Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Wuling Cortez Versi Indonesia Didedahkan, Bakal Lancar Januari 2018
Roda4

Spesifikasi Wuling Cortez Versi Indonesia Didedahkan, Bakal Lancar Januari 2018

Han OthmanBy Han Othman20/12/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENDENGAR nama Wuling, mungkin boleh buatkan ramai pembaca ketawa terguling-guling. Tanpa perlu ditanya lagi, pasti semua orang tahu itu jenama dari China. Tetapi buat mereka yang mengikuti perkembangan terkini industri automotif antarabangsa, Wuling bukanlah calang-calang nama.

Pada 2002 Wuling membentuk kerjasama dengan SAIC, iaitu antara empat gergasi automotif di China, dan General Motors (GM), antara gergasi automotif di Amerika Syarikat (AS), dengan nama SAIC-GM-Wuling (SGMW). Di negara asalnya, Wuling sendiri terkenal sebagai pengeluar yang pakar dalam menghasilkan kenderaan kompak, termasuk bas, trak, kereta elektrik dan alat ganti permotoran.

BACA >>> Baojun 510 Varian Auto Kini di Amerika, Lebih Murah daripada Ford Fiesta – RM44k

Malah, pakatan SGMW setuju menggunakan jenama Wuling untuk memasarkan barisan microvan atau minivan di China. Pakatan bertiga itu turut mengeluarkan subjenama sendiri, dinamakan Baojun sebagai alternatif kepada jenama GM seperti Chevrolet dan Buick untuk pasaran AS, termasuk juga China. Jika anda salah seorang yang sedang ketawa berguling-guling itu, sekarang mungkin boleh mula berfikir secara serius.

WULING CORTEZ DI INDONESIA

Terbaharu, Wuling menerusi pengedarnya, Wuling Motors Indonesia bakal melancarkan model Cortez (bernama Baojun 730 di pasaran luar) untuk pasaran negara jiran itu tidak lama lagi.

Seperti dihebohkan banyak laman permotoran republik itu, Cortez ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersaiz lebih besar berbanding Confero yang pernah hadir ke pasaran Indonesia sebelum ini. Dalam segmen MPV, Cortez akan duduk sebaris dengan Toyota Kijang Innova (atau Innova di Malaysia), tetapi dengan enjin lebih kecil, iaitu 1.8L yang turut digunakan Chevrolet Cruze dan Orlando.

BACA >>> China Perkenal Kereta Elektrik Paling Murah – Baojun E100, Harga RM22,988

Dengan enjin 4-silinder sebaris DOHC, Cortez berupaya menghamburkan kuasa 129hp pada 5,600rpm dan tork 174Nm (3,600-4,600rpm) dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 5-kelajuan. Jenis transmisi automatik pula menggunakan teknologi dipanggil i-AMT (intelligent Automated Mechanical Transmission), atau bahasa mudahnya, AMT dengan mode E untuk Eco dan S untuk Sport.

Alasannya, transmisi AMT mampu menawarkan ciri manual 5-kelajuan, manakala kos penyenggaraan katanya lebih murah.

PENAMPILAN LUARAN ELEGAN

Luaran Cortez menampilkan lampu depan LED berserta lampu siang (DRL), juga LED. Gril tampil besar dengan logo Wuling tersergam megah, manakala lampu belakang LED agak mirip kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi, termasuk dibekalkan antena shark fin di tengah belakang yang diapit rel bumbung.

Ciri keselamatan Wuling Cortez membariskan teknologi parkir elektronik, dan bantuan brek tangan, dipanggil Automatic Vehicle Holding (AVH) yang sama seperti fungsi hold pada Honda HR-V. Sensor parkir ialah standard, iaitu 2 depan dan 4 belakang, bersama 4 beg udara (2 depan dan 2 sisi). Ciri standard lain ialah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), serta Kawalan Traksi (TRC). Cortez juga diberikan Kawalan Pegun Bukit (HHC), yang juga dipanggil Bantuan Mula Daki (HSA). Ciri ISOFIX dan kamera undur juga menjadi ciri standard.

DALAMAN SERBA MODEN

Menjengah ruang dalaman, ada beberapa elemen yang membuatkan Cortez tampil menarik. Antaranya, sistem infotainment dengan paparan skrin sentuh 8-inci dengan ciri sambungan terus kepada telefon pintar atau Mirroring, Bluetooth, dan navigasi. Suis kawalan audio pada stereng turut dibekalkan dan tidak dilupakan bumbung suria (sun roof) elektrik yang juga diberikan sebagai ciri standard. Kehadiran penyaman udara turut disediakan di tempat duduk baris belakang dengan ciri kawalan individual.

BACA >>> Lepas Lawat Geely Di China, Kami Yakin Masa Depan Proton Kembali Cerah – Pengedar Proton

Panel instrumen juga mengagumkan dengan gabungan analog dan digital menerusi Paparan Multi-Info (MID) berwarna yang memaparkan status kenderaan seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), multimedia, navigasi, indikator pintu dan informasi perjalanan. Lebih nampak mewah, Cortez juga dibekalkan kerusi elektrik, manakala setiap baris tempat duduk dilengkapi soket kuasa berupa port USB untuk kegunaan mengecas telefon pintar.

Ruang bagasi mampu menampung kapasiti 274 liter, tetapi jika tempat duduk baris ketiga direbahkan ruang dapat