Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Gantung Dadu Gebu Pernah Jadi Tangkal Juruterbang Amerika
Autotainment

#TahukahAnda: Gantung Dadu Gebu Pernah Jadi Tangkal Juruterbang Amerika

Han OthmanBy Han Othman03/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKITAR 1940 dan 1950-an di Amerika Syarikat (AS), mana-mana kereta hot rod, iaitu kereta klasik berenjin besar yang menjadi trend popular di negara itu, dikatakan tidak lengkap selagi tidak menggantung set dadu gebu pada cermin pandang belakang. Kenapa?

Dan hari ini, menggantung dadu gebu dilihat lebih kepada simbol retro untuk hiasan dalaman sesebuah kereta. Tetapi, tahukah anda tentang sejarah dan simbolik di sebalik dadu gebu tergantung itu?

TANGKAL JURUTERBANG AMERIKA?

Sebenarnya, trend dadu gebu muncul daripada kepercayaan karut juruterbang pesawat pejuang AS yang pergi berperang semasa Perang Dunia Kedua lalu. Sebelum berlepas, juruterang AS akan meletakkan sepasang dadu di atas panel instrumen dengan tujuh angka dot dadu, supaya beroleh ‘nasib baik’. Dalam kepercayaan tempatan, ia bolehlah disamakan seperti tangkal atau azimat.

Ada juga dakwaan mengatakan dadu gebu yang diletakkan itu sekadar tanda peringatan bahawa setiap penerbangan ke medan juang tidak ubah seperti golekan dadu. Mereka – juruterbang – berdepan situasi pulang dengan selamat ataupun pergi selama-lamanya.

Jika mengambil kira purata 170 pesawat pejuang AS lenyap setiap hari pada masa itu, memang wajarlah juruterbang mereka agak sinikal dengan peluang hidup. Apa tidaknya, setiap misi tidak ubah seperti berjudi atau bertaruh, dan pemenang bertuah sahaja akan pulang ke rumah dengan nasib baik.

PASCA PERANG


Selepas perang berakhir dan masing-masing kembali ke rumah, mereka mendapati  keadaan negara mengalami banyak perubahan. Semua rakyat AS, terutama golongan muda tanpa mengira lelaki atau perempuan, dilihat mula menjalani kehidupan yang selesa tanpa huru-hara dan penderitaan perang.

Paling penting, golongan muda AS pasca Perang Dunia Kedua ketika itu memiliki dua perkara yang sebelum ini tidak mereka miliki ketika zaman perang dahulu: kebebasan dan wang belanja. Pada masa inilah munculnya era emas hot rod kerana itu saja cara terbaik seseorang veteran perang menikmati hidup. Disebabkan rata-rata kalangan mereka memiliki kemahiran mekanikal, jadi cara masing-masing melepaskan gian ialah dengan jentera dan kelajuan.

Khabarnya, di sinilah bermula subbudaya perlumbaan jalanan haram di bandar-bandar seluruh AS.

BERTARUH DENGAN KEMATIAN

Tetapi, tiada siapa tahu siapakah kalangan pelumba jalanan yang mula-mula menggantungkan dadu plastik di tangkai cermin pandang belakang, seakan meniru amalan meletakkan tangkal atau azimat dilakukan para juruterbang pesawat pejuang era Perang Dunia Kedua dulu. Kemudian, dadu plastik pantas menjadi antara budaya alternatif yang sama seperti gaya menyimpan pek rokok Lucky Strike di bawah lengan baju.

Maknanya, apabila dadu ditayangkan, si pemandu secara tersirat memberitahu bahawa dia bersedia bertaruh dengan kematian ketika berlumba jalanan haram.

Penggunaan dadu plastik kemudian digantikan dengan dadu gebu (fabrik) disebabkan material awal, iaitu plastik lebih mudah cair akibat kesan bahang matahari. Di Britain, dadu gebu turut dipanggil dadu fluffy dan dadu furry yang sebenarnya turut membawa maksud gebu.

ERA MODEN

Apabila masa berubah dan perlumbaan mula dianjurkan secara sah, dadu gebu pula kekal menjadi budaya kereta hingga 1980-an. Pemandu dikatakan akan memilih warna dadu gebu yang sepadan dengan warna kereta. Bezanya, hiasan dadu gebu itu kini menjadi simbol identiti diri yang tersendiri dan bukan lagi pertaruhan hidup dan mati.

Bagaimanapun, menjelang penghujung 1980-an, lebih satu negeri di AS memutuskan mengharamkan amalan menggantung sebarang objek pada cermin pandang belakang.

Dalam perkembangan lain, kajian 1993 menunjukkan pemandu yang menggantungkan dadu gebu pada cermin pandang belakang didapati tidak cenderung mengambil risiko, atau terbabit kemalangan berbanding pemandu lain. Era berjudi nasib sudah berakhir.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

Generasi baharu kini melihat simbol seperti dadu gebu sebagai fesyen atau trend retro yang mula kembali sebagai gaya baharu. Lihatlah lot-lot parkir sekeliling​ anda, dadu gebu hari ini turut digunakan pemandu-pemandu van dan pikap yang digunakan sebagai kenderaan harian.

Dadu gebu bukan lagi simbol kepada cabaran hidup dan berani mati, tetapi lebih kepada nostalgia. Malah, sesetengah pemandu Malaysia turut menggantungkan dadu dalam kereta tanpa mereka mengetahui sejarah di sebalik objek hiasan tersebut.

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment dadu gebu hot rod sejarah sejarah automotif sejarah gantung dadu tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.