Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!
Roda4

Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!

Han OthmanBy Han Othman02/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Honda WR-V (2023) melakukan debut global di negara jiran Indonesia sebentar tadi yang akan berentap dengan pesaing seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di pasaran tempatan.

Model ini diposisikan sebagai SUV segmen-B atau subkompak yang dijana enjin 1.5L berkuasa 119hp (121ps). Berikut perincian mengenai Honda WR-V (2023) berdasarkan kemas kini dalam laman web Honda Indonesia:

BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

Honda WR-V 1.5L E
Honda WR-V 1.5L RS
Honda WR-V 1.5L RS dengan Honda SENSING
  • Didatangkan dalam empat varian:
    • 1.5L E – Rp271,900,000 (RM82,430)
    • 1.5L RS – Rp289,900,00 (RM87,870)
    • 1.5L  RS dengan Honda Sensing – Rp309,900,000 (RM93,930)
  • Ada enam pilihan warna ditawarkan: Ignite Red Metallic Two Tone (merah-bumbung hitam, RS sahaja), Ignite Red Metallic (merah, RS sahaja), Taffeta White (putih, E sahaja), Stellar Diamond Pearl (putih mutiara, RS sahaja), Meteoroid Gray Metallic (kelabu) dan Crystal Black Pearl (hitam).
  • Dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dengan transmisi automatik CVT.
  • Ciri standard dilengkapi penghidup tanpa kunci (keyless) dengan butang tekan mula dengan penghidup enjin kawalan jauh, unit infotainmen skrin sentuh 7 inci, rim aloi 16 inci, cermin sisi dengan signal belok LED, soket kuasa, empat pembesar suara, kerusi fabrik dan penyaman udara digital.
  • Sistem keselamatan asas terdiri daripada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Bantuan Daki Bukit (HSA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), dan kamera parkir belakang dengan paparan multisudut.
  • Varian 1.5L RS mendapat tambahan sistem lampu LED penuh, pengingat tali keledar belakang, kunci auto apabila pemandu meninggal kenderaan, rim aloi dwi-tona 17 inci, penyaman udara automatik, cermin sisi boleh lipat automatik, tombol gear dan stereng kulit, dan kerusi semi-kulit.

  • Varian perdana 1.5L RS dengan Honda Sensing pula mendapat esktra pakej bantuan teknologi pemandu Honda SENSING yang terdiri daripada Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Tukar Jalan (RDM), Kawalan Jelajah Automatik (ACC), Notifikasi Tukar Lorong (LCDN) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), termasuk Honda LaneWatch, enam beg udara, port USB dan lampu utama automatik.

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800

Honda Indonesia Honda WR-V (2023) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

04/05/2026
Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

04/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

04/05/2026
HEV

GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

02/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.