• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suspensi BMW M5 (E39) Diuji Tanpa Perlu Keluar Makmal

Suspensi BMW M5 (E39) Diuji Tanpa Perlu Keluar Makmal

January 29, 2017 By AO 3 Comments

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bmw-m5-e39-suspension-test
BMW M5 generasi E39 (1999-2003) disebut ramai pengulas automotif sebagai antara sedan sport terbaik sepanjang zaman. Terima kasih kepada gabungan enjin menakjubkan, karakter pemanduan hebat dan rupa yang cukup mempesona.

Jelas sekali bukan sedikit usaha dan masa dikorbankan BMW dalam usaha membangunkan model tersebut. Sebagai jentera yang menawarkan karakter pengendalian sporty dan keselesaan pemanduan jelajah, ujian ke atas sistem suspensi kereta itu mesti dilakukan sebaik mungkin. Video di bawah ini menunjukkan bagaimana BMW melakukan ujian ke atas suspensi BMW M5 (E39) bagi mendapatkan tahap kesempurnaan diingini.

RIG UJIAN DALAM MAKMAL

Menggunakan rig ujian untuk memegang suspensi depan di atas trek berputar pegun, satu pengoperasi bekerja mengawal dua roda ketika trek melakukan pecutan dan menyahpecutkan tayar. Berasaskan video itu juga anda dapat melihat bagaimana roda stereng berputar ke kiri dan kanan, sekali gus mengenakan daya pada setiap komponen suspensi di setiap sudut.

Brek turut diuji pada tahap maksimum hingga rotor kelihatan membara dan semua itu dilakukan untuk menunjukkan betapa serius BMW menguji produk mereka seoptimum mungkin.

BACA >>> 7 Model BMW 3 Series Terbaik Sepanjang Zaman

Jangan tidak tahu, semua ujian tersebut dilakukan tanpa perlu mengusung prototaip kereta sebenar keluar dari makmal. Apa ditunjukkan itu semestinya sesuatu yang sangat mengagumkan apabila dapat melihat bagaimana sebuah kereta popular dibangunkan menggunakan teknologi 1990-an.

Mungkin bagi BMW, kenapa perlu bersusah payah melakukan ujian luar sedangkan mereka mampu melakukannya di dalam makmal dengan keputusan yang cukup menakjubkan!

* Durasi video: 2:31 

SUMBER: Road and Track

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW M5, BMW M5 (E39), Roda4, sedan sport, suspensi, ujian suspensi, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my