Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 6 Perkara Pemandu Silap Hingga Tak Sedar Kos Sara Kereta Bertambah
Autotainment

#TahukahAnda: 6 Perkara Pemandu Silap Hingga Tak Sedar Kos Sara Kereta Bertambah

TalibBy Talib14/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Pemandu-pemandu baharu sentiasa muncul dan mereka akan jadi pemilik kereta baharu. Tidak kurang pula kalangan pemandu yang kembali memandu kereta mereka yang sudah lama tersadai.

Kos penggunaan kereta memang perlu difikirkan semua pemilik. Ada pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk menjimatkan kos menyara kenderaan empat roda itu. Walaupun sesetengah kos macam tidak masuk akal dan boleh dijimatkan, tetapi masih ramai percaya.

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang kadangkala kita tidak perasan sudah terbazirkan wang. Mari kita bincang dan ambil tahu serba sedikit perkara tersebut.

BACA >>> Beli Kereta Bukan Pasal Bayar Ansuran Bulanan Saja! Sara Myvi Pun Hampir RM1k Sebulan!

1. Bahan Api Premium: Benarkah Kereta Kita Perlukannya?

Sebelum kita isi petrol premium untuk kereta kesayangan, cuba fikirkan jawapan untuk dua soalan ini:

  • Apakah jenis bahan api yang sesuai untuk kereta kita?
  • Adakah kereta kita benar-benar memerlukan petrol premium untuk bergerak?

Tahukah anda, sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi penjimatan minyak dan prestasi kenderaan jika memandu dalam keadaan jalan raya sesak di bandar atau jarak jauh. Jadi kita sebenarnya boleh menjimatkan wang dengan memeriksa gred sebenar petrol yang diperlukan kereta.

Maklumat mengenai jenis bahan api itu boleh dibaca daripada buku manual kereta atau laman web pengeluar. Jika maklumat mengatakan kereta kita tidak memerlukan petrol premium, sudah tiba masa anda berhenti menggunakannya!

Pengeluar kebiasaannya menghasilkan model kereta bersesuaian dengan bahan api biasa bagi menarik lebih ramai pembeli. Jadi anda sudah membayar lebih untuk petrol sejak awal membeli dan memandu kereta.

Memang ada kalangan kita gemar mengisi petrol premium, dan itu cuma pilihan, tetapi anda sebenarnya boleh menjimatkan wang dengan menggunakan petrol biasa yang langsung tidak akan menjejaskan enjin. Kepada mereka yang memiliki kereta prestasi tinggi, jika ada pilihan bahan api lebih murah dan bersesuaian dengan kereta anda, tidak salah pun menggunakannya.

Tetapi semua itu ada kaitan dengan psikologi juga. Takkanlah kereta mahal, isi minyak murah? Tapi peduli apa kata orang?

BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
BACA >>> Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040

2. Penggunaan Minyak Enjin Sintetik Penuh

Sama seperti memilik bahan api premium, penggunaan minyak enjin sintetik juga sebenarnya tidak diperlukan kebanyakan kereta. Anda boleh periksa sendiri dalam jadual servis. Ada kos servis cukup dengan sekadar menukar minyak enjin jenis mineral.

Ini bermakna enjin anda hanya memerlukan minyak enjin mineral yang dapat berfungsi dalam jangka masa disarankan pusat servis. Kita faham penggunaan minyak enjin sintetik akan meningkatkan keupayaan beberapa model kereta moden. Namun, sesetengah enjin memang tidak terlalu bergantung kepada jenis minyak enjin dan masih berprestasi tinggi.

Kereta lama pula ada yang memang tidak memerlukan minyak enjin sintetik dan hanya sesuai dengan minyak enjin mineral. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta, anda perlu faham mengenai gred minyak yang sesuai digunakan kereta sendiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

3. Kos Baik Pulih Kereta

Cara menjimatkan wang adalah mengetahui kos baik pulih di pusat servis kereta anda. Kebiasaannya, proses dilakukan untuk membaik pulih memerlukan kita menandatangani kertas diberikan mekanik atau penasihat servis. Soalannya, adakah anda tahu apa tertulisdalam kertas itu? Ada semua yang ditulis perlu dibuat untuk membaik pulih kereta anda?

Ya, anda perlu faham kertas itu dan cuba lihat (dan baca) sendiri keperluan menukar atau menambah sebarang komponen baharu untuk kereta. Kos upah buruh/kerja juga perlu difahami bagi setiap tambahan tugas dilakukan.

Ada juga kos upah buruh/kerja dikira berasaskan peratusan harga alatan atau masa diperlukan untuk proses baik pulih. Jika kereta sudah tiada waranti, anda boleh pilih untuk menggunakan perkhidmatan bengkel persendirian yang memberikan kos upah buruh lebih murah berbanding pusat servis pengeluar.

Namun, jangan lupa memeriksa kertas kerja (invois/resit) diberikan dan fahami setiap kos sebelum menandatangani sebarang dokumen.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

4. Lupa dan Tidak Buat Kaji Selidik

Sebelum hendak membeli apa saja barang sama ada alat ganti, atau komponen kereta, sudah menjadi kebiasaan untuk kita memeriksa reviu pembeli terhadap kedai alat ganti tersebut. Samalah seperti bengkel kereta, jika   anda memilih pergi ke bengkel kereta persendirian, anda perlu buat sedikit siasatan terlebih dulu.

