Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan
Auto Terkini

5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

Han OthmanBy Han Othman26/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan EV Connection (EVC) untuk mewujudkan pengecas pantas arus terus (DC) untuk kenderaan elektrik (EV) di stesen Petronas menjelang penggal pertama 2022.

EVC ialah pengendali rangkaian pengecasan EV di Malaysia, JomCharge. Sebagai permulaan untuk fasa ujian, PDB merancang menyediakan pengecas EV pantas di lima stesen Petronas yang diharapkan mampu meliputi jaringan antara Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

BACA >>> Superbike Petronas FP1 Dilelong, Harga Bida Kini Cecah RM117k!
BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

Petronas kali pertama menyediakan stesen cas EV pada 2017 dengan ChargEV daripada GreenTech Malaysia. Bagaimanapun, rangkaian stesen cas itu tidak termasuk poin pengecas DC.

Umumnya, pengecas DC menawarkan tempoh mengecas lebih pantas dan sesuai untuk kegunaan di lebuh raya yang mana pengguna tiada banyak masa untuk menunggu kenderaan mereka dicas.

Pengecas super Tesla memiliki kapasiti cas hingga 120kW.

Pengecas DC bermaksud kuasa dibekalkan sudah ditukar sebelum dicas dengan memintas konverter dalaman kenderaan. Walaupun memerlukan kos tinggi untuk dibina selain lebih kuasa elektrik diperlukan, pengecas jenis itu lebih pantas dicas berbanding arus ulang-alik (AC).

Contohnya, pengecas AC di Malaysia yang disedikan ChargEV menggunakan kuasa 3.7kW dan 7kW dengan pengecas ‘pantas’ 22kW. Bagaimanapun, pengecas DC standard memberikan kuasa 50kW dan dalam kes lain, kuasa diberikan pengecas super Teslan adalah setinggi 120kW, atau GAV Aion (481kW).

BACA >>> Tidak Cukup Telefon Pintar, Xiaomi Nak Buat Pula Kereta Elektrik Besar-Besaran

Tesla Model S (2021)

Jika menggunakan Tesla Model S dengan kapasiti bateri 50kWh sebagai contoh, pengecas AC 3.7kW mengambil masa 13.5 jam, manakala pengecas AC ‘pantas’ 7kW memerlukan 7 jam. Sebaliknya, pengecas DC 50kW hanya memerlukan satu jam untuk dicas penuh, dan pengecas super 120kW hanya memerlukan 25 minit untuk mengecas penuh Model S.

Selain MoU tiga entiti itu, banyak organisasi lain juga akan membangunkan jaringan fasiliti EV di Malaysia. Antaranya Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) merancang membina 1,000 stesen cas menjelang 2025.

BACA >>> Selepas Puas Pandu Lebih 200,000km, Barulah Teksi Tesla Model S Ini Mahu Dijual
BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

Auto Terkini Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) JomCharge MARiii Pengecas Arus Terus (DC) Pengecas Arus Ulang-Alik (AC) Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Petronas Petronas Dagangan Berhad (PDB) stesen cas EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.