Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!
Roda4

Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUZUKI Thailand memperkenalkan varian Swift GL Plus Special Edition (2021) yang hadir dengan pakej kit badan lebih sporty, harga bermula serendah 567,000 baht (RM72,852).

Swift ialah model paling laris Suzuki di Thailand, mencatat jumlah jualan terkumpul 139,477 unit sejak 2010. Berikut ialah perincian mengenai varian Swift GL Plus Special Edition:

  • Ada enam warna pilihan iaitu Ablaze Red Pearl, Star Silver Metallic Mineral, Dark Gray Metallic, Super Black Pearl, Speedy Blue Metallic dan Pure White Pearl.
  • Harga kenderaan bermula serendah 567,000 baht. Untuk pilihan warna Pure White Pearl, harganya lebih mahal iaitu 572,000 baht (RM73,320).
  • Trenkuasa jenis (kod K12M) 4-silinder petrol 1.2 liter dengan teknologi suntikan bahan api berkembar DualJet, menghasilkan kuasa 83hp @ 6,000rpm dan tork 108Nm @ 4,400rpm. Transmisi digunakan ialah CVT.
  • Suzuki Swift GL Plus menggunakan varian GL sebagai model asas dan ditambah pakej kit badan lebih segar membabitkan set bampar dan skirt sisi baharu, splitter bawah bampar depan yang disambung hingga ke arca roda berwarna hitam.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!

  • Bampar belakang ditambah peresap (diffuser) dan ada tambahan spoiler yang diintegrasi bersama lampu brek ketiga. Tambahan lain ialah antena sirip yu dan liveri baharu.
  • Kabin kekal sama seperti varian GL. Mempunyai komponen standard seperti sistem pemain cakera padat (CD) dengan sokongan fail MP3 dan WMA, ada sambungan USB dan AUX dan soket kuasa 12V.

BACA >>> Suzuki Jimny Masuk Malaysia Ogos ini, Swift Standard Tahun Depan?

  • Hadir dengan sistem penyaman udara automatik, cermin belakang dengan fungsi penyelarasan siang malam, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pemula dan bonet belakang kuasa elektrik.
  • Lampu depan jenis halogen multi reflektor dengan lampu siang (DRL) LED yang dipasang pada bampar depan, lampu belakang jenis LED. Tiada lampu kabus.
  • Aspek keselamatan merangkumi dua beg udara SRS depan, palang penghadang impak sisi, sistem kunci automatik, sistem agihan daya brek (EBD) serta sistem kawalan kestabilan (ESP).

BACA >>> Suzuki Umum Pelan Ibu Pejabat Perniagaan EV, Swift Elektrik Akan Muncul?
BACA >>> Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK
BACA >>> Suzuki Swift Attitude SE – 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual

SUMBER : Suzuki

Eko Suzuki Kereta kompak Suzuki Swift Suzuki Swift GL Plus Special Edition (2021) Suzuki Thailand
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.