• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

#TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

June 27, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENAPA dalam kes tertentu isian nitrogen dikatakan lebih baik daripada oksigen (angin biasa) untuk tayar kenderaan? Benarkah angin tayar nitrogen lebih bagus daripada angin biasa?

Jawapan ringkasnya, BENAR, Ini kerana nitrogen tidak mudah menembus keluar dari getah tayar, tidak seperti oksigen yang mudah menyerap keluar. Tetapi situasi serapan ini tidaklah menyebabkan tayar kereta yang diisi oksigen terus saja kempis dalam masa 24 jam.

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?

NITROGEN VS OKSIGEN

Udara yang kita sedang hirup sekarang sebenarnya sudah ada kandungan nitrogen dan oksigen. Partikel oksigen lebih kecil berbanding pori getah tayar. Malah, jika dibiarkan seminggu, oksigen sebenarnya sudah meresap keluar.

Perlu dijelaskan, nitrogen juga memiliki kadar oksigen, tetapi tidak banyak. Namun, nitrogen dikatakan jenis gas lebih baik kerana tidak mudah meresap keluar dari tayar. Jadi, tahap kebocoran lebih rendah, sekali gus lebih selamat.

Gas nitrogen juga memainkan peranan menjaga suhu tayar, terutama untuk jenis kenderaan yang dipandu dalam halaju tinggi seperti kereta lumba atau kawasan ekstrem di altitud tinggi seperti pesawat udara.

BACA >>> Gajet Ini Mampu Mengepam Tayar Kereta Anda Dengan PSI Sempurna

tayar-kapal-terbang
kereta-lumba-tayar

Jadi, dengan nitrogen suhu tayar akan jadi terkawal dan mampu bekerja optimum dalam jangka masa panjang. Ini kerana musuh utama tayar ialah suhu panas yang boleh menyebabkan getah tayar menjadi lembut dan mudah bergeser, serta membuatkan lapisan dalaman tayar terpisah hingga jadi cepat rosak.

Bagaimanapun, isian tayar untuk kenderaan rutin biasa sebenarnya tidaklah memberikan kesan signifikan dan boleh dikatakan satu pembaziran. Boleh klik pautan di bawah INI sebagai artikel susulan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

Artikel Berkaitan

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bila perlu tukar tayar baharu, isi angin tayar, Roda4, tahukah anda, TahukahAnda, Tayar, Tayar Bocor, tayar nitrogen, tip kereta

Comments

  1. Mohamad Razif (PEng) says

    December 15, 2019 at 4:06 PM

    Kandungan O2 dalam udara hanya 21% aje. kalau diisi pada tayar yang dipasang kepada kenderaan yang digunakan hari hari takde masalah. lagi pun udara biasa ni percuma aje dan kandungan N2 sebanyak 73% dan selebihnya gas gas lain seperti CO2 dan lain lain. Tak payah la bazirkan duit nak isi N2.

    Reply
  2. JMJ says

    May 17, 2020 at 9:24 AM

    perkongsian yg baik dan bermanafaat. terima kasih. mungkin kena tukar sikit tajuk. tayar 100% nitogen vs udara biasa (atau 78% nitrogen), tak sesuai guna oksigen, kerana oksigen cuma sekitar 20% shj dalam udara biasa.

    Reply
  3. Haris says

    December 21, 2022 at 12:35 PM

    Kalau nak cerita bab angin percuma baik tak perlu bersuara..ramai tak perasan gas nitrogen membantu dlm jangka masa yg lama..daripada pakai angin biasa..nitrogen membantu menjaga ketahanan tayar...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my