Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/03/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUARAN kenderaan elektrik (EV) sedang mengalami pertumbuhan pesat dan perlahan-lahan mula memasuki medium pengeluaran kereta arus perdana. Pembuatan segmen tersebut juga semakin hari semakin bertambah baik dari segi penciptaan teknologi dan penjimatan tenaga.

Tahun 2017 mencatatkan pencapaian terbaik buat penjualan EV di Amerika Syarikat (AS) dengan hampir 200,000 pengguna kini sudah menjadi pemilik EV, sekali gus membuatkan pengeluar automotif saling berlumba mahu memasarkan model EV masing-masing. Angka jualan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan dengan bahan api fosil, EV bukan saja memiliki kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan. Berikut ialah beberapa fakta tentang pro dan kontra EV yang perlu kita ketahui.

KELEBIHAN

1. Mesra Alam Sekitar

Memandu EV bermakna anda sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemandu era baharu memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran lebih baik buat generasi akan datang dengan mengurangkan kadar pencemaran daripada kenderaan. Malah, operasi EV yang senyap juga tidak menghasilkan pencemaran bunyi.

2. Kurang Kadar Haus dan Lusuh (Wear and Tear)

EV dijana pek bateri dan tidak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Sebagai makluman, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan EV. Ini bermakna, EV menyingkirkan segala kos penyenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap @ valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri diperlukan untuk EV.

BACA >>> Anak Muda Bikin ‘Tesla Malaysia’, Hasilkan Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

3. Ideal untuk Pemanduan Urban

Berhenti dan bergerak ialah corak tipikal dan norma pemanduan di kawasan bandar. Kereta yang menggunakan enjin bahan api lebih efisien di lebuh raya, tetapi kereta elektrik cemerlang di bandar. Jika anda tinggal di kawasan bandar, memiliki kereta elektrik itu memang berbaloi dan munasabah.

4. Penjimatan Kos Bahan Api

Seperti diketahui ramai, kos operasi EV lebih murah jika dibandingkan enjin yang dijana bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah jauh lebih rendah, manakala bateri mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dan pusat membeli belah juga menawarkan khidmat cas percuma.


KEKURANGAN

1. Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas

Antara kelemahan utama yang mendatangkan masalah kepada pemilik EV adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pedalaman. Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.

Masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres. Sama seperti membeli telefon bimbit mahal, tetapi perlu dicas di rumah kawan. Kawan pula duduk di kawasan perumahan lain.

2. Jarak Tidak Konsisten

Setiap EV mempunyai anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan Kerajaan. Namun, angka ini sukar dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar. Jarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna.

Ini sama sekali tidak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki EV itu. Contohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum.

3. Jumlah Jarak Yang Terhad

Walaupun Tesla Model S 100D disebut sebagai model terbaik dalam segmen EV dengan kemampuan bergerak sejauh 539km, angka tersebut masih tidak dapat menyaingi kemampuan enjin 4-silinder dengan bahan api. Enjin tipikal bahan api secara purata mampu bergerak sejauh 595km.

BACA >>> 5 Fakta Tentang Trak EV – Tesla Semi yang Perlu Anda Tahu

Selain Tesla, model EV lain secara purata cuma mampu bergerak sejauh 160km hingga 447km dalam kapasiti bateri dicas penuh. Ini menyebabkan jangkaan pemanduan EV sebagai kenderaan harian sedikit bermasalah dan menakutkan. Kebanyakan pemandu tidak memerlukan lebihan jarak kerana purata jarak perjalanan hanya sekitar 48km sehari.

4. Harga Pemilikan Tinggi

EV masih berharga premium berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas EV kekal tinggi dan  mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.

SUMBER: AutoGuide

autotainment EV kekurangan EV kelebihan EV Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.