Anda boleh memeriksa reviu pelanggan terhadap perkhidmatan pusat servis pengeluar kereta sedia ada. Walaupun di bawah  jenama sama, tetapi ada pusat servis yang tidak memberikan layanan sepatutnya mengikut garis panduan dan etika pengeluar induk.

Pilihan baik akan memberikan anda perkhidmatan dan penyelenggaraan terbaik. Ini akan menjimatkan wang dan masa Jadi jangan lupa membaca reviu atau ulasa rakan dan pelanggan mengenai bengkel atau pusat servis sama ada secara langsung atau menerusi laman web.

5. Memandu dengan Tayar Kempis

Antara banyak cara biasa membazirkan wang untuk kereta adalah memandu dengan tayar kempis. Berapa ramai pemandu yang tidak tahu mereka sedang memandu dengann tekanan angin tayar tidak cukup.

Memang ramai pemandu tidak memeriksa tekanan tayar secara berkala hingga menyebabkan tayar jadi cepat haus dan membuatkan penggunaan bahan api lebih daripada kadar biasa. Ada kajian dilakukan saintis mendakwa 1 peratus penambahan minyak petrol berlaku jika memandu dengan tayar tidak cukup tekanan angin.

Jadi, pastikan anda memeriksa tekanan angin tayar mengikut maklumat kereta sedia ada. Tekanan tayar depan dan belakang mungkin berbeza, jadi pastikan anda tahu.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu

6. Tidak Peduli Indikator/Lampu Periksa Enjin
Indikator ‘Check Engine’ menyala.

Satu lagi punca menyebabkan pemilik kereta rugi adalah tidak mengendahkan indikator atau lampu periksa enjin yang menyala.

Nampak seperti tiada apa berlaku kerana kereta masih berfungsi macam biasa. Namun, indikator periksa enjin boleh menyala disebabkan banyak punca daripada enjin yang menandakan masalah sedang berlaku. Sebagai contoh, mungkin masalah itu datang daripada sensor yang akan mengurangkan hampir 40 peratus kecekapan enjin, atau boleh jadi palam pencucuh rosak.

Jika anda memilih untuk tidak peduli isu itu, anda sebenarnya sedang merosakkan sistem ekzos kereta sekali gus berisiko membayar kos baik pulih mahal. Jadi, jangan abaikan sebarang lampu indikator amaran yang menyala pada panel meter. Mungkin sehari dua hari rosaknya tidak teruk, tetapi jika terus bertangguh, kos baik pulih boleh meningkat dan terus meningkat.

BACA >>> #TahukahAnda: Indikator ‘Check Engine’ Menyala, 10 Komponen Ini Perlu Diperiksa
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Periksa Enjin Kenderaan Menyala Tiba-Tiba?

7. Tidak Buat Servis Berkala

Pemeriksaan dan servis berkala nampak seperti menyusahkan pemilik kereta. Mengikut jadual berkala untuk banyak kereta baharu hari ini, anda hanya perlu buat dua kali pemeriksaan dalam setahun. Pemeriksaan itu adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan kereta anda terkandas di tengah jalan akibat rosak.

Penyenggaraan dan menukar alat ganti atau komponen yang mudah lusuh juga penting dan perlu dibuat berterusan. Jika tidak dilakukan, anda mungkin perlu bayar lebih untuk kos baik pulih berbanding kos penjagaan.

Sebagai contoh, jika minyak enjin tidak ditukarkan mengikut waktu, minyak enjin lama dalam enjin tidak lagi mampu melincirkan dan mengekalkan kebersihan enjin. Situasi itu  boleh menyebabkan enjin rosak dan pemandu perlu membayar harga lebih mahal daripada sekadar menukar minyak enjin baru setiap enam bulan atau 10,000km.

8. Bayar Insurans Lebih
polisi-insurans
insurans-kereta

Perkara terakhir, pemandu juga sering tersalah ketika memperbaharui insurans kereta. Sememangnya kita semua mahu melindungi kereta daripada sebarang kecelakaan seperti kemalangan dan kecurian.

Namun, anda perlu peduli mengenai bayaran caruman yang dibuat. Anda perlu faham keperluan dan risiko kereta anda bakal hadapi. Usia kereta, nilai pasaran terpakai dan analisis kewangan harus diambilkira ketika hendak memperbaharui polisi insurans kereta. Jangan bayar lebih, bayar mengikut nilai sepatutnya.

BACA >>> Laman Web Banding Insurans Kereta, Klik GoBear.com!
BACA >>> Bandingkan Insurans, Perbaharui Cukai Jalan dengan Fatberry Semudah 9 Langkah Ini!

KESIMPULAN

Perkara di atas sering dibiarkan hingga menyebabkan pemandu membayar lebih untuk kereta mereka. Banyak lagi perkara lain yang tidak disedari pemandu.

Namun asasnya, jangan lupa dan sentiasa mengkaji sebelum membeli atau mendapatkan khidmat daripada mana-mana bengkel atau pusat servis untuk kenderaan anda.

autotainment Bayar Kos Lebih Sara Kereta masalah kereta tahukah anda tip kereta
Talib

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.