Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster – 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!
Roda4

5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster – 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!

Han OthmanBy Han Othman19/11/20174 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IRON MAN dunia nyata, Elon Musk kelmarin mengejutkan banyak pemerhati automotif antarabangsa apabila memperkenalkan bakal kemunculan kereta sport elektrik, Tesla Roadster dengan angka prestasi serba menakjubkan dan dijangka debut menjelang 2020.

Apa yang istimewa sangat dengan Tesla Roaster itu?

1. CATAT MASA 0-100KMJ TIDAK TERCABAR

Roadster generasi kedua ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 1.9 saat, sekali gus menjadi kereta pengeluaran terpantas di dunia pernah dihasilkan. Bateri 200kWh dan tiga motor membantu menghasilkan daya tork setinggi 10,000Nm!

Kereta ini juga mampu melengkapkan suku batu atau 400km dengan kepantasan 8.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 402kmj.

2. JARAK PEMANDUAN LEBIH LAMA, JAUH

Tesla memanjangkan lagi jarak perjalanan model ini hingga 998km hanya dengan sekali cas penuh. Tidaklah menghairankan jika melihat pek bateri besar 200kWh yang dibekalkan.

3. TREN KUASA AWD

Roadster generasi kedua ini kelak akan dilengkapkan dengan ciri pacuan semua roda (AWD) sebagai standard. Ini bermakna, coupe sport ini akan menjadi jentera yang cukup lasak dan bertenaga untuk dipandu sepanjang tahun.

4. BUKAN HANYA DUA KERUSI

Tidak seperti coupe lain, Tesla Roadster menampilkan mampu memuatkan 4 penumpang pada satu-satu masa. Tiada maklumat tentang ruang tempat duduk belakang. Tetapi jika melihat rupa kereta, ruang disediakan agak kompak dan tidak selesa untuk perjalanan jauh.

5. AKAN JADI SANGAT MAHAL

Berbanding model sedia ada, Roadster generasi kedua itu memerlukan anda melaburkan wang yang cukup banyak. Harga basis dijangka bermula AS$200,000 (RM831,099). Ini bermakna anda perlu menyediakan AS$50,000 (RM207,774) untuk tempahan. Model eksklusif Roadster Founder Series pula boleh dimiliki pada harga AS$250,000 (RM1.03 juta). Maksudnya, Tesla Roadster ini ialah mainan orang kaya, dan bukan orang biasa-biasa.

SUMBER: Auto Guide 

Elon Musk EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik kereta elektrik terpantas dunia Roda4 Tesla Tesla Roadster
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.