Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»FIA Mahu Perkenal Cermin Depan untuk Semua Kereta F1
Autotainment

FIA Mahu Perkenal Cermin Depan untuk Semua Kereta F1

Han OthmanBy Han Othman10/07/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KOKPIT terbuka, roda mudah tanggal dan kerusi tunggal adalah antara ciri eksklusif yang cukup sinonim dengan sesebuah kereta lumba Formula Satu (F1). Namun kebelakangan ini, muncul tuntutan yang mendesak ciri keselamatan tambahan kepada pemandu supaya dilindungi daripada serpihan dan gangguan lain ketika berlumba. 

Ada banyak cadangan diusulkan, tetapi apa dinyatakan di bawah ini adalah antara penyelesaian yang sedang diteliti Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menerusi rekacipta dipanggil ‘Shield’ (perisai).

Ciri baharu itu berupa cermin depan daripada material polikarbonat (baca: plastik), yang direka secara aerodinamik untuk membalut sekeliling kokpit terbuka, ataupun menutup keseluruhan kokpit. Namun, jika kokpit ditutup sepenuhnya, isu pengudaraan pula perlu diatasi supaya pemandu tidak kepanasan sepanjang perlumbaan akibat bahang enjin dan persekitaran.

LEBIH PRAKTIKAL BERBANDING ‘HALO’

Dipersembahkan secara digital pada model Williams FW40 2017, cadangan itu kini diterima (sekurang-kurangnya buat masa sekarang) sebagai paling praktikal berbanding peranti ‘halo’ (gambar atas) berupa frem gentian karbon, yang dipasang mengelilingi kokpit. Namun, rupa peranti tersebut dilihat agak pelik dan seakan menghalang pandangan pemandu selain berisiko menyebabkan kemalangan dan kekalahan.

Walaupun cadangan awal ‘Shield’ itu diterima pakai FIA, ciri baharu tersebut masih jauh daripada penyelesaian akhir dan banyak lagi ujian perlu dilakukan. Ferrari sendiri akan melakukan ujian ‘perisai’ tersebut (sebelum ini dipanggil aeroscreen) semasa sesi latihan di Grand Prix Britain minggu depan. Jika tidak, penyelesaian akan kembali semula kepada rekabentuk peranti ‘halo’.

Di bawah ini adalah gambaran artis, Giogio Piola dari Motorsport.com

SUMBER: Car Scoops

autotainment ciri keselamatan kereta F1 F1 FIA Formula Satu (F1) Halo Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Shield
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.