• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Swift Extreme Concept - Hatchback Standard Versi Crossover

Suzuki Swift Extreme Concept - Hatchback Standard Versi Crossover

December 5, 2019 By AI Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EKSPO Motor Antarabangsa Thailand (TIMX) 2019 baru saja berlangsung 29 November lalu. Seperti pameran automotif lain, pasti ada banyak pengeluar mempamerkan model konsep dan modifikasi. Salah satu model menarik perhatian ialah Suzuki Swift Extreme Concept.

Model hatchback 5-pintu Suzuki itu dikemas kini seperti crossover dan bentuk badan lebih berotot bersama padanan aksesori kosmetik. Begitu mudah untuk mengesan perubahan dilakukan kerana warna badan disembur putih kebiruan, seakan warna putih telur masin.

BACA >>> Gara-Gara Konflik Enjin Diesel, Suzuki Berpisah dengan Maruti?

 

Bahagian bampar depan nampak sporty menerusi garis badan bersama kemasan hitam berkilat dan lid bampar hitam-merah. Warna hitam berkilat turut boleh dilihat pada aksen gril dan lampu depan. Bonet enjin diberikan skup udara yang turut dikemaskan cat hitam.

Dari sisi, Swift Extreme Concept dipasangkan fender hitam lebih tebal yang bersambung dengan skirt sisi, manakala cermin sisi daripada Suzuki Baleno, juga dihitamkan.

Melengkapkan imej sporty  hatchback Suzuki itu ialah set rim multispoke perak dan kaliper brek merah. Rupa belakang menampilkan dwi ekzos bentuk segi empat dengan difuser pada bamapar. Spoiler belakang dilekatkan melintang pada pintu but seperti ekor itik.

Bahagian kabin tidak dapat dilihat kerana dipasangkan filem cermin gelap. Mungkin tiada apa-apa pembaharuan.

BACA >>> Suzuki Swift - Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!

GALERI

 

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Suzuki, Suzuki Swift, Suzuki Swift (2018), Suzuki Swift Extreme Concept, Thailand International Motor Expo 2014, Thailand International Motor Expo 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my