• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasangan Maut Kereta Terbabas Rempuh Pengadang Jalan

Pasangan Maut Kereta Terbabas Rempuh Pengadang Jalan

April 25, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PASANGAN suami isteri maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pengadang jalan di KM76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Jambatan Pahi, Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Dalam insiden jam 4.33 petang itu, mangsa lelaki berusia 54 tahun dan isterinya, berusia 50 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah tercampak keluar dan tersepit dalam kereta.

Ketua Polis Jajahan Kuala Krai, Supritendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord itu sedang dalam perjalanan dari Pasir Puteh menghala Sungai Sok, Kuala Krai.

Menurutnya, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan berlawanan sebelum merempuh pembahagi jalan di kiri jalan.

Kemalangan itu menyebabkan isterinya yang duduk di kerusi penumpang depan tercampak keluar, manakala mangsa tersepit.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk dibedah siasat.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Kota Bharu - Gua Musang, kemalangan jalan raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev