Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Apa Rasa Pandu smart #1 BRABUS dari Subang Jaya ke Pulau Pinang?
Pandu Uji

#PanduUji: Apa Rasa Pandu smart #1 BRABUS dari Subang Jaya ke Pulau Pinang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAYA bersama rakan media berpeluang menyertai sesi memandu uji jarak jauh kenderaan elektrik (EV) smart #1 anjuran Pro-Net (smart Malaysia) selama dua hari bermula Selasa lalu, melibatkan perjalanan dari Selangor-Pulau Pinang-Selangor.

Ada dua varian smart #1 disediakan, iaitu versi BRABUS dan Premium dengan setiap tiga wakil media berkongsi satu kereta. Sebanyak 10 unit smart #1, masing-masing lima varian BRABUS dan Premium disediakan untuk sesi pandu uji ini.

Sebelum sesi pandu uji bermula, kami dibawa ke Pinnacle Kart USJ untuk sesi taklimat, demonstrasi teknologi keselamatan pemanduan dan melakukan beberapa ujian pemanduan bermula jam 8.30 pagi sehingga sekitar 12.30 tengah hari.

Di litar Pinnacle Kart USJ, antara ujian pemanduan dilakukan adalah:

  • Pecutan dan pembrekan di laluan lurus.
  • Penukaran lorong ketika melayan selekoh.
  • Pembelokan panjang dengan mengekalkan kawalan pedal.
  • Penukaran lorong kedua dan ujian slalom.

Selesai ujian di litar, setiap peserta diberi peluang menguji ciri bantuan parkir automatik (ABA). Teknologi bantuan parkir smart #1 membolehkan pemandu memilih posisi parkir, sama ada menegak, melintang atau diagonal (sendeng).

Pemandu perlu memilih lot parkir kosong sendiri atau melalui sistem imbasan smart #1 dan menekan butang parkir automatik pada stereng. Apabila diaktifkan, smart #1 akan mengawal semua pergerakan hingga kereta memasuki lot parkir tersebut. Sebagai pemandu, anda cuma duduk tanpa perlu berbuat apa-apa.

Jurupandu terlatih di litar sama membuat demonstrasi ciri EMA (Evasive Manuever Assist), iaitu bagaimana smart #1 dapat mengelak kenderaan di depan dengan menukar lorong ke kiri atau kanan jalan bergantung situasi semasa. Ciri itu berfungsi ketika memandu dalam halaju serendah 50-120kmj.

CABARAN PEMANDUAN EFISIEN

Ujian pemanduan ke Teluk Bahang, Pulau Pinang dari litar Pinnacle Kart USJ bermula jam 1 tengah hari dalam kondisi cuaca panas terik.

Baki kuasa bateri smart #1 BRABUS kami berada di bawah paras 80 peratus dan kadar itu tidak mencukupi untuk perjalanan terus ke Pulau Pinang. Ini bermaksud kami perlu berhenti untuk mengecas semula bateri.

Setiap cas penuh bateri smart #1 Premium menawarkan jarak pemanduan hingga 440km, manakala BRABUS memberikan jarak 400km. Perincian seperti bilangan motor elektrik, kapasiti bateri dan perbezaan setiap varian itu boleh rujuk di sini.

Sejujurnya, EV sukar dipisahkan dengan situasi keresahan jarak (range anxiety) iaitu perasaan bimbang mengenai kemampuan EV tiba ke destinasi dituju dengan kapasiti bateri tersedia ada.

Mungkin faktor itu disandarkan dengan jumlah fasiliti stesen cas yang masih rendah seluruh negara. Amnya, fasiliti stesen cas adalah lebih banyak di kawasan Pantai Barat Malaysia berbanding Pantai Timur dan Borneo.

Rujukan laman planmalaysia.gov.my (foto atas) mendapati ada 750 lokasi stesen cas di Malaysia dengan 2,020 lot pengecas merangkumi 1,591 stesen cas standard (AC) dan 429 stesen cas pantas (DC).

MASALAH STESEN PENGECAS

Kereta BRABUS kami singgah sebentar di stesen Petronas di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak untuk mengecas bateri. Kami terpaksa beratur menunggu giliran kerana hanya satu terminal disediakan dengan dua pengecas.

Masa menunggu kira-kira sejam termasuk tempoh pengecasan pantas selama 26 minit untuk isian 38.79kwh dengan kos bayaran RM61.69. Ketika itu hujan renyai dan tiada bumbung disediakan untuk kami berteduh.

Lebih malang, salah satu pengecas stesen Gentari mengalami masalah yang mana pasukan peserta smart #1 tidak boleh mengecas. Masalah itu bukan membabitkan kereta smart #1, tetapi stesen cas tersebut hingga perlu diset semula.

Saya mendapati masalah mengecas EV berlaku di beberapa stesen pengecas lain di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membabitkan peserta lain yang memaksa mereka bergerak ke stesen pengecas seterusnya untuk isian  bateri.

Pencarian stesen pengecas terdekat bukan masalah kerana setiap kereta dibekalkan telefon pintar dengan aplikasi Hello smart yang memaparkan lokasi semua stesen cas berhampiran, maklumat kenderaan dan bayaran pengecasan melalui aplikasi tersebut.

Kami mengekalkan pemanduan berhemah dengan paras halaju bawah 100kmj selain memanfaatkan kawalan pedal untuk regeneratif kuasa bateri bagi menambah jarak pemanduan sebelum tiba di Hotel Angsana sekitar jam 8.30 malam, Selasa lalu.

Kereta smart #1 BRABUS kami mencatat purata penggunaan tenaga 16.2kWh per 100km, sekali gus membolehkan kami muncul juara dalam pertandingan kecekapan tenaga sesi pandu uji tersebut. Rekod terbaik versi Premium ialah 14.0kWh per 100km.

APA RASA BAWA SMART #1 BRABUS?

Kami menyambung perjalanan secara santai dari RnR Sungai Perak ke Teluk Bahang menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah), termasuk meredah kesesakan trafik lebih sejam di Georgetown.

Ketika memandu ke Hotel Angsana, smart #1 BRABUS menjanjikan keselesaan terbaik untuk pemandu dan setiap penumpang menerusi kerusi balutan Alcantara, ergonomik tempat duduk yang mengurangkan rasa lenguh dan tidak selesa, ruang kaki mencukupi dan kabin senyap walaupun kereta menggunakan dua jenama tayar berbeza.

Smart #1 BRABUS menawarkan respons stereng responsif yang menepati apa diinginkan pemandu, terutama ketika melayan laluan berselekoh sekitar Teluk Bahang.

Tiada sebarang rasa kurang memuaskan dan stres walaupun terpaksa mengharungi perjalanan memandu EV hampir 8 jam dari Selangor ke Pulau Pinang.

Mengimbau semula pengalaman ujian di trek Pinnacle Kart USJ, varian BRABUS nyata lebih seronok dipandu menerusi sistem teknologi pacuan semua roda (AWD) dengan dwi-motor elektrik.

Ketika memandu varian Premium pula, kondisi kereta agak membuang ketika melayan selekoh, dan kuasa pedal dinyah aktif bagi memastikan kawalan kenderaan distabilkan semula.

PENGALAMAN BAWA EV JARAK JAUH

Seperkara perlu ditekankan, memandu EV agak berbeza dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ia ibarat perlu belajar dan kenali semula EV sebelum memandu.

Kenali EV bermaksud kita perlu membiasakan diri mengetahui semua perkara tentang EV seperti kedudukan butang kawalan, tombol gear, cara mengaktifkan wiper cermin, pemilihan mod kenderaan, butang padam lampu kabus belakang hingga suis kawalan penyaman udara.

Anda perlu merancang semua aspek perjalanan seperti menentukan pilihan lokasi stesen cas. Ini kerana ada stesen menawarkan kapasiti pengecasan daripada 50kWh hingga 180kWh. Lebih tinggi kapasiti, harga cas lebih mahal, tetapi masa menunggu pula lebih singkat.

Anda juga perlu ada pelan sandaran untuk lokasi cas seterusnya jika stesen cas yang dituju ada masalah atau sedang diselenggara atau dikerumuni pengguna EV lain.

Sentiasa peka terhadap baki kuasa elektrik dalam pek bateri dengan berapa jauh jarak perjalanan boleh dipandu. Pastikan juga anda kredit mencukupi dalam aplikasi sebelum membuat bayaran isian semula bateri.

Memandu EV sebenarnya lebih seronok kerana berpeluang menimba banyak pengalaman baharu sepanjang perjalanan dan melatih diri memandu lebih berhemah dan selamat selain merancang semua perkara sebelum suatu perjalanan.

Brabus Kenderaan Elektrik Kenderaan Elektrik (EV) panduuji Pronet Roda4 Smart #1 smart Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.