Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Beza Enjin Diesel dan Petrol?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Beza Enjin Diesel dan Petrol?

Han OthmanBy Han Othman17/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI ini, semakin ramai pembeli memilih trak pikap dikuasakan diesel sebagai kenderaan harian yang bukan lagi hanya untuk melakukan kerja berat.

Selain aspek fizikal besar, ramai pembeli trak pikap tertarik dengan tork tinggi dihasilkan yang memudahkan mereka memotong kenderaan ketika memandu di lebuh raya. Malah, trak pikap juga dianggap kuat dan lasak untuk mengangkut muatan berat dan menempuh permukaan jalan mencabar, terutama laluan off-road.

BACA >>> Ford Ranger Platinum (2023), Siri Ranger Mewah Enjin V6 Turbodiesel untuk UK, Harga RM235k!
BACA >>> Volkswagen Amarok (2023) Diperkenal dengan Lima Enjin Turbo Diesel, dan Petrol!

Apa lagi beza trak pikap, yang kebiasaannya dikuasakan diesel berbanding kenderaan jenis petrol lain?

Enjin diesel dibikin untuk menghasilkan mampatan besar pada rev (rpm) rendah. Kenderaan diesel juga dihasilkan lebih kuat dari segi material untuk menampung berat muatan. Enjin diesel menghasilkan mampatan padat bagi mendapatkan ledakan kuasa yang besar untuk nisbah mampatan besar.

Bagi mendapatkan ledakan kuasa dalam kebuk pembakaran, komponen pemanas palam (foto atas kiri) diperlukan. Dalam proses mampatan pembakaran, kecekapan bahan api diesel cenderung jimat berbanding enjin petrol kerana mampatan tinggi membuatkan suhu panas dalam kebuk pembakaran terhasil dalam kondisi cukup ideal.

Ini bermakna bahan api kenderaan dikuasakan diesel adalah lebih jimat. Inilah sebab banyak kenderaan diesel digunakan sebagai pengangkutan untuk urusan perniagaan.

Mengenai tork pula, angka tork tinggi dihasilkan dari atas piston dan panjang lejang. Ada banyak komponen yang bekerja meledakkan tork, dan enjin diesel moden dilengkapi pengecas turbo dan sistem common rail untuk menjaga tekanan mampatan yang dihasilkan itu.

Rekabentuk enjin yang tidak banyak menggunakan komponen elektrikal juga menjadi nilai tambah kepada kenderaan diesel. Ini memberikan kelebihan kepada trak pikap meredah kawasan lasak seperti permukaan jalan off-road dan banjir berbanding kenderaan petrol.

Trak pikap tiada palam pencucuh. Palam pencucuh pula memerlukan koil untuk  menghasilkan percikan api. Ini bermakna prinsip kerja pembakaran enjin diesel hanya memerlukan bekalan diesel dan udara.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Kini di Malaysia! Enjin Petrol 3.0L V6 Twin-Turbo, Harga RM259k!
BACA >>> Trak Pikap Hidrogen Toyota Hilux H2 Bakal Masuk UK Tahun Depan

autotainment enjin diesel Enjin Diesel vs Enjin Petrol tahukah anda Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

05/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.