Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Suspensi Strut MacPherson dan Kenapa Sangat Popular?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Suspensi Strut MacPherson dan Kenapa Sangat Popular?

Han OthmanBy Han Othman19/09/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STRUT (atau topang) MacPherson ialah jenis suspensi depan paling biasa digunakan kereta moden, tetapi apakah sebenarnya komponen tersebut dan kenapa digunakan hampir setiap kenderaan penumpang masa kini?

JIKA anda baca artikel ini tanpa sebarang pengetahuan tentang suspensi strut MacPherson, jangan risau kerana komponen ini bukanlah terlalu rumit untuk difahami. Semudah bercerita mengenai bagaimana mahu bermain bola sepak.

BACA >>> Suspensi Koenigsegg Boleh Dilaraskan Secara Kawalan Jauh Dari Mana-Mana Pelusuk Dunia

Suspensi strut MacPherson ialah rekabentuk suspensi independen ringkas yang boleh dikatakan digunakan setiap pengeluar kereta arus perdana seluruh dunia, biasanya untuk roda depan. Ia berasaskan rekabentuk segitiga asas dalam dua bahagian: arm kontrol @ control arm dan rod radius yang membentuk bentuk segitiga pada casis kereta. Biasanya, segitiga ini terletak pada bawah suspensi berbanding atas.

Suspensi (atas), arm kontrol (bawah), syaf pacu (drive shaft) dan arm stereng

Arm kontrol berfungsi mengikat roda secara sisi, manakala rod radius menghentikan roda daripada bergerak ke depan dan belakang dalam gerbang roda. Arm kontrol biasanya tebal dan kuat, serta antara komponen yang disambungkan secara terus kepada bahagian bawah hab roda

Hari ini, dua komponen utama itu direka menjadi satu komponen lebih besar dengan lengan kawalan disatukan bersama bar stabiliser yang menghubungkan unit suspensi dan casis.

BACA >>> 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian, Tolong Jangan Ambil Lewa

Unit damper atau spring dipasang menegak atau dekat dengan suspensi, terdiri daripada silinder tertutup yang dibolt atas hab; antara absorber atau damper. Di atas ialah kolar lebar yang menampung spring koil, manakala syaf damper beroperasi sepanjang masa menerusi tengah koil hingga atas unit spring yang dibolt kuat pada struktur kereta.

Keadaan bawah kereta murah yang sudah berusia 4 tahun.
Ini pula rupa suspensi kereta mahal yang berusia 12 tahun.

Di sini, strut MacPherson mewujudkan struktur tetap 3 poin untuk roda yang terbukti sangat kuat dan versatil, serta mudah diubah suai mengikut keperluan pemandu seperti pemanduan dalam trek. Lebih penting, strut MacPherson ialah rekabentuk suspensi yang murah dihasilkan dan ini antara sebab utama kenapa pengeluar kereta sukakan komponen tersebut. Dalam bahasa mudah, ia murah dan efektif!

Kebetulan pula rekabentuk suspensi tersebut dibuat ketika pembinaan kereta mula menggunakan casis unibodi, atau dipanggil monokok. Monokok memiliki rigiditi tinggi pada kawasan poin mounting strut MacPherson, sekali gus memberikan sokongan dan kawalan diperlukan supaya dapat bekerja baik.


Pelbagai penambahbaikan dibuat sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan interpretasi berbeza tentang rekabentuk suspensi, daripada lakaran awal Earle S MacPherson berupa bar anti-oleng yang dipanjangkan dan turut berfungsi sebagai rod radius, hingga idea terkini yang mana dua komponen tersebut (bar anti oleng dan rod radius) diasingkan. Sesetengah kereta menggunakan suspensi jenis wishbone (atau palang siku) berbanding kombinasi arm kontrol dan rod radius lama.

Strut MacPherson jelas sekali sistem suspensi yang bagus kerana turut digunakan pengeluar ternama seperti Porsche dan BMW. Malah, komponen sama turut digunakan model prestasi yang lebih bajet tetapi disegani atas trek seperti Golf GTI. Ia bukan sekadar komponen murah untuk kereta murah sahaja kerana 99 peratus pengeluar kekal menggunakan rekabentuk asas suspensi yang sama.

BACA >>> Suspensi BMW M5 (E39) Diuji Tanpa Perlu Keluar Makmal

Konfigurasi double-wishbone membolehkan lebih banyak penyelarasan dibuat untuk kamber dan pusat oleng yang boleh mengurangkan olengan badan kereta. Ia juga opsyen yang lebih kuat, malah sesetengah pengguna mendakwa sistem suspensi double-wishbone memberikan lebih kawalan ke atas pengendalian kereta.

Apapun, fakta asas yang patut diketahui, strut MacPhersion ialah sistem suspensi paling efektif dan pintar yang menggabungkan kekuatan, redaman dan stabiliti yang bagus pada kos pembuatan rendah

SUMBER: CarThrottle

absorber autotainment Komponen MacPherson Roda4 sistem suspensi Spring Strut MacPherson suspensi tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026

3 Comments

  1. haji musa on 24/09/2018 09:24

    lepas baca artikel ni rasa mcm dh boleh jd engineer rsenya

    Reply
  2. Jamal on 06/11/2018 15:36

    Kat Mana boleh dapat suspension jenis ni..

    Reply
  3. Fediliah on 19/07/2025 02:05

    Good info, kami golongan yg tidak tahu apa2 terus MCM boleh nak reply bahas pada sesetengah org yg suka ckp kosong

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.