• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Anak Muda Bikin ‘Tesla Malaysia’, Cipta Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

Anak Muda Bikin 'Tesla Malaysia', Cipta Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

February 19, 2017 By AO 2 Comments

7.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda ada sepasukan anak muda kita berjaya membangunkan kereta pandu sendiri? Walaupun berbeza metod pembinaan, tetapi asas penciptaan masih sama, iaitu kereta yang dibangunkan pasukan REKA Studio  (REKA) itu memang boleh dipandu sendiri tanpa memerlukan kawalan pemandu.

Ya, fungsinya tidak ubah seperti kereta Tesla yang dijual pada harga mencecah ratusan ribu ringgit. Malah, rekacipta yang dibangunkan REKA itu sudah siap menjalani sesi pandu uji sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka. Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REKA, Haziq Faris yang dipetik KongsiTV, perbezaan ketara antara Tesla dan kereta pandu sendiri REKA ialah metod yang digunakan.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

kereta-pandu-sendiri-tesla-malaysia-reka-studio-2
kereta-pandu-sendiri-tesla-malaysia-reka-studio-1

"Kalau mahu Tesla, kena beli kereta Tesla. Saya sudah ada kereta, kenapa perlu tambah kereta hanya untuk tidak perlu memandu. Jadi, apa yang membezakan kami (dengan Tesla) adalah apa saja kereta lama atau tiada sistem pandu sendiri, kami boleh letak sistem ini dan tukarkan kepada kereta tanpa pemandu," kata Haziq.

Menjelaskan lagi mengenai kereta tanpa pemandu itu, Haziq memberitahu, sistem yang dibangunkan pasukan REKA mempunyai komputer yang boleh berfikir dan membuat keputusan tentang apa yang sepatutnya sesebuah kereta itu lakukan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) REKA, Syurahbil pula berkata, sistem yang dipanggil papan pembangunan (development board) itu terbukti mampu membuatkan sesebuah kereta menjadi kenderaan tanpa pemandu walaupun hanya menggunakan komponen cip yang kecil.

BACA >>> Tragedi 2018 Punca Penduduk Arizona Serang Kereta Prototaip Pandu Sendiri

Ketua Pegawai Penyelidik (CRO) REKA, Khairul Muzzammil menambah, semua gajet dan robot dikawal pada 'otak' menerusi litar yang diberikan nama RIG.

BENARKAH SELAMAT DIPANDU?

Haziq menjelaskan secara ringkas rekacipta pasukannya itu memang boleh dipandu sendiri, tetapi masih jauh untuk mengatakan ia selamat untuk kegunaan pengguna di luar.

"Kami memang sudah buat pandu uji dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jadi, macam kami, kami memang yakin. Selama dua bulan diperlukan bagi menyiapkan kereta itu untuk bergerak atas jalan raya," katanya.

Lebih mengagumkan, projek kereta pandu sendiri itu dibangunkan sepenuhnya pasukan REKA tanpa mendapat sebarang penajaan atau suntikan dana.

"Sebenarnya, tiada pihak menaja. Pertamanya kerana tiada siapa yakin. Kedua, ramai anggap projek ini tidak boleh buat duit dan tak akan berhasil. Jadi bagi memastikan teknologi Malaysia maju ke hadapan, sama ada mahu ataupun tidak, kami mahu juga lakukannya," tegas Haziq.

BACA >>> IIHS: Sistem Kereta Pandu Sendiri Masih Belum Cukup Pintar

Sebelum menubuhkan REKA, Haziq pernah bekerja secara bebas atau freelance dan sebelum itu pernah bersama Google. Malah, kebanyakan idea dan kerja itu dibuat sendiri kerana tidak pernah menyasarkan apa dilakukan itu sebagai habuan sijil akademik seperti ijazah atau sarjana.

Saya asasnya cuma mengejar ilmu. Saya bekerja dengan Google untuk mengetahui apa mereka tahu yang boleh saya belajar daripada mereka. Saya sebenarnya sudah ada impian sejak di sekolah. Walaupun terkubur selama 10 tahun, tapi saya memang yakin mahu buat benda itu.

"Ada tempat dan masa untuk ia berlaku. Mungkin tempat itu betul, tetapi bukan masanya. Ataupun masa sudah tepat sebab ekonomi stabil, tetapi bukan tempat yang betul untuk dilaksanakan. Jadi, jangan patah semangat kalau kita yakin dengan idea itu."

- Haziq Faris, CEO REKA Studio

SUMBER: Reka Studio | KongsiTV

Artikel Berkaitan

7.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kereta pandu sendiri, kereta tanpa pemandu, REKA, REKA Studio, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my