Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?
Aksesori

#TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

Han OthmanBy Han Othman08/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELALU kita dengar komplen pasal beberapa aksesori atau alat ganti kereta berharga mahal. Tetapi faktanya, memang ada sebab kenapa barang yang bagus itu harganya sangat mahal. Apatah lagi berjenama terkemuka.

Ini kerana kos pembuatan barangan tersebut bukan sekadar material, tetapi turut melibatkan proses kajian dan pembangunan (R&D). Misalnya, Brembo yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai pengeluar komponen brek kenderaan ternama.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

Pengeluar dari Itali ini bukan saja mengeluarkan komponen dan alat ganti brek untuk kenderaan penumpang, tetapi juga jentera lumba sama ada ada kereta atau motosikal. Jenama ini biasanya terkenal dengan kaliper merah (atau kuning) dan lencana ikonik yang mudah dicam dari celahan rim.

Seperti sudah jadi kewajipan kepada pemilik kenderaan untuk menayangkan lencana ‘Brembo’ apabila keretanya dipasangkan komponen berjenama tersebut. Seakan satu bentuk kepuasan.

Ramai ingat Brembo cuma mengeluarkan produk untuk kereta berstatus mewah saja, tetapi sebenarnya pengeluar itu turut menghasilkan komponen untuk kereta penumpang biasa dalam kategori mampu milik.

Misalnya, pengedar eksklusif produk Brembo di Malaysia, Emerald Auto Parts ada mengeluarkan pad brek untuk Honda City, Perodua Myvi generasi pertama, Proton Saga FLX dan Toyota Vios pada harga serendah RM95.

Tak mahal sangatkan? Tetapi apa yang penting, Brembo langsung tidak berkompromi dengan aspek kualiti. Ada sebabnya kenapa anda perlu dapatkan pad brek jenama Brembo ini:

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

1. KESELAMATAN MAKSIMUM

Barisan pad brek Brembo dibangunkan untuk memastikan keselamatan maksimum ketika membrek menerusi kawalan kualiti pada semua peringkat pengeluaran. Daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) hingga ujian, dan melepasi pengeluaran sebatian geseran dan proses mekanikal.

Hasilnya ialah produk pad brek Brembo yang spesial seperti berikut:

  • Mampu memberikan jarak henti pendek dalam semua kondisi pemanduan, sekali gus menjanjikan keselesaan dan kesenyapan pemanduan yang maksimum.
  • Ada lebih 1400 item, untuk lebih 98% parkir kereta Malaysia.
  • Identiti pad brek yang mudah dicam.
  • Mudah dipasang kerana ada banyak aksesori dan kit yang memudahkan ia dipilih sebagai pad brek pilihan.
  • Mendapat pensijilan ECE-R90
2. GUNA BAHAN BERKUALITI, RAWATAN DAN PROSES KETAT

  • Memiliki kualiti peralatan tulen (OE) menerusi penggunaan lebih 100 sebatian berbeza yang diperoleh daripada ujian makmal dan jalanan.
  • Menggunakan metod rawatan haba permukaan bagi memastikan kecekapan maksimum walaupun beroperasi pada suhu paling tinggi berdasarkan spesifikasi teknikal OE.
  • Mempunyai penebat haba antara pad, piston dan minyak brek untuk mengurangkan efek bising dan getaran.
  • Dihasilkan menggunakan proses tekanan (pressing) acuan langsung OE yang mana material geseran melekap pada penyokong logam dengan ketepatan maksimum.
  • Mendapat sokongan logam dengan shim yang berfungsi mengurangkan masalah kebisingan dan pada masa sama mengekalkan keselamatan pembrekan. Pelbagai lapisan shim (getah-keluli-getah) memastikan masalah bising dan getar dapat dikurangkan berterusan.
3. PEMBUNGKUSAN BERKUALITI


Pad brek Brembo direka untuk lasak dan tahan lama dengan penampilan moden dan dinamik. Setiap pek Brembo disediakan maklumat dan data teknikal, termasuk perincian laman web, ikon media sosial dan simbol pensijilan antarabangsa yang diiktiraf pelbagai pasaran dunia.

Juga ada kod QR yang membolehkan pengguna mengakses secara langsung video mengenai arahan pemasangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu


Berminat dengan produk Brembo tulen ini di Malaysia? Apa kata hubungi Emerald Auto Parts di talian 012-638 9647 atau layari laman Facebook Emerald Auto Parts Sdn Bhd atau laman sesawang www.emerald-autoparts.com.

Ibu pejabat korporat Emerald Auto Parts terletak di No 31, Jalan 3/57B, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur.

aksesori alat ganti kereta autotainment Brake Pad Brek Kereta Komponen Kereta pad brek Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.