Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru BRZ tS (2024) dengan Suspensi STI, Brek Brembo dan EyeSight Pertama untuk Manual
Roda4

Subaru BRZ tS (2024) dengan Suspensi STI, Brek Brembo dan EyeSight Pertama untuk Manual

Abang HirataBy Abang Hirata07/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU BRZ tS (2024)
dengan spesifikasi lebih tinggi diperkenalkan di California, Amerika Syarikat (AS). Varian baharu untuk pasaran AS itu dilengkapi suspensi talaan STI dan sistem brek Brembo.

Buat kali pertama juga Teknologi Bantuan EyeSight dijadikan ciri asas pada model Subaru transmisi manual.

Secara spesifik, Subaru BRZ tS (2024) menggunakan damper depan talaan STI dan damper belakang Hitachi bagi memaksimumkan badan ringan, pusat graviti rendah (CoG) dan pengendalian untuk kawalan dan kestabilan lebih baik.

Set brek Brembo terdiri daripada kaliper depan 4-piston warna emas, kaliper belakang 2-piston, juga warna emas dengan cakera dan pad brek lebih besar.

Pakej itu menambah baik kuasa henti, ketahanan pudar brek dan fiil pedal. Turut dilengkapi rim 18 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 saiz 215/40 untuk cengkaman cemerlang dan pembelokan lebih tangkas.

Teknologi EyeSight merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Lencong (Sway) dan Pengingat Kenderaan Depan Mula Gerak.

Sebagai identiti istimewa, lencana Subaru BRZ tS (2024) terpampang pada gril depan dan pintu but. Cermin sisi dan antena sirip dibuat dalam warna Crystal Black Silica (hitam).

Bahagian dalam menampilkan kerusi depan dengan balutan hitam dengan jaluran biru di tengah dan sulaman biru ekskulif untuk tS. Sulaman biru juga terdapat pada stereng kulit, sarung rod gear dan brek tangan.

Panel pintu dibalut bahan nubuck Brin Naub (seakan sued) dan juga pelindung panel meter. Logo STI terpapar pada butang tekan mula, kluster instrumen digital 7 inci dan aksen merah khas untuk tS.

Subaru BRZ tS (2024) digerakkan enjin 2.4L Subaru Boxer yang menghasilkan output kuasa 228hp dan dipadan bersama transmisi manual 6-kelajuan nisbah rapat.

Model khas ini juga dilengkapi pelbagai ciri standard seperti diferensial gelincir terhad Torsen, Kawalan Stabiliti dengan Mod Trek dan Bantuan Mula Daki (Incline Start Assist, ISA).

Lagi ciri seperti Akses Tanpa Kunci dengan Butang Tekan Mula, lampu depan LED (suluh rendah dan tinggi) boleh laras tinggi automatik, kawalan suhu dwi-zon dan sebagainya.

Subaru BRZ tS (2023) diasaskan daripada Subaru BRZ Limited dengan dilengkapi cermin sisi dengan pemanas, sistem audio dengan amplifier dwi-saluran dan tambahan dua pembesar suara.

Ciri keselamatan juga istimewa seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Lampu Depan Responsif Ikut Stereng.

Tidak sekadar kereta sport, Subaru melengkapi BRZ tS (2024) dengan Keselamatan dan Sekuriti Starlink dengan ciri seperti bantuan jalanan, makluman pelanggaran dan pelbagai lagi.

Subaru BRZ tS (2024) akan mula sampai ke bilik pameran Subaru pada suku pertama 2024.

BACA >>> Subaru Bangunkan Teknologi EyeSight untuk Kereta Manual, Debut pada BRZ Jepun
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
BACA >>> #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!

Auto Terkini Roda4 Subaru Subaru BRZ Subaru BRZ tS Subaru BRZ tS 2024
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.