Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…
Autotainment

#TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…

TalibBy Talib22/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAYAR ialah komponen kenderaan yang kerap dibincangkan dan menjadi antara aspek keselamatan penting kepada pemandu dan pengguna jalan raya. Tahukah anda, ada pelbagai alternatif lain selain oksigen (udara) yang boleh digunakan untuk mengisi angin tayar. Salah satunya gas nitrogen yang dikatakan lebih baik. Benarkah?

Ada pelbagai jenis tayar kenderaan yang sememangnya diisi dengan gas ini untuk mendapatkan tetapan lebih tepat. Ini kerana gas nitrogen lebih stabil berbanding oksigen. Jadi, nitrogen digunakan untuk tayar kenderaan seperti kereta lumba, pesawat udara, kapal angkasa dan jentera perindustrian.

Fakta ini menyebabkan sesetengah pengguna kenderaan percaya gas nitrogen adalah pilihan lebih baik jika mahu mengoptimumkan pemanduan kereta. Ini mungkin benar, tetapi tidak selalunya tepat.

BACA >>> #TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

Udara yang kita sedang sedut untuk bernafas ketika ini mengandungi 78 peratus nitrogen. Kandungan ini sama dengan kandungan angin yang kita masukkan ke dalam tayar.

Jika nitrogen digunakan sebagai ‘angin’ utama pula, kandungan gas ini mengandungi 93-95 peratus oksigen. Ini membolehkan kita mengatakan ada perbezaan minimum antara penggunaan tayar biasa dan tayar nitrogen. Jadi memang tiada kurang apa-apa pun jika pamkan tayar dengan angin biasa.

Namun, bagi menambah pengetahuan kita semua, artikel ini akan menjawab kenapa gas nitrogen digunakan pada sesetengah kenderaan yang memerlukan tetapan lebih tepat?

KENAPA TAYAR NITROGEN LEBIH BAIK?

1. Tahap kebocoran Lebih Rendah

Angin dalam tayar akan sentiasa berkurangan disebabkan tindak balas molekul kecil yang bergerak dan terkeluar ketika getah tayar meregang dan melentur. Walaupun ruang antara getah sangat kecil, tetapi udara tetap boleh menyerap keluar.

Disebabkan kerana tindak balas itu, kita perlu kerap memeriksa tekanan angin dalam tayar. Berdasarkan fakta saiz atom dalam nitrogen lebih besar berbanding oksigen, maka potensi nitrogen meresap dan keluar daripada getah tayar adalah kecil berbanding oksigen.

Kalau hendak fikir lebih mendalam mungkin agak memeningkan, tetapi apa yang boleh kita rumuskan, udara lebih mudah membebaskan diri daripada tayar 1.6 kali lebih pantas berbanding nitrogen. Maknanya nitrogen masih boleh terbebas kerana dalam kandungan gas itu masih ada oksigen yang sukar dikawal. Ini kerana udara atau gas oksigen yang ada di persekitaran masih memberikan kesan terhadap tayar dari luar.

2. Penggunaan Bahan Api Lebih Konsisten

Fakta ini boleh dianggap betul kerana penggunaan tekanan tayar yang tepat dalam jangka masa lebih lama dapat meningkatkan penjimatan bahan api. Ini kerana tayar dengan tekanan baik memiliki kadar rintangan pergerakan ketika bergolek yang paling rendah.

Berdasarkan fakta nitrogen dapat kekal dalam tayar dalam jangka masa lama, maka pemandu tidak perlu kerap untuk memastikan tayar memiliki tekanan angin mencukupi. Ini secara tidak langsung memudahkan pemandu mendapatkan penjimatan dan penggunaan bahan api terbaik.

3. Pengendalian Lebih Konsisten

Ini bukan fakta tepat buat mereka yang memandu atau bergerak setiap hari. Memang benar tayar yang diisi nitrogen mampu mengoptimumkan prestasi dalam aspek pengendalian. Ini kerana  nitrogen dapat menstabilkan tekanan dalam tayar dan inilah alasan kenapa gas ini digunakan untuk tayar kereta lumba.

Namun, bagi pemandu kebanyakan seperti kita yang memandu biasa-biasa, memang tidak dapat pun merasai perbezaan tersebut. Janganlah pula kerana mahu merasai kesan pengendalian mantap, tergamak kita ‘melenjan’ kereta biasa seperti kereta lumba. Tidak berbaloi pun.

4. Mengurangkan Masalah Haus dan Lusuh

Jika kita mengisi tayar dengan nitrogen, kita boleh mengurangkan masalah haus dan lusuh (wear and tear) tayar dan komponen yang berkaitan dengan roda kereta.

Salah satu kandungan dalam udara ialah molekul air yang tiada pada nitrogen. Secara am, molekul air akan meningkatkan tekanan udara yang disyorkan untuk tayar dalam kondisi biasa dan suhu tinggi. Pam angin di stesen minyak juga memiliki kandungan air dalam tangki yang turut dipamkan masuk ke dalam tayar.

Inilah sebab anda boleh nampak kesan karat dalam tayar atau pada bahagian tiub. Karat ini juga boleh menjejaskan bacaan sensor pada kereta dengan Sistem Pemantau Pengurusan Tayar (TPMS). Jadi penggunaan nitrogen dalam tayar dapat memberikan beberapa manfaat untuk isu seperti itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

KESIMPULAN

Penggunaan gas lain selain oksigen (udara) pada tayar tetap ada manfaat walapun kesannya tidaklah terlalu signifikan. Sebagai pemandu, anda sebenarnya ada hak untuk memilih kerana tiada undang-undang yang boleh menyaman anda hanya kerana mahu mengepam nitrogen ke dalam tayar.

Kos penggunaan juga perlu diambil kira kerana mengepam angin menggunakan udara biasanya percuma saja. Cuma masalahnya, pam angin di stesen minyak sekarang banyak pula yang rosak. Mengisi nitrogen pada tayar pula memerlukan kos, tetapi tidaklah melampau mahal. Apa yang menjadi isu adalah penggunaan nitrogen untuk tayar tidak begitu memberi kesan sangat besar melainkan anda seorang pelumba trek.

Malah, mengisi tayar dengan udara masih bukan sebab utama masalah haus dan lusuh kerana tayar sebenarnya turut terdedah kepada faktor persekitaran yang perlu dihadapi setiap hari seperti habuk, panas dan lembap, hujan dan banjir, dan jalan berlopak dan lain-lain.

Apapun, kita harapkan pemandu dapatlah menggunakan kemudahan pam angin dengan lebih baik. Jangan lupa pastikan tekanan tayar sentiasa dalam keadaan disyorkan.

autotainment isi angin tayar Nitrogen Pam Angin Tayar tahukah anda Tayar Tayar Isi Nitrogen tayar nitrogen
Talib

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.