• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

June 29, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla menerima tamparan hebat di China apabila 285,000 unit kenderaan jenama itu diarahkan dipanggil balik atas isu keselamatan.

Agensi Pentadbiran Negara untuk Regulasi Pasaran (SAMR) di China dalam kenyataan Sabtu lalu mengatakan keputusan itu melibatkan 211,256 unit Model 3 pemasangan tempatan (CKD) dan 35,665 unit import (CBU), serta 38,599 unit Model Y buatan tempatan.

Tesla baru saja memulakan penghantaran Model Y pada Januari lalu. Ini bermakna panggilan balik tersebut melibatkan hampir semua pemilik di China.

BACA >>> NHTSA Siasat 30 Kes Kemalangan Tesla
BACA >>> Lagi Kes Pemandu Tesla Salah Guna Ciri Pemanduan Autonomi

Tesla Model 3
Tesla Model Y

Panggilan balik itu juga dibuat selepas agensi berkuasa China itu mengesan berlaku masalah sistem Autopilot Tesla yang boleh teraktif automatik hingga berisiko menyebabkan kemalangan kerana kereta memecut mengejut. 

Dalam banyak kes, isu tersebut boleh dibaik pulih dari jauh menggunakan kemas kini atas talian ke atas ciri kawalan jelajah aktif secara percuma. 

Walaupun permohonan maaf  sudah dibuat secara terbuka di laman sosial Weibo, tetapi notis panggil balik itu boleh dianggap isu memalukan dan menjejaskan reputasi Tesla di China yang sudah pun tercemar berikutan pelbagai masalah melanda. 

BACA >>> Geram Brek Tidak Fungsi, Seorang Pemilik Tesla China Protes Depan Orang Ramai
BACA >>> Masalah Brek, Pemilik Tesla China Mula Pasang Kamera di Lantai Kaki Kereta

SUMBER: Bloomberg

Artikel Berkaitan

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: berita global, China, EV, kereta elektrik, Panggil Balik, Recall, Tesla, Tesla Model 3, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my