• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu

8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu

March 20, 2019 By AO Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA HR-V RS ialah varian baharu dalam famili HR-V yang diperkenalkan Januari lalu bersama satu lagi varian baharu, HR-V Sport Hybrid i-DCD. Ini juga kali pertama Honda Malaysia memperkenalkan varian RS untuk pasaran tempatan.

Sempena Honda Malaysia meraikan gelaran pengeluar bukan nasional paling laris buat tahun keempat berturut-turut, kami tuliskan artikel khas mengenai HR-V RS?

1. Dikuasakan enjin 4-silinder 16 injap 1.8L SOHC i-VTEC dengan suntikan bahan api elektronik PGM-FI, dan transmisi CVT yang menghasilkan kuasa 140hp @ 6500rpm dan tork 173Nm @ 4,300rpm.

2. Ada 3 warna pilihan untuk HR-V RS: Passion Red Pearl (merah), White Orchid Pearl (putih) dan Modern Steel Metallic (kelabu gelap).

3. Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson (depan) dan torsi beam (belakang), manakala sistem brek dipasangkan cakera lelubang (depan) dan cakera solid (belakang)

4. Dimensi badan sama seperti varian lain kecuali lebar 1,790mm (lebih lebar 18mm), dan panjang 4,346mm (lebih panjang 12mm), serta berat iaitu 1,290kg, iaitu lebih berat 19kg daripada varian V, tetapi 10kg lebih ringan berbanding varian hibrid.

5. Sebenarnya, HR-V varian paling standard (E) pun boleh dikatakan sudah memiliki pakej lengkap yang turut ada pada varian atasan, termasuk RS seperti pedal syif, port HDMI dan USB, 4 pembesar suara, stereng dengan kawalan audio, kawalan jelajah, penghidup automatik dengan butang tekan mula (push-start), punat ECON dan cermin sisi elektrik.

Namun, HR-V RS berkongsi banyak persamaan ciri dengan varian V, iaitu:

  • Lampu utama LED dengan pelarasan automatik
  • Lampu kabus LED
  • Lampu belakang LED (jenis Guide, lebih jelas)
  • Stereng kulit penuh
  • Kerusi elektrik 8-tetapan sebelah pemandu
  • Upholsteri kulit warna Ivory (putih)
  • Kamera Honda Lane Watch (LWC)
  • Kamera pandang belakang multisudut (MARC)
  • Paparan audio 7 inci
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-4
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-5
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-7
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-12

6. Ciri spesial tentang HR-V RS dan tiada pada varian lain pula ialah:

  • Rim aloi dwi tona 18 inci corak unik dengan tayar 225/50R18
  • Lencana RS di penjuru but
  • Kit badan hitam di bampar (depan dan belakang), skirt sisi hitam dan gril depan sport
  • Pedal sport, hendal pintu krom gelap, kemasan lampu kabus jenis jejaring (mesh).
  • Kemasan lesen krom hitam

7. Menarik tentang HR-V baharu, setiap varian boleh dikatakan dibekalkan ciri keselamatan lengkap. Cuma varian E dan Hybrid tiada ciri kamera Honda Lane Watch (LWC), selebihnya semua sama, terdiri daripada:

  • 6-beg udara
  • Brek pegun automatik (ABH)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Kerusi belakang ISOFIX
  • Kameran pandang belakang multi sudut (MARC)
  • Penggera keselamatan dan imobiliser

8. HR-V RS dijual pada harga RM124,800, tanpa insurans dan setiap pembelian akan mendapat pakej waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, dan percuma caj buruh hingga 6 kali dalam jangka masa perbatuan 100,000km atau 5 tahun.

honda-hr-v-rs-2019-malaysia-1
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-2
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-3
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-4
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-5
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-6
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-7
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-8
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-9
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-10
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-11
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-12
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-13
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-14
honda-hr-v-rs-2019-malaysia-15

Artikel Berkaitan

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, fakta pantas, Honda, Honda HR-V RS, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my