• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Puas Pandu Lebih 200,000km, Barulah Teksi Tesla Model S Ini Mahu Dijual

Selepas Puas Pandu Lebih 200,000km, Barulah Teksi Tesla Model S Ini Mahu Dijual

December 19, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


DALAM usaha mengemas kini barisan kenderaan baharu menjelang tahun hadapan, sebuah syarikat teksi berpangkalan di Amsterdam kini sedang sibuk menjual puluhan kereta Tesla Model S.

Didaftarkan sebagai kereta baharu pada 2014, sedan emisi-sifar itu sudah pun bergerak sejauh 200,000km dengan urusan penyenggaraan diselia sebaiknya pihak Tesla sendiri.

BACA >>> 5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster - 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!

Kini, model tersebut akan dijual pada harga €40,000 (RM192,361) dan nilai terpakai itu menurut Tesla tidaklah melampau mahal jika dibandingkan model bukan teksi serupa dengan jarak perbatuan sama, iaitu sekitar €50,000 (RM240,452). Nampak macam mahal, tetapi Model S terpakai itu bernilai separuh daripada harga di bilik pameran, iaitu lebih €100,000 (RM480,904).

.@FredericLambert 60 #tesla MS85 Taxi from Schiphol airport to be sold during next weeks https://t.co/7TNobLUAy6 pic.twitter.com/ouJEawgMQx

— Ulric Dabe (@UlricDabe) 14 December 2017

Walaupun dianggap mahal mengikut nilai tukaran matawang Malaysia, tetapi harga tersebut dijangka menarik minat banyak syarikat teksi seluruh Eropah, dan ada meramalkan lebih banyak kelibat sedan Model S akan dilihat berkeliaran di rantau itu.

BACA >>> Anak Muda Bikin 'Tesla Malaysia', Hasilkan Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

Belanda mendakwa negeranya memiliki barisan teksi Tesla terbesar dunia, tetapi rekod itu khabarnya akan diatasi Dubai apabila 50 unit Tesla sudah pun tiba di bandar raya terbesar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu sejak musim luruh lalu, manakala 75 unit lagi akan dihantar tahun hadapan sebelum disusuli 75 unit lagi pada 2019.

Malah, syarikat pengangkutan menerusi aplikasi mobil, Uber turut menggunakan Model S dan Model X di Dubai sebagai barisan kenderaan mereka.

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Amsterdam, Auto Terkini, Belanda, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Teksi, teksi Belanda, Tesla, Tesla Model S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my