Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Stellantis Lancar SUV Elektrik Segmen-D, Leapmotor C10 2024 di Malaysia, Harga RM159k!
Roda4

Stellantis Lancar SUV Elektrik Segmen-D, Leapmotor C10 2024 di Malaysia, Harga RM159k!

Han OthmanBy Han Othman19/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan keempat terbesar dunia, Stellantis hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik segmen-D Leapmotor C10 2024 untuk pasaran Malaysia pada harga RM149,000 tanpa insurans untuk tempah terhad.

Harga ini sah untuk pembelian setakat 30 November 2024 sahaja sebelum dijual pada harga sebenar RM159,000.

Majlis pelancaran dibuat di pusat beli-belah The TRX Exchange yang turut dihadiri Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Stellantis, Daniel Gonzalez dan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais.

Berikut spesifikasi Leapmotor C10 2024:

Trenkuasa

  • Dijana bateri litium-besi-fosfat (LFP) 69.9kWh dengan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) AI.
  • Menggunakan unit motor elektrik Sinkronik Magnetik Kekal (Permanent Magnetic Synchronic, PMS) dengan output kuasa 160kW (214hp) dan tork 320Nm.
  • Bateri disejukkan cecair, manakala motor elektrik mendapat sistem penyejukan minyak yang memberikan penambahbaikan hingga 10 kali ganda kepada aspek perlindungan trenkuasa dan keselamatan selain menawarkan prestasi konsisten dan jangka hayat bateri lebih lama dalam kondisi mencabar.
  • Ada empat mod pandu: ECO, Comfort, Sport dan Custom.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat.
  • Jarak pemanduan 424km Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP),  dan 477km mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Sistem pengecasan standard (AC) 6.6kW
  • Turut menyokong pengecasan pantas DC 84kW dengan tempoh masa mengecas 30-80 peratus kira-kira 30 minit.
  • Memiliki ciri V2L untuk dijadikan sumber kuasa kepada perkakasan elektrik luar kenderaan.
  • Bateri ini disejukkan oleh cecair, manakala motor elektrik mendapat sistem penyejukan minyak yang memberikan penambahbaikan sehingga 10 kali ganda kepada aspek perlindungan rangkaian kuasa dan keselamatan. Ia juga menawarkan prestasi yang konsisten dan jangka hayat bateri lebih lama di bawah kondisi mencabar.
  • Menggunakan Arkitektur Elektrikal dan Elektronik Bersepadu (E/E) ‘Four Leaf Clover’ inovatif dan pertama seumpamanya yang direka untuk memusatkan semua kawalan kokpit, pemanduan, kuasa dan domain badan kenderaan menerusi cip Qualcomm Snapdragon 8155.
  • Tetapan ini dilihat penting bagi memastikan integrasi lancar antara rekaan kabin, pemanduan dan parkir, sekali gus mengetepikan respons perlahan dan memberikan komunikasi serta-merta sesama komponen penting dalam ekosistem pintar C10.

Luaran

  • Kapasiti but 435 liter dengan ruang ekstra hingga 1,410 liter apabila kerusi dilipat rata dalam konfigurasi 60:40.
  • Pintu belakang kuasa boleh dioperasi dalam beberapa pilihan ketinggian.
  • Ada empat warna pilihan, iaitu Glazed Green (hijau), Pearly White (putih), Canopy Grey (kelabu), Tundra Grey (kelabu).

Dalaman

  • Ada skema warna dalaman khas Criollo Brown (coklat) untuk Glazed Green (hijau), dan Midnight Aurora (hitam).
  • Rekabentuk minimalis ruang kabin membuatkan SUV EV ini tidak memerlukan butang fizikal selain menawarkan pengalaman lebih intuitif menerusi ciri arahan suara.
  • Unit infotainment skrin sentuh 14.6 inci dikuasakan sistem operasi Leap OS 4.0 yang disepadu dengan ciri kemas kini dalam talian Over-the-Air (OTA) untuk akses berpusat.
  • Kluster instrumen 10.2 inci pula memaparkan segala maklumat penting pemanduan, manakala urusan memarkir dan melepasi laluan sempit menjadi lebih mudah dengan kehadiran kamera panoramik 360° dan pandangan casis transparen.
  • Material kerusi menggunakan tekstil silikon OEKO-Tex Standard 100 yang mesra bayi.
  • Aliran penyaman udara disalurkan menerusi corong elektrik dengan fungsi pembersihan udara boleh ubah dan sistem penapis PM2.5 terbina dalam.
  • Kokpit pemandu diposisi secara intuitif pada penukar gear di kolum stereng elektrik.
  • Akses masuk ke dalam kenderaan dan menghidupkan SUV boleh dilakukan menerusi kad NFC atau aplikasi mudah alih Leapmotor.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dan 4-tetapan untuk penumpang depan, lengkap dengan tetapan memori.
  • Kedua-dua kerusi depan mempunyai ciri ergonomik 3D dengan fungsi ventilasi sejuk selain ciri Driver Seat Departure yang memberi notifikasi sekiranya telefon bimbit tertinggal dalam kereta.
  • Direka berorientasikan keluarga dan fleksibel dengan dimensi panjang kabin 1.8 meter dan lebar 1.2 meter serta tempat duduk boleh lipat rata seperti sebuah katil kembar.
  • Aspek versatiliti boleh dicapai dengan melipat semua kerusi untuk menghasilkan Camp Mode dan NapM ode bagi memenuhi apa jua aktiviti.
  • Konsol depan dilengkapi pad pengecasan wayarles 15W, satu ruang simpan barang, satu soket 12V, dan port USB Type-C 60W dan USB Type-A.
  • Penumpang belakang boleh mengecas peranti pintar menggunakan dua port USB Type-C atau USB Type-A.
  • Bahagian penumpang belakang menawarkan ruang kaki 951mm dan ruang kepala 1,050mm.
  • Tempat duduk belakang boleh direbahkan dengan hanya satu langkah.
  • Memiliki bumbung kaca panoramik 2.1 meter persegi dengan pelindung matahari boleh tarik
  • Ada lampu ambien berirama dengan warna boleh tukar.
  • Ada 12 unit pembesar suara bunyi keliling dengan efek bunyi AI, dan dilengkapi empat mod audio dewan konsert (Enjoyment, Surround, Theater, dan Dynamic), serta amplifier 840W

Ciri Keselamatan

Leapmotor C10 2024 serba baharu menawarkan ciri keselamatan komprehensif selain 7 beg udara, iaitu menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 Leap Pilot dengan ciri seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kawalan Tengah Lorong (LCC)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Pengedan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Kekal Lorong Kecemasan (ELK)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang-Brek Trafik Lintas Belakang (RCTA + RCTB)
  • Bantuan Halaju Pintar (ISA)
  • Amaran Pemandu Mengantuk (Driver Drowsiness Alert Warning, DDAW)
  • Amaran Gangguan Pemandu Termaju (Advanced Driver Distraction Warning, ADDW)

Waranti

Leapmotor C10 2024 didatangkan dengan pakej waranti:

  • Waranti kenderaan enam tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu)
  • Waranti bateri lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu)
  • Selang servis adalah setahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu)

Stellantis Malaysia mendakwa akan mempercepat aspek jualan, pengedaran dan servis selepas jualan untuk SUV elektrik ini di pasaran pasaran bermula di 18 poin lokasi jualan tahun ini dan merancang menambah sembilan lagi premis menjelang 2025.

Menjelang tahun depan, ada 16 pusat servis sah dam enam daripada premis itu dijadual beroperasi suku keempat tahun ini.

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz Kenderaan Elektrik (EV) Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) Leapmotor C10 2025 Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) Roda4 Stellantis SUV Elektrik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

13/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.