• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Superbike Petronas FP1 Dilelong, Harga Bida Kini Cecah RM117k!

Superbike Petronas FP1 Dilelong, Harga Bida Kini Cecah RM117k!

September 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak cerita mengenai Petronas FP1, iaitu jentera lumba yang pernah menarik perhatian dunia, tetapi berakhir dengan cara tidak diduga.

Khabarnya, gergasi minyak Petronas asalnya mahu ada terbabit dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, tetapi beralih minat kepada Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Kedua-dua kejohanan perlumbaan ketika itu menetapkan homologasi berbeza untuk jenis jentera, termasuk kapasiti.

BACA >>> Cerita Superbike Foggy-Petronas FP1 yang Penuh Pancaroba dan Kini Sedia Dijual

Jadi, FP1 diturunkan kapasiti kepada 899cc untuk memenuhi syarat WorldSBK ketika itu dengan menggunakan trenkuasa 3-silinder berkuasa 127hp.

Malangnya, peluang Petronas mencipta kelainan lebur apabila WorldSBK memutuskan mengubah peraturan dan syarat kapasiti enjin kepada 1,000cc.

Malah Petronas sebenarnya sudah pun siap menghasilkan dan melengkapkan tetapan homologasi untuk 150 unit jentera untuk menyertai kejohanan lumba tersebut.

Menurut laporan, separuh daripada 150 unit jentera Petronas itu dibina di Malaysia, manakala bakinya di Britain dengan harapan pasukan itu dapat menyertai perlumbaan pada 2003.

Bagaimanapun, hanya 50 unit disimpan untuk tujuan perlumbaan. Bakinya dipasangkan lampu signal belok dan cermin sisi untuk dijual kepada orang awam. Laporan juga menyatakan semua unit itu cuma muncul pada 2005.

Dipendekkan cerita, ada syarikat Britian, Lanzante Limited mendapat sejumlah model FP1 yang ditemui tersimpan dalam sebuah gudang. Firma itu dikenali dengan kerja membaik pulih kereta lumba klasik.

Mereka dilaporkan segera memulakan proses restorasi untuk menjual semula model tersebut ke pasaran terbuka.

Ada seunit FP1 disenaraikan untuk dilelong di portal Iconic Motorbike Auctions yang berpangkalan di Santa Monica, California di Amerika Syarikat (AS) dengan angka odometer masih 0km.

Acara lelongan akan berakhir dalam tempoh kurang 15 jam (bermula artikel ditulis) dan harga bidaan setakat ini sudah mencecah AS$28,300 (RM117,530), tetapi masih tidak cukup untuk memenuhi harga rizab. Siapa berminat?

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

i-HrjNCPN-X3
Petronas FP1 - (7)-X3
Petronas FP1 (25)-X3
Petronas FP1 (13)-X3
Petronas FP1 (94)-X3
Petronas FP1 - Odometer-X3
Petronas FP1 - Trip Meter-X3
Petronas FP1 (52)-X3
Petronas FP1 (37)-X3
Petronas FP1 (64)-X3
Petronas FP1 (106)-X2
Petronas FP1 (50)-X3
Petronas FP1 - (9)-X3
Petronas FP1 (87)-X3
Petronas FP1 (110)-X3
Petronas FP1 (32)-X3

SUMBER: Iconicmotorbikeauctions | RideApart

Artikel Berkaitan

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foggy, Iconic Motorbike Auctions, Lanzante Limited, Petronas, Petronas FP1, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my