Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
Auto Terkini

#TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemandu kereta atau kenderaan empat roda pernah mengalami situasi ini, iaitu cermin depan pecah atau retak, sama ada ketika sedang memandu atau dalam keadaan diparkir.

Cermin depan kenderaan biasanya dibuat daripada kaca bajaan (tempered glass) yang menjalani proses pemanasan untuk menguatkan struktur kaca supaya tahan lasak dan tidak mudah pecah. Kaca jenis ini juga selamat digunakan kerana akan berderai menjadi butiran halus (bukan dalam bentuk kepingan seperti kaca biasa) sekiranya pecah akibat kemalangan, atau terkena objek keras.

Secara ringkas, kaca cermin depan memang cukup tahan lasak dan kuat, serta tidak mudah pecah walaupun terdedah kepada cuaca paling panas seperti iklim tropika di Malaysia. Jadi kenapa dalam kes tertentu cermin depan boleh retak juga?

Kami senarai 8 sebab utama kenapa cermin depan kereta anda boleh pecah atau retak:

1. KUALITI KACA

Daya ketahanan cermin depan bergantung kepada kualiti kaca daripada pembekal atau pengeluar. Jika kualiti rendah, risiko retak lebih mudah berlaku apabila terkena sesuatu objek terbang bersaiz kecil.

Cermin depan dikeluarkan pengeluar biasanya cukup kuat, tetapi lain pula jika pernah pecah. Ada kemungkinan bengkel baik pulih menggunakan cermin berkualiti rendah, atau unit terpakai.

2. SALAH PASANG

Cermin depan berisiko pecah atau retak jika tidak dipasang betul. Biasanya, kerosakan retak lebih mudah berlaku, dan jarang berlaku pada kereta yang tidak pernah terbabit kemalangan kecuali berlaku kerosakan daripada pengeluar.

Saiz cermin depan yang tidak sesuai dengan frem juga boleh menyebabkan masalah sama. Cermin kereta anda boleh longgar apabila memandu dalam halaju tinggi akibat impak tekanan dan getaran.

BACA >>> FIA Mahu Perkenal Cermin Depan untuk Semua Kereta F1

3. JALAN KERIKIL

Anda harus berjaga-jaga jika memandu atas permukaan jalan kerikil (gravel road) kerana batu-batu tersebut boleh terpelanting dan terkena cermin depan hingga retak.

Jadi, cuba menjarakkan kereta anda dengan kenderaan depan, terutama jika memandu di belakang kenderaan berat seperti lori untuk mengurangkan risiko terkena batu. Ramai pemandu tersalah sangka cermin depan kereta mereka retak akibat cuaca panas melampau, sedangkan ia sudah pun berlubang kecil kerana terkena serpihan batu kecil atau kerikil, dan retak menjalar besar beberapa hari kemudian akibat tekanan dan gegaran pemanduan.

4. KENDERAAN BERAT

Apabila nampak kenderaan berat seperti lori membawa bahan pembinaan seperti kerikil, tanah atau pasir atau kayu, cuba jarakkan kereta pada jarak selamat. Objek yang dibawa lori itu boleh terjatuh ke jalan dan melantun ke arah kereta dari arah tidak disangka. Jika keadaan membenarkan, sila potong lori berkenaan dan jangan terus memandu di belakang kenderaan berat seperti itu.

5. SUHU PANAS, SEJUK LAMPAU

Ini sangat jarang berlaku, tetapi perubahan suhu mendadak seperti daripada panas terik kepada hujan atau sejuk dalam tempoh lama juga boleh menyebabkan cermin depan retak. Elakkan memarkir kenderaan anda di kawasan terdedah kepada cahaya matahari terik secara langsung.

Suhu panas boleh menyebabkan sudut sisi cermin mengembang lebih cepat berbanding tengah cermin. Cuaca panas juga mampu membuatkan retak kecil (yang mungkin tidak dapat dilihat mata kasar) merebak lebih besar.

6. INSIDEN TIDAK DIDUGA

Ada beberapa kes cermin depan pecah atau retak walaupun kereta tidak bergerak. Insiden sebegini boleh jadi faktor sekeliling seperti kanak-kanak bermain atau ada orang melempar objek keras dari tingkat atas bangunan bertingkat.

7. POKOK

Elakkan parkir bawah pokok kerana ada risiko dahan patah atau buah keras boleh jatuh dan menghempap cermin depan kereta. Begitu juga pada musim tengkujuh, lebih-lebih lagi jika ke kawasan pantai. Ada banyak kes pokok-pokok berdekatan pantai tumbang ditiup angin kuat kerana akar sudah reput.

8. HUJAN BATU

Hujan batu pernah turun di Malaysia, walaupun ia bukan situasi yang kerap berlaku. Kesannya memang boleh menyebabkan kerosakan yang bukan saja cermin depan retak, tetapi juga merosakkan badan kenderaan.

BACA >>> Peraturan Cermin Gelap Kekal Seperti 2019, Kompaun RM300 Jika Tidak Patuh

SUMBER: DriveSpark | Climbersway |Farmersalmanac

autotainment Cermin Depan Cermin Depan Kereta Cermin Depan Pecah Cermin Depan Retak tahukah anda Windscreen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.