Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

WahidBy Wahid17/11/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP kali beli minyak enjin (juga dipanggil minyak hitam, atau minyak pelincir), memang selalu kita belek dan baca bahagian label botol yang ditulis pelbagai istilah kejuruteraan kimia seperti ‘SAE 10W-40’, ‘Fully-Synthetic’ dan sebagainya.

Apakah maksud maklumat tersebut?

Tahukah anda, segala maklumat dicetak itu adalah sangat penting kerana membolehkan kita memilih jenis minyak enjin yang sekurang-kurangnya dapat digunakan enjin motosikal atau kereta kita.

Jom kami kongsikan beberapa pengetahuan asas mengenai minyak enjin.

BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak

1. MINERAL / SEMI-SINTETIK (semi-synthetic) / SINTETIK PENUH (Fully-Synthetic)

Kita sering memilih minyak enjin mengikut jenis minyak iaitu mineral, semi-sintetik (semi-synthetic) atau sintetik penuh (full-synthetic).

Istilah tersebut bermaksud punca minyak itu sebelum ditambah bahan lain untuk mendapatkan ‘pakej’ perlindungan tertentu. Punca minyak tersebut dinamakan ‘minyak asas’ (base oil), manakala pakej bahan campuran pula memberikan ciri khas seperti kelikatan, ketahanan terhadap suhu, ketahanan daripada berlaku endapan (sludge), dan lain-lain, termasuk had tempoh ketahanan.

Minyak mineral menggunakan minyak asas yang didapati daripada pemprosesan petroleum (minyak galian). Secara am, minyak enjin jenis mineral tidak tahan lama disebabkan struktur minyak asas itu sendiri. Justeru, minyak mineral biasanya jenis minyak enjin paling murah berbanding minyak enjin lain.

Minyak semi-sintetik bermaksud minyak asas mineral yang dicampurkan minyak asas sintetik. Campuran minyak asas sintetik itu pula tidak lebih 30 peratus. Secara am, minyak enjin jenis ini dapat memberikan perlindungan lebih baik dan tahan lama daripada minyak mineral.

Minyak sintetik penuh pula menggunakan minyak asas yang dihasilkan di makmal. Minyak asas paling popular digunakan ialah ‘ester’.

Proses pembuatan di makmal yang bukan daripada bahan galian membolehkan minyak jenis ini dihasilkan dengan sifat tertentu sebelum dicampurkan ‘pakej perlindungan’. Inilah sebab kenapa minyak sintetik penuh dapat bertahan lebih lama berbanding minyak enjin jenis lain. Selain itu, minyak sintetik penuh juga paling mahal.

NOTA 1

Ada juga minyak enjin yang tidak mempunyai label seperti di atas. Sebaliknya, pengeluar menggunakan istilah seperti ‘ester’, ‘double-ester’, ‘ester-blend’, ‘synthetic blend’, ‘full ester’ dan lain-lain. Sebagai makluman, minyak itu jenis semi-sintetik atau sintetik-penuh jika ada perkataan ‘ester’.

Namun, jika ada perkataan ‘blend’ (campuran), maksudnya itu minyak semi-sintetik. Sebaliknya jika dicop dengan perkataan ‘100% ester’, maka itu minyak sintetik-penuh.

Cara paling senang mengetahui jenis minyak enjiin adalah cari maklumat di laman web jenama minyak itu. Kenalah berusaha lebih sikit dan jangan percaya bulat-bulat cakap mekanik.

NOTA 2

Kami pernah terbaca komen Facebook yang mendakwa minyak sintetik itu ‘minyak tiruan’. Kekecohan itu berpunca berikutan kegagalan seseorang mekanik menghuraikan maksud ‘sintetik’ dengan baik. Sudahnya dia jelaskan sinteik itu bermaksud tiruan.

Seperti kami sebut di atas, minyak sintetik menggunakan minyak asas yang dihasilkan di makmal. Pendapat mekanik itu pula, minyak asas itu ‘meniru’ minyak galian kerana bukan digali. Pendapat itu sebenarnya tidak salah, cuma cara penjelasan mengelirukan.

2. INDEKS KELIKATAN (VISCOSITY INDEX – VI)

Pada label botol minyak enjin, kita juga akan nampak huruf dan angka seperti berikut:

SAE 10W-40

SAE bermaksud Society of Automotive Engineers (Kesatuan Jurutera Automotif). Angka merujuk kepada kelikatan minyak enjin tersebut pada suhu yang tertentu. Kelikatan bermaksud ciri pengaliran sesuatu bendalir (termaksuk minyak). Justeru, minyak yang mudah mengalir disebut ‘cair’, sebaliknya minyak yang mengalir perlahan disebut sebagai ‘pekat’ atau ‘likat’.

Jadi, minyak 15W-50 lebih ‘pekat’ daripada minyak 10W-40.

