• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa

Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa

January 13, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA, Daihatsu dan Perodua berada bawah ekosistem automotif sama. Perodua tidak dimiliki Toyota, tetapi sejumlah saham atau 32 peratus dimiliki Daihatsu (Jepun dan Malaysia), dan Mitsui & Co dari Jepun.

Walaupun bukan milik penuh Daihatsu, Perodua tetap menerima manfaat langsung dari segi perkongsian model, teknologi, kejuruteraan dan pengeluaran.

BACA >>> Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!
BACA >>> Daihatsu Rocky ADC (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM62k!

subaru-chiffon
subaru-sambar
subaru-stella
subaru-logo

Selain Perodua, beberapa model Daihatsu turut dijenama semula Subaru, misalnya Daihatsu Hijet kepada Subaru Sambar, Daihatsu Move kepada Subaru Stella, Daihatsu Tanto kepada Subaru Chiffon.

Terbaharu, Subaru menjenamakan semula Daihatsu Rocky sebagai Subaru Rex, atau dikenali sebagai Perodua Ativa di Malaysia. Dari situ kita dapat dilihat bagaimana skala ekonomi dibentuk dengan Daihatsu, Toyota, Perodua dan Subaru yang masing-masing ada model sendiri.

Subaru Rex 2022.01
Subaru Rex 2022.03

Subaru Rex pula bukan model baharu kerana ia berasal daripada siri keicar dengan tiga generasi antara 1972 dan 1992.

Sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV), Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Ativa tidak terlepas daripada diubah suai. Menerusi media sosial kita dapat lihat bagaimana SUV itu diubah suai dengan konsep bandar atau lasak (off-road).

Menghangatkan lagi suasana, Subaru bakal mempamerkan Subaru Rex Boost Gear Concept (2023) sempena pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2023. Konsep ringkas dari Subaru namun berjaya menyerlahkan sisi berbeza Subaru Rex!

Modifikasi dibuat sangat minima, tetapi berjaya membangkitkan aura off-road dengan:

  • Rim baharu dibalut tayar Yokohama Geolandar Mud Terrain.
  • Komponen seperti garnish depan dan sisi ialah aksesori rasmi Subaru untuk Subaru Rex, manakala braket bawah pintu dan penghadang lecak nampak seperti aksesori khas untuk TAS 2023.
  • Warna kelabu kusam yang digunakan sesuai untuk sebuah kenderaan lasak kerana pemilik tidak perlu risaukan tentang calar ketika meredah dahan dan ranting pokok.
  • Trenkuasa tidak seperti Ativa dengan enjin 1.0L Turbo, sebaliknya Subaru Rex dijana enjin aspirasi natural (NA) 3-silinder 1.2L dengan padanan transmisi automatik CVT berkuasa 85hp, dan tork 113Nm.
  • Di Jepun, Subaru Rex dijual pada harga 1.82 juta yen (RM61,090) dan 2.171 juta yen (RM72,870).

BACA >>> #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!
BACA >>> #PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu

Subaru Rex Boost Gear Concept
Subaru Rex Boost Gear Concept.01
Subaru Rex Boost Gear Concept.02
Subaru Rex Boost Gear Concept.03
Subaru Rex Boost Gear Concept.04
Subaru Rex Jepun
Subaru Rex 2022.01
Subaru Rex 2022.02
Subaru Rex 2022.03

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Boost Gear Concept, Daihatsu, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Subaru, Subaru Rex, Subaru Rex Boost Gear Concept, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev