Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»T.50 – Supercar Berkuasa Sentuhan Gordon Murray Automotive dengan Rev 12,000rpm!
Roda4

T.50 – Supercar Berkuasa Sentuhan Gordon Murray Automotive dengan Rev 12,000rpm!

Abang HirataBy Abang Hirata06/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu supercar terhebat dunia ialah McLaren F1 dan individu di sebalik idea itu ialah Gordon Murray, yang mana beliau dan Peter Stevens bertanggungjawab merekabentuk model ikonik itu hingga hari ini.

Murray bukan setakat mengilhamkan idea dan menghasilkan rekabentuk, tetapi juga terlibat secara menyeluruh dalam pembangunan McLaren F1.

Murray mempunyai pengalaman sangat luas dan mendalam, iaitu sebagai Pengarah Teknikal selama 20 tahun dalam dua pasukan Formula Satu (F1) 1969-1990.

Beliau dan pasukan meraih dua kali kejuaraan dunia bersama Brabham (1981 dan 1983) dan tiga kali kejuaraan berturut-turut dengan McLaren Racing (1998-1990). Selepas 50 kemenangan Grand Prix (GP), beliau beralih angin menubuhkan syarikat baharu bagi kumpulan iaitu McLaren Cars Limited.

Dari situ lahir McLaren F1 (foto atas) yang unggul dengan menjuarai dua kejuaraan dunia dan 24 Hours of Le Mans pada 1995.

Murray meninggalkan McLaren pada 2005 sebelum menubuhkan Gordon Murray Design Ltd pada 2007 dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Firma baharu itu menawarkan perkhidmatan merekabentuk, dan menghasilkan prototaip dan pembangunan.

Pada November 2017, sempena meraikan 50 tahun penglibatannya dalam rekabentuk kereta, satu pameran dengan nama One Formula dianjurkan. Satu pengumuman besar turut dibuat, iaitu penubuhan Gordon Murray Automotive dengan fokus perniagaan bagi mengeluarkan kereta sport dalam jumlah terhad.

Ini bermakna, penggemar dan pengguna boleh memiliki kereta dengan nama Gordon Murray sendiri.

T.50 – SENTUHAN GORDON MURRAY AUTOMOTIVE

Model pertama yang dirancang ialah T.50. Pada 4 Ogos lalu, model itu ditayangkan kali pertama kepada khalayak ramai.

Apa yang istimewa mengenai T.50 adalah berat cuma 986kg (sekitar berat model kompak Perodua) dengan enjin Cosworth 3.9L V12 berkuasa 661hp dan rev hingga 12,100rpm! Selain keunikan konfigurasi tiga kerusi (seperti McLaren F1), belakang kereta memiliki kipas 400mm yang membantu dalam prestasi aerodinamik.

CIRI T.50 GORDON MURRAY AUTOMOTIVE:

SUPERCAR BUATAN BRITAIN

  • Rekaan ke-50 Murray, juga sempena meraikan ulang tahun karier beliau yang ke-50.
  • Supercar dengan kejuruteraan, rekabentuk dan gaya sentuhan Gordon Murray Design.
  • Trenkuasa, badan dan casis dibuat di Britain.
  • Semua komponen utama dari Britain.

CASIS DAN BADAN KERETA

  • Casis dan badan kereta dibuat daripada gentian karbon gred tinggi.
  • Tab monokok karbon memberikan kekuatan (stiffness) dan ketegaran torsi (torsional rigidity) cemerlang.
  • Panel badan karbon untuk berat rendah. Berat keseluruhan badan, termasuk casis monokok adalah kurang 150kg.
  • Monokok dan kerangka keselamatan penumpang dibina ala F1 sebagai perlindungan cemerlang kepada penumpang.
  • Kaca 28 peratus lebih nipis berbanding kaca tipikal untuk mengurangkan berat.

AERODINAMIK DAN REKABENTUK

  • Kipas 400mm dengan ciri aerodinamik bawah badan jenis aktif dan dua spoiler dinamik di belakang membantu prestasi kereta dan memberi pengalaman pemanduan luar biasa.
  • Ada enam mod aero: Auto, High Downforce, Streamline, Braking, Test, dan V-Max Boost.
  • Mod Streamline mengaktifkan virtual longtail. 
  • Mod V-Max Boost dan induksi rammeningkatkan kuasa kepada 698hp.
  • Tiada ventilator, salur atau kelepak (flap) yang tidak sedap dipandang hasil rekabentuk aerodinamik pintar.
  • Pintu jenis dwihedron (dihedral) yang menyerlah dengan praktikaliti untuk akses mudah.
  • Berat kereta cuma 986kg, manakala berat kering 957kg.
  • Kaliper Brembo dan cakera brek seramik karbon.

ENJIN

  • Enjin buatan khas 100 peratus 3.9L V12 Cosworth GMA.
  • 661hp @ 11,500rpm, 467Nm @ 9,000rpm.
  • 71 peratus tork maksimum didapati pada rev 2,500rpm.
  • Enjin aspirasi natural (NA) kereta jalanan dengan rev enjin paling tinggi pada 12,100rpm.
  • Enjin NA dengan kuasa paling padat, 164hp per liter.
  • Enjin V12 jalanan paling ringan, 178kg.

TRANSMISI

  • Xtrac manual 6-kelajuan dengan corak H.
  • Lima gear nisbah rapat untuk pecutan dan nisbah gear enam lebih panjang untuk pemanduan luncur jelajah (cruising).
  • Kotak (casing) yang dihasilkan daripada aluminium dengan besi tuangan (cast) hanya 2.4mm.
  • Kotak gear ringan, hanya 80.5kg.

DALAMAN DAN PRAKTIKALITI

  • Kerusi tengah ala jet pejuang.
  • Tiga kerusi selesa untuk dewasa.
  • Sistem audio premium, 10 pembesar suara 700W (nominal).
  • Konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay dengan sambungan telefon melalui Bluetooth.
  • Ruang bagasi 288 liter.
  • Jarak ketinggian 120mm di depan dan 140mm di belakang untuk praktikaliti pemanduan harian.
  • Meter enjin jenis analog dan jumlah suis kawalan minimum. Tiada skrin sentuh dan tuil (column stalks)
  • Tiada turbo dan hibrid. Hanya enjin V12.
  • Pemetaan enjin mod GT untuk pembaikan pemanduan hari ke hari.

Kepada yang berminat, jualan T.50 dihadkan kepada 100 pelanggan sahaja dan dijadualkan dibina bermula Januari 2022. Berapakah harga? £2.36 (RM13 juta), tidak termasuk cukai.

BACA >>> Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

GALERI
Gordon Murray Gordon Murray Automotive Gordon Murray Design Ltd Gordon Murray T.50 McLaren Cars Limited McLaren F1 Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.