalangan Jalan Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.