Angka depan dan huruf ‘W’ menunjukkan kelikatan minyak itu pada suhu -25ºC (25º di bawah tahap beku). ‘W’ bermaksud ‘Winter’, iaitu musim salji. Contohnya, minyak gred 10W-40 memberikan tahap kelikatan sebanyak 10 ketika musim salji. Ini penting untuk memastikan minyak hitam itu tidak membeku dan boleh dipam ke bahagian-bahagian enjin apabila dihidupkan.

Bagaimanapun, angka depan itu kurang signifikan bagi kenderaan di negara tiada salji seperti di Malaysia. Ia juga memberikan sebarang kesan walaupun kita menginap di kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands, Cameron Highland, dan seumpamanya kerana suhu di sana masih tidak sejuk hingga menyebabkan salji turun.

Namun, angka di hujung itu adalah paling penting kerana menunjukkan kelikatan minyak enjin berkenaan pada suhu 100ºC. Ini kerana minyak akan bertukar menjadi lebih cair apabila suhu meningkat.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?

Selain itu, kita juga perlu mengambil kira suhu persekitaran. Sila rujuk jadual di atas. Disebabkan cuaca kita sering mengalami suhu di bawah 40ºC, kebanyakan pengeluar motosikal mengesyorkan gred 40. Namun, ramai penunggang lebih gemar menggunakan minyak enjin gred 15W-50 kerana lebih tahan lama selain memberikan ciri menutup kebocoran dalam enjin lama.

Ingat, jangan sesekali guna gred minyak enjin yang terlalu cair atau pekat. Minyak cair mungkin memberikan tindak balas enjin yang cepat (fast revving), tetapi terlalu cair untuk memberikan perlindugan sewajarnya terhadap enjin. Sebaliknya, minyak pekat pula mungkin dapat melekat lebih berkesan pada bahagian enjin, tetapi tidak dapat dipam sempurna melepasi celahan halus komponen yang bergerak.

3. API SL / API SM / API SN

Huruf-huruf ini adalah mengenai gred servis untuk enjin petrol dan TIADA KAITAN dengan kualiti minyak enjin. Gred servis ini ditetapkan Institut Petroleum Amerika (American Petroleum Institute , API).

Gred-gred itu menunjukkan kesesuaian minyak enjin tersebut untuk sesuautu generasi enjin. Ini kerana ada pasaran negara tertentu mewajibkan enjin kenderaan mengikut piawaian emisi tertentu seperti Euro 5. Enjin moden masa kini berfungsi pada suhu lebih tinggi untuk memaksimumkan penggunaan bahan api.

API akan bekerja rapat dengan pengeluar kenderaan untuk memastikan minyak enjin memenuhi syarat seperti:

  • Ketahanan kepada kelikatan jelaga
  • Kesesuaian kepada gasket
  • Kesesuaian kepada campuran bahan lain seperti ‘treatment’
  • Mencegah penambahan kelikatan
  • Mencegah endapan minyak
  • Lain-lain.

Piawaian API terbaharu ialah SN, diperkenalkan pada 2010 untuk kenderaan yang dihasilkan selepas 2011. Bagaimanapun, gred ini boleh digunakan kenderaan keluaran sebelum 2011. Gred seperti  SJ, SL dan SM juga masih boleh dijumpai di pasaran dan boleh digunakan, manakala gred lama daripada SA hingga SH dikira usang dan tidak boleh digunakan lagi.

4. JASO MA / JASO MA2 / JASO MB

Kami menyiarkan rencana mengenai kesan minyak enjin terhadap klac basah motosikal. Minyak enjin yang dikongsi antara enjin, transmisi dan klac diwajibkan memiliki piawaian JASO MA atau JASO MA2.

Piawaian tersebut ditetapkan ujian di bawah JASO T 903:XXXX. Minyak enjin itu juga tidak boleh menyebabkan masalah gelinciran klac. Selain itu, ia mesti menepati gred minimum API SG.

Minyak yang menepati piawaian JASO MB adalah dikhaskan untuk skuter tanpa klac, manakala minyak enjin piawaian JASO MA, MA2, dan MB boleh digunakan enjin dengan sistem klac kering.

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?

autotainment Istilah Minyak Enjin minyak enjin minyak hitam tahukah anda
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026

    3 Comments

    1. Amir on 08/10/2021 17:58

      Motor benalli rfs 150i saya, setiap hari akan gerak sejauh 150km 2hala pergi dan balik, minyak hitam yang mana lebih sesuai untuk di guna kan

      Reply
    2. Hussein on 08/11/2023 13:40

      Hi
      10w -30 sesuai pada kenderaan kegunaan harian?
      Waktu bergerak hingga 8jam tanpa henti.
      Tq

      Reply
    3. Fendi on 22/09/2024 17:21

      Sy pakai kereta Vios lama minyak ape yg sesuai pada kereta sy sbb Keta dh lebih dari 10 tahun

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.