• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

#TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

March 4, 2016 By Azhan O 7 Comments

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK tayar pneumatik dicipta, kita kebiasaannya mengepam tayar menggunakan angin (udara). Namun hari ini ada pihak mencadangkan penggunaan tayar nitrogen, kononnya untuk kesan lebih baik.

Menurut 'mereka' itu, mengepam menggunakan nitrogen mampu meningkatkan tahap ekonomi bahan api, jangka hayat tayar bertahan lebih lama dan dapat mengelak masalah oksidasi (karat) yang memendekkan usia tayar. Malah, pemilik kereta cepat terpegun dengan fakta yang menyatakan tayar nitrogen digunakan kereta-kereta lumba, pesawat udara dan kenderaan komersil berat.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?

Lagipun, bukanlah mahal sangat nitrogen yang mahu diisi tersebut. Lebih kurang sama harga dengan sekotak rokok sahaja. Sudahnya, duit keluar melayang ke tangan tuan kedai. Persoalannya, benarkah tayar nitrogen benar-benar bermanfaat ?

NITROGEN KURANGKAN KEPANASAN?

Ciri-ciri nitrogen ialah sejenis gas yang tiada warna, bau dan rasa serta bersifat bukan toksik. Nitrogen juga membentuk 78 peratus kandungan atmosfera.

Benar, nitrogen dapat mengurangkan sedikit tahap suhu panas ketika tayar bergerak. Bagaimanapun, ia turut berpunca daripada lembapan dalam kandungan gas yang dipam. Seperkara lagi, nitrogen hanya betul-betul berguna ketika tayar bergerak pada beban atau kelajuan maksimum dan tidak banyak memberikan kesan ajaib pada tayar kereta biasa yang dipandu rata-rata pemandu kita.

Dalam erti kata lain, suhu operasi masih lagi menjadi faktor utama yang menyebabkan tayar kereta cepat haus. Logiknya, suhu yang rendah akan meningkatkan jangka hayat tayar. Tayar kereta di negara beriklim sejuk lebih tahan lama berbanding pemilik kereta di negara panas seperti Malaysia.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan

Jadi, sangat tidak munasabah apabila ada seseorang mendakwa tayar anda dapat panjang usia sedangkan anda hanyalah pemandu normal yang setiap hari berulang-alik ke tempat kerja dan sekali-sekala bercuti atau balik kampung.

but-bola-lusuh
Situasinya begini. Bayangkan sepasang but bola berjenama sama yang dipakai anda (yang cuma menendang bola seminggu sekali atau kurang) dan pemain bola sepak profesional (katakan Cristiano Ronaldo) yang bermain setiap hari.

Sudah tentu but Ronaldo lebih cepat lusuh atau rosak berbanding but anda yang jarang bermain. Dan anda pasti ketawa jika ada si polan muncul mahu menjual sejenis 'ubat' yang katanya mampu memanjangkan hayat but. Sebabnya mudah, anda tahu bukan ubat itu yang menjadi punca but anda tahan lama. Tetapi, kekerapan anda menendang bola dengan but itu. Itulah yang dinamakan suhu operasi. Faham?

NITROGEN UNTUK KERETA LUMBA

speedometer-pandulajudotcomdotmy
Seperti kita sedia maklum, tekanan tayar sepatutnya diperiksa ketika tayar sejuk kerana tekanan dalam tayar meningkat dalam keadaan panas. Tidak hairanlah mengapa pelumba ada sesi khas untuk memanaskan tayar kereta mereka.

Nitrogen didapati mampu menstabilkan julat tekanan ketika suhu tayar meningkat. Bagaimanapun, ia tetap banyak bergantung kepada kandungan lembapan sekeliling dan dalam tayar berbanding penggunaan gas itu sendiri. Faktanya, kesan nitrogen dalam tayar yang benar-benar bermanfaat ialah ketika memandu dalam situasi menampung beban berat atau memecut dalam kelajuan maksimum. Itu sahaja.

Ini kerana tayar dan tiub bersifat poros yang membolehkan udara menembus keluar walaupun tidak bocor atau pancit. Berdasarkan struktur kimia, nitrogen lebih perlahan keluar berbanding udara termampat. Jadi, kehilangan tekanan lebih perlahan.

Namun, beberapa ujian independen menunjukkan tayar yang dipam 30psi mengalami kehilangan tekanan dalam purata 3.5psi selepas lebih 12 bulan, manakala tayar nitrogen hilang tekanan dalam purata 2.2psi. Kedua-dua data diperoleh mendedahkan perbezaan dapatan yang tidak terlalu ketara. Tayar nitrogen cuma tiga peratus lebih baik!

Kehadiran lembapan dan oksigen dalam udara yang dipam boleh menyebabkan oksidasi (karat) ke atas komponen besi. Udara juga bertindak balas dengan getah tayar itu sendiri walaupun belum ada bukti yang menyebabkan kesan buruk yang menjejaskan jangka hayat tayar.

LEBIH KERING, PEMANDUAN TERBAIK

f1-pandulajudotcomdotmy
tayar-lori-pandulajudotcomdotmy

Sebaliknya, nitrogen ialah gas lengai (inert) dan kering. Jadi secara teori, masalah tindak balas dengan roda atau tayar sepatutnya diatasi. Tetapi, fakta menyatakan anda mesti membuang semua udara dalam tayar dan mengepam dengan nitrogen. Ia sesuatu yang sukar dilakukan!

Sesetengah orang mendakwa tayar nitrogen memberikan kualiti pemanduan lebih baik. Malangnya secara saintifik, tiada alasan logikal mengapa udara dan nitrogen berkelakuan berbeza pada tekanan operasi normal dan suhu panas.

Anda juga masih perlu mengepam tayar jika diperlukan. walaupun sudah membayar sekitar RM10-15 untuk mengisi nitrogen.  Tetapi, mengepam semula tayar menggunakan tekanan udara biasa hanya menjejaskan kualiti nitrogen di dalamnya.

BACA >>> #Videotomotif: Mungkin Inilah Masa Katakan Selamat Tinggal Kepada Tayar Pancit

Anda perlu mencari mana-mana bengkel tayar yang menyediakan isian nitrogen dengan mengempiskan sepenuhnya tayar dan mengepam semula. Bagi mendapatkan 95 peratus kandungan nitrogen (rekomendasi paras isian tayar ialah 93 peratus), tayar perlu betul-betul kempis dan nitrogen perlu dipam tiga kali sahaja untuk mengelak bercampur dengan udara biasa. Kebiasaannya, jarang kita dapat lihat proses mengepam nitrogen dibuat setepat tiga kali pam, selalunya lebih.

MANFAAT SEBENAR NITROGEN

aircraft-landing-pandulajudotcomdotmy
trak-lebih-beban-pandulajudotcomdotmy

Nitrogen digunakan untuk beberapa tayar pesawat udara, terutama pesawat yang terbang pada altitud tinggi. Ini kerana tayar perlu menampung beban pesawat yang turun mendarat dan berlepas pada kelajuan tinggi, sekali gus mengurangkan risiko tayar meletup pada altitud tinggi.

Ini bermakna, anda mungkin perlu mengepam tayar menggunakan nitrogen jika memandu pada ketinggian 10,000 meter dari paras laut. Nitrogen juga kadangkala digunakan oleh kenderaan yang beroperasi di kawasan berbahaya seperti lombong besi bagi mengurangkan risiko terbakar kerana oksigen ialah gas yang mampu mencetuskan kebakaran, tetapi tidak nitrogen. Ini termasuk kenderaan off-road yang menggunakan tayar nitrogen apabila perlu bekerja membawa beban maksimum dan di bawah tekanan ekstrem.

BACA >>> Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak

Kesimpulannya, mengisi tayar nitrogen cuma memberikan sedikit kelebihan dan hampir tiada manfaat yang signifikan. Sebaliknya, menyenggara tayar dan memantau tekanan tayar secara berkala adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan dan jangka hayat tayar tanpa perlu mengeluarkan sesen pun.

Artikel Berkaitan

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, faedah nitrogen, pam angin, pam tayar, tayar nitrogen, tekanan tayar, tukar tiub

Comments

  1. pokmat says

    January 2, 2017 at 12:23 PM

    Dkt senawang ni ade kedai tayar org kita bagi free je ni isi nitrogen ni.
    Pergi la sane...

    Isi nitrogen kat kancil dah rase mcm naik perari dah....haha

    Reply
    • amir says

      August 19, 2018 at 4:31 AM

      kt mna tu..

      Reply
    • ahmad says

      January 29, 2019 at 9:44 AM

      aar kat mana jangan sembang je

      Reply
  2. MOHD NOOR BIN MAHMUD says

    February 6, 2019 at 2:17 PM

    Saya menggunakan nitrogen untuk isian angin tayar bagi motosikal Yamaha Xmax 250. Berulangalik gunakan motosikal dengan jarak 100km.
    Soalannya, adakah nitrogen boleh bertindakbalas dengan udara sekeliling apabila tayar bocor? Ini berlaku kepada saya apabila suhu tayar meningkat dan sangat panas seperti pegang ekzos dan tayar seakan mencair. Saya terpaksa simbah air agar tayar sejuk. Selepas itu, saya teruskan perjalanan, sampai di pejabat, tayar pancit.

    Persoalan ini telah diajukan kepada mekanik tetapi tiada jawapan. Mungkin CARETA dapat mengupas persoalan ini.

    Terima Kasih.

    Reply
    • MJ says

      June 6, 2019 at 9:47 PM

      Nitrogen tak react dengan atmosphere.. masa pancit kalau jalan jugak permukaan dalam tayar belah bawah bergesel dengan rim. Tu sebab panas

      Reply
  3. VASSAH says

    January 29, 2022 at 6:24 PM

    Apa akan jadi kalau angin nitrogen bercampur dengan angin biasa,adakah angin nitrogen dapat jimatkqn minyak .

    Reply
    • AO says

      February 21, 2022 at 12:30 AM

      Tak

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my