Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Boleh Tak Saya Memandu Pakai Selipar atau Sandal?
Autotainment

#TahukahAnda: Boleh Tak Saya Memandu Pakai Selipar atau Sandal?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI bertanya, boleh atau tidak memandu memakai selipar atau sandal? Jawapan umum, boleh, berdasarkan undang-undang dan berbeza mengikut sesebuah negara. Malah anda boleh memandu atau menunggang dengan memakai sandal, selipar atau kasut tumit 6 inci sekalipun walaupun tidak digalakkan.

Apa pula kata undang-undang?

Di Britain, sebelum memulakan perjalanan, pemandu (atau penunggang) di sana perlu memastikan pakaian dan kasut (footwear) yang dipakai tidak menghalang mereka mengendalikan kenderaan dengan cara sebenar. Jika berlaku kemalangan dan didapati berpunca akibat pemakaian kasut tidak sesuai seperti selipar atau sandal, ia boleh dianggap kecuaian dan boleh disaman.

Di Malaysia pula, pemegang lesen vokasional (GDL) seperti pemandu bas, lori atau kenderaan pengangkutan awam dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikompaun sekiranya memandu memakai selipar. Bagaimanapun tidak menjadi kesalahan bagi pemandu lesen biasa, tetapi mereka tetap disarankan memandu memakai kasut sebagai langkah keselamatan.

BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar Boleh Kena Saman?

APA MASALAH MEMANDU PAKAI SELIPAR/SANDAL?

Kajian firma insurans Britain, Sheilas’ Wheels pada 2013 mendapati, seorang daripada tiga pengguna jalan raya di Britain mengaku memandu memakai selipar dan seorang daripada 10 pemandu memberitahu selipar pernah tersangkut di bawah pedal ketika memandu.

Antara risiko memakai selipar atau sandal adalah:

  • Bahagian depan atau sisi selipar boleh tersangkut bawah pedal brek ketika menggerakkan kaki, menyebabkan kegagalan membrek efektif.
  • Tapak selipar sudah haus dan boleh menyebabkan kurang traksi atau grip ketika menggunakan pedal. Situasi jadi lebih buruk jika selipar basah.
  • Selipar mudah tertanggal hingga menyebabkan gangguan fokus pemanduan kerana pemandu akan cuba menyarung balik selipar mereka.
  • Pemandu memakai selipar memerlukan jarak lebih panjang untuk menghentikan kenderaan apabila membrek. Ada kajian mendedahkan pemandu berselipar boleh terlajak jarak hingga 3.5 meter berbanding pemandu berkasut dengan kelajuan 100kmj.

RISIKO PAKAI SELIPAR/SANDAL

Sekarang kita akan bincangkan risiko yang bakal dihadapi pemakai selipar atau sandal mengikut jenis pemandu:

Wanita Kasut Tumit Tinggi
  • Pedal kereta direka untuk berfungsi optimum dalam posisi tumit pemandu atas lantai kereta. Jika memakai kasut tumit tinggi, anda sukar memijak pedal secara berkesan.
  • Kasut tumit tinggi juga menyebabkan buku lali mudah lenguh ketika memandu dan boleh menyebabkan masalah sendi serta kecederaan otot.

BACA >>> Selalu Usung Perempuan Lain Naik Motor, Wanita Ini Belasah Motosikal Pakwe

Penunggang Motosikal
  • Jangan sesekali menunggang motosikal tanpa memakai pelindung kaki seperti kasut. Sikap tidak kisah ketika menunggang boleh menyebabkan kecederaan teruk pada kaki apabila berlaku kemalangan. Silap hari bulan, tiada lagi jari kaki atau pergelanggan kaki boleh terputus.
Pemandu ‘Kaki Ayam’
Denny Hulme
  • Jangan tidak tahu, memandu berkaki ayam jauh lebih baik daripada memakai kasut tidak sesuai. Malah juara dunia Formula Satu (F1) dari New Zealand, Denny Hulme sudah biasa berlumba dengan gaya kaki ayam sekitar 1950-an.
  • Namun ingat, tapak kaki anda tiada cengkaman seperti tapat kasut, dan tidak semua pedal kereta memiliki grip. Ada sesetengah pedal kereta langsung tiada permukaan grip, cuma besi licin semata-mata.
  • Memandu tanpa kasut juga boleh menyebabkan kecederaan pada hujung tapak kaki, dan berisiko tergelincir atau tergelungsur pada celahan jari kaki. Jadi, cara paling selamat, pakai kasut!

BACA >>> 10 Tip untuk Penggemar Aktiviti Larian, Jalan Kaki di Jalan Raya

SUMBER: Motorsport | InGearAuto | StandardMedia | MockTheoryTest

Kasut memandu Memandu Kasut Tumit Tinggi Penunggang pakai selipar Putus kaki Selipar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.