• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Swift Attitude SE - 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual

Suzuki Swift Attitude SE - 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual

July 7, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


URA-URA kemasukan semula Suzuki ke pasaran domestik masih belum ada pengesahan rasmi.

Antara model Suzuki yang mengujakan ialah Swift, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Jimny juga bagus, cuma harganya berada dalam kategori premium. Di peringkat global, Swift sudah memasuki generasi keempat seperti dilancarkan di Jepun pada 2016.

Walaupun tiada di pasaran tempatan, pengguna boleh memiliki Swift Sport yang diimport secara bebas. Keistimewaan Swift ketika dijual di Malaysia ialah tawaran varian, yang mana model standard khas buat pengguna kebanyakan, manakala Swift Sport untuk mereka yang mahu menikmati pemanduan berprestasi.

BACA >>> Suzuki Swift Extreme Concept - Hatchback Standard Versi Crossover

EDISI TERHAD, 350 UNIT SAHAJA

Di Britain, Swift Attitude Hybrid Special Edition dikeluarkan 350 unit sahaja yang dibina berasaskan Swift SZ-T dengan kit badan dan ciri sporty. Menariknya, subkompak hatchback ini ditawarkan pada harga mampu milik, kos penyenggaraan rendah dan antara model paling berkuasa serta ekonomi dalam segmen itu.

Ciri standard SZ-T ialah penyaman udara, konektiviti telefon pintar dengan Apple Carplay dan Android Auto, cermin belakang privasi dan lampu siang (DRL) LED. Menyerlahkan penampilan model ini ialah frem gril krom, lip depan, skirt sisi dan belakang dengan efek karbon. Ringkas, tetapi sudah cukup meningkatkan gaya.

BACA >>> Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad - Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali

Swift Attitude Hybrid dikuasakan enjin 4-silinder K12C 1.2L Dualjet dengan sistem hibrid 12V berkuasa 88hp, manakala sistem transmisi jenis manual 5-kelajuan. Kadar emisi 121g/km (WLTP), manakala tahap kecekapan bahan api 52.7mpg (18.6km per literl) untuk kombinasi pemanduan WLTP.

Pada 2016, Suzuki memperkenalkan sistem hibrid 12V bersaiz kompak pada harga rendah yang ideal untuk kereta kecil seperti Swift. Komponen hibrid hanya memberikan tambahan 10kg kepada berat kerb, tetapi emisi karbon dioksida (CO2) secara purata berkurangan 11 peratus.

Sistem hibrid terdiri daripada generator penghidup bersepadu (Integrated Starter Generator, ISG) yang berfungsi sebagai generator dan motor penghidup.

ISG digerakkan tali sawat yang membantu enjin ketika mula bergerak dan memecut, termasuk menjana elektrik melalui brek regeneratif. Idea ringkas begini wajar diperkenalkan di pasaran tempatan bagi menarik lebih ramai pengguna membeli kereta hibrid.

Harga ditawarkan untuk Swift Attitude Hybrid juga berpatutan, iaitu £15,999 (RM85,630), manakala pilihan warna juga meriah, terdiri daripada warna metalik Pure White Pearl, Premium Silver, Super Black Pearl, Speedy Blue Metalliuc, Mineral Grey Metallic, dan Burning Red Pearl Metallic. Satu-satunya warna solid ialah Fervent Red.

BACA >>> Suzuki Across (2021) - Model Jenama Semula daripada RAV4 Prime PHEV untuk Eropah

;

GALERI

Artikel Berkaitan

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hibrid, Roda4, subkompak hatchback, Suzuki, Suzuki Swift, Suzuki Swift Attitude Hybrid SE, Suzuki Swift Attitude Special Edition Hybrid, Suzuki UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my