Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Cas EV di Stesen DC BMW di Malaysia, Berapakah Anda Perlu Bayar?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Cas EV di Stesen DC BMW di Malaysia, Berapakah Anda Perlu Bayar?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Beberapa pengedar rasmi kenderaan BMW di Malaysia kini sudah mula mengenakan caj kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mahu mengecas kereta mereka.

Buat masa ini, pelanggan perlu membayar mengikut penggunaan elektrik ketika mengecas EV. Menariknya, caj yang perlu dibayar untuk menggunakan pengecas pantas (DC) di premis BMW adalah berbeza mengikut beberapa kriteria.

BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!

Menurut laporan, caj standard akan diperkenalkan dan diseragamkan untuk semua pengedar BMW di Malaysia suatu masa nanti. Jadi, buat masa ini caj dikenakan masih bergantung mengikut pengedar.

Sesetengah pengedar mengenakan caj berasaskan kapasiti output yang dibezakan mengikut sama ada anda pemilik BMW atau jenama lain. Ada enam segmen harga daripada kapasiti pengecas 30kW-180kW.

Bukan Pemilik EV BMW
  • DC 30kW – RM0.60/seminit
  • DC 50kW – RM1/seminit
  • DC 60kW – RM1.40/seminit
  • DC 90kW – RM1.80/seminit
  • DC 120kW – RM2.40/seminit
  • DC 180kW – RM3.60/seminit
Pemilik EV BMW
  • DC 30kW – RM0.40/seminit
  • DC 50kW – RM0.80/seminit
  • DC 60kW – RM1/seminit
  • DC 90kW – RM1.40/seminit
  • DC 120kW – RM2.00/seminit
  • DC 180kW – RM2.80/seminit

1. CAJ DI PENGEDAR SEONG HOE PREMIER MOTORS (MELAKA)

Pengecas 30kW
  • RM36 sejam – bukan pemilik EV BMW
  • RM24 sejam – pemilik EV BMW
Pengecas 120kW
  • RM144 sejam – bukan pemilik EV BMW
  • RM120 sejam – pemilik EV BMW
Pengecas 180 kW
  • RM216 sejam – bukan pemilik EV BMW
  • RM168 sejam – pemilik EV BMW

Bagaimanapun, caj mengikut jam masih bukan bayaran sebenar kerana pengecas biasanya mengambil masa lebih perlahan, terutama kapasiti 30kW atau 50kW.

Misalnya, BMW iX mengambil masa 60 minit untuk mengecas 20-80 peratus menggunakan pengecas 50kW dengan anggaran caj kira-kira RM48. Sebaliknya, jika menggunakan pengecas 180kW, masa diperlukan kira-kira 20 minit sahaja untuk peratusan cas sama dengan anggaran bayaran kira-kira RM56.

BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

2. CAJ DI PENGEDAR TIAN SIANG PREMIUM AUTO IPOH (PERAK

Pengecas 120kW
  • RM2.40 seminit untuk bukan pemilik EV BMW dengan anggaran masa kira-kira 45 minit untuk mengecas 56-100 peratus. Caj penuh lebih kurang RM108.

BACA >>> Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?

3. CAJ DI PENGEDAR AUTO BAVARIA ARA DAMANSARA

Pengecas 180kW (ditala kepada 90kW)
  • RM1.40 seminit untuk pemilik BMW.

4. STESEN CAS HPC SHELL

Stesen cas pantas di Tangkak, Johor ini pernah tular dengan cerita pemandu Singapura mencuri mengecas elektrik. Format caj adalah mengikut penggunaan. RM4 dikenakan sebagai yuran pengesahan, dan kos mengecas dalam masa sejam ialah RM244, termasuk yuran pengesahan RM4.

Di bawah ini adalah senarai harga mengikut pengecasan setiap 5 minit, dan tiada maklumat dikongsikan buat masa ini mengenai bayaran standard bakal dikenakan, termasuk caj lain.

SUMBER: PaulTan

Caj EV BMW Harga Cas Kereta Elektrik Di BMW Kenderaan Elektrik (EV) Mobiliti Masa Depan Roda4 tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.