Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stellantis: Insentif EV Perlu Diteruskan Bersasar, Berfasa untuk Belanjawan 2026
Auto Terkini

Stellantis: Insentif EV Perlu Diteruskan Bersasar, Berfasa untuk Belanjawan 2026

SyafieBy Syafie19/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo

INSENTIF kenderaan elektrik (EV) di Malaysia perlu diteruskan secara bersasar dan berperingkat untuk Belanjawan 2026, bukan dilaksanakan tanpa had.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan keyakinan pengguna terus terjamin dan industri automotif kekal berdaya saing.

Insentif Berfasa Bantu Bina Ekosistem EV Kukuh

Stesen cas EV di Malaysia

Yeo berkata lagi, insentif yang disusun berfasa akan melindungi pengguna daripada lonjakan kos mendadak, mengekalkan momentum pasaran dan mewujudkan penanda aras jelas bagi pembangunan ekosistem EV.

Insentif yang sejajar dengan pemindahan teknologi tempatan akan membina ketahanan industri, bukan mencipta kebergantungan. Langkah ini juga memastikan Malaysia kekal kompetitif berbanding negara serantau.”

Beliau menambah, sejak 2022, insentif di bawah Dasar Automotif Nasional 2030 (NAP 2030) memberi peluang pengguna merasai pengalaman pertama memiliki EV pada harga lebih mampu milik. Perkembangan positif itu dapat dilihat melalui:

  • Peningkatan minat pengguna terhadap EV
  • Rangkaian pengecasan semakin meluas
  • Pelaburan baharu daripada pengeluar automotif

Namun beliau mengingatkan kadar penembusan EV di Malaysia masih sederhana dan liputan pengecasan belum cukup menyakinkan bagi penggunaan harian.

Stellantis Sedia Pemasangan EV di Gurun, Kedah

Logo Stellantis

Yeo mendedahkan, Stellantis akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV, Leapmotor di fasiliti Gurun, Kedah menjelang hujung tahun ini. Stellantis juga memperkukuh:

  • Perkhidmatan selepas jualan menerusi rangkaian Eurorepar
  • Hab alat ganti serantau di Malaysia untuk memastikan kos penyelenggaraan lebih rendah
  • Menyediakan peluang pekerjaan dan pemindahan kemahiran kepada tenaga kerja tempatan

Insentif Tidak Boleh Kekal Selamanya

Yeo menegaskan sebarang lanjutan insentif EV mestilah dilaksanakan secara berdisiplin dan telus, dengan kaitan jelas kepada pencapaian industri.

Jika Kerajaan tidak melanjutkan insentif, ia seharusnya dilihat sebagai evolusi semula jadi perjalanan EV negara, bukan langkah ke belakang.”

Menurutnya, setiap fasa insentif perlu memberi manfaat ketara kepada pengguna sambil memperkukuh daya saing industri Malaysia di peringkat serantau.

Impak Belanjawan 2025

Sebagai rekod, Belanjawan 2025 sudah memperkenalkan langkah merancakkan penggunaan EV, seperti:

  • Pengecualian penuh duti import dan eksais bagi EV CBU hingga 31 Disember 2025
  • Pengecualian duti import, eksais dan cukai jualan bagi EV CKD hingga 31 Disember 2027
  • Pelepasan cukai individu hingga RM2,500 untuk pemasangan pengecas rumah (hingga tahun taksiran 2027)
  • Rebat hingga RM2,400 bagi motosikal elektrik CKD
  • Insentif cukai pelaburan untuk operator dan pengeluar peralatan pengecas EV

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Belanjawan 2026 Insentif EV Insentif Kenderaan Elektirik Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) Leapmotor Pengarah Urusan Stellantis ASEAN Isaac Yeo Stellantis
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.