• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Kes Pemandu Tesla Salah Guna Ciri Pemanduan Autonomi

Lagi Kes Pemandu Tesla Salah Guna Ciri Pemanduan Autonomi

May 10, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TULAR satu video dalam Twittter minggu ini (tonton atas) yang menunjukkan seorang lelaki duduk di kerusi belakang sebuah kereta dengan membiarkan kerusi pemandu Tesla Model 3 kosong. Ini antara satu lagi kes penyalahgunaan ciri pemanduan autonomi ditawarkan Tesla. 

Berdasarkan deskripsi video, kejadian tersebut berlaku di Berkeley, California pada 4 Mei 2021, dan rakaman berkenaan dimuat naik dua hari kemudian dengan mendapat lebih 45,000 tontonan. 

Laporan SF Gate mendakwa itu bukan kali pertama dia melakukan perkara sama. Ini kerana ada sekurang-kurangnya dua laporan media sosial menunjukkan lelaki tersebut dalam kereta dengan nombor pendaftaran sama.

Malah Seorang saksi mengatakan suspek meletakkan kaki pada stereng kereta sambil duduk di kerusi belakang.

Walaupun sistem Autopilot Tesla direka untuk menghalang pengguna daripada meninggalkan kerusi pemandu, tetapi aksi dilakukan lelaki itu menunjukkan kekangan pada sistem tersebut mudah saja diatasi.

Tesla kini terus ditekan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Syarikat itu sendiri menyedari teknologi Autopilot bukan sistem pandu-sendiri sepenuhnya dan terdapat salah faham besar dalam kalangan pengguna hingga menyebabkan berlaku beberapa kes kemalangan maut. Antaranya  kes yang berlaku di Texas beberapa minggu lalu. 

Pihak berkuasa juga nampaknay seakan tiada undang-undang khas untuk menghukum pemandu yang menyalahgunakan sistem berkenaan. Lebih bahaya, jika tidak dibendung lebih awal, pasti lebih ramai nyawa terkorban. 

BACA >>> Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu
BACA >>> Saksi Kes Tesla Terbakar Tanpa Pemandu: Mangsa Memang Nak Uji Autopilot

SUMBER: Jalopnik | SF Gate

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ADAS, autopilot system, Elon Musk, model 3, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev