Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»NETA L Guna Trenkuasa Elektrik-Petrol Boleh Dipandu Sehingga 1,300km!
Auto Terkini

NETA L Guna Trenkuasa Elektrik-Petrol Boleh Dipandu Sehingga 1,300km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NETA Auto mempertontonkan satu lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana iaitu NETA L sempena Pameran Automotif Antarabangsa Beijing (Auto China) 2024 di China hari ini.

SUV itu dibina menggunakan platform Shanhai 2.0 dengan teknologi range extender iaitu unit motor elektrik dibantu dengan enjin pembakaran dalaman untuk menambah jarak pemanduan.

Enjin petrol itu ibarat generator yang berfungsi akan mengecas pek bateri manakala kenderaan bergerak berasaskan kuasa elektrik.

Secara amnya, ada dua varian NETA L untuk pasaran membabitkan versi standard Comfort (REEV 1070) dan perdana Luxury (REEV 1070).

Ketua Pegawai Eksekutif NETA Auto, Zhang Yong (foto atas) dalam ucapan pembentangan di Auto China 2024 menyatakan model SUV itu akan memasuki pasaran global tahun depan secara berperingkat-peringkat termasuk di Malaysia.

Berikut ialah perinciannya:

WARNA

  • Lima pilihan warna disediakan iaitu hitam, putih, biru, perak dan dwitona hitam putih Meskipun pilihan warna bersifat tradisional, SUV itu disasarkan kepada pembeli berkeluarga muda.

TRENKUASA

  • Trenkuasa motor elektrik tunggal dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder yang berperanan sebagai generator.
  • Unit motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang (pacuan roda belakang) menghasilkan kuasa 227hp manakala enjin petrol membantu mengekstrak kuasa 91hp.
  • Belum ada perincian rasmi tentang pek bateri yang dipamerkan di Auto China. Apa diketahui ialah ada beberapa pilihan pek bateri ditawarkan bermula dari 30kWh hingga 40kWh.
  • NETA Auto mendakwa masa untuk cas pek bateri dari 30 peratus hingga 80 peratus cuma 19 minit hingga 30 minit jika menggunakan pengecas pantas (bergantung kepada kapasiti bateri).
  • Jarak pemanduan berasakan elektrik penuh antara 220km hingga 310km (ikut pek bateri). Dengan bantuan generator, SUV itu boleh bergerak sehingga 1,300km.
  • Tangki petrol NETA L ialah 50 liter.

LUARAN

  • Dimensi panjang 4,770mm, lebar 1,900mm dan tinggi 1,660mm.
  • Jarak roda 2,810mm manakala jarak bumi kira-kira 140mm.
  • Berat keseluruhan sekitar 1,860kg. Radius pusingan 5.37 meter.
  • Dilengkapi sistem pencahayaan LED penuh dengan nyalaan automatik, lampu signal sekuential, lampu siang dan lampu kabus.
  • Ada kamera 360º, 8 radar ultrasonik dan sistem bantuan pemanduan kamera.
  • Bumbung NETA L mampu menahan impak rempuhan sehingga 8.4 tan atau empat kali ganda berat SUV tersebut.
  • Rim aloi digunakan bersaiz 19 inci.
  • Pembuka pintu jenis tersorok dalam badan SUV.

KABIN

  • Kerusi pemandu boleh laras 10 tahap secara elektrik manakala penumpang depan dengan 4 tahap.
  • Tempat duduk penumpang depan sifar graviti boleh disendeng sehingga 123° untuk bahagian punggung-belakang dan 6º untuk kaki. Kerusi juga dilengkapi fungsi pemanas dan urutan.
  • Ruangan kabin didatangkan dengan dua warna iaitu putih dan coklat. Material lembut banyak digunakan dalam kabin.
  • Papan pemuka mengandungi tiga skrin iaitu skrin meter dan dua skrin LCD gergasi masing-masing berukuran 15.6 inci.
  • Ada peti ais mini berkapasiti 6.6L ditempatkan di antara kerusi pemandu dan penumpang depan. Suhu paling rendah ialah -6º yang cukup sejuk untuk menyimpan ais krim.
  • Dilengkapi pengecasan pantas tanpa wayar 50w (sejukan udara) dan dua soket Type-C 60w. Di ruang kargo belakang, ada soket 12V.
  • Sistem suspensi depan jenis topang MacPherson (aloi aluminium) dan suspensi belakang multilink (5-link).
  • Ruang kargo 530 liter.
  • Ada pembesar suara disorok di dalam perehat kepala pemandu dan penumpang depan.
  • Ventilator penyaman udara untuk penumpang kerusi belakang.

KESELAMATAN

  • Dilengkapi beg udara depan dan beg udara bahagian sisi
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar
  • Pemantau Penggunaan Kerusi Barisan Depan
  • Monitor Pandang Keliling
  • Kamera ADAS
  • Amaran Perlanggaran Depan
  • Sistem Pembrekan Automatik dengan pengesan pejalan kaki dan pengayuh basikal
  • Bantuan Tukar Lorong dengan Pengesan Titik Buta
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang
  • Kawalan Jelajah Kelajuan Penuh
  • Bantuan Trafik Sesak
  • ISOFIX
Auto China 2024 autoterkini NETA Auto NETA L Pameran Auto Beijing 2024 Roda4 Zhang Yong
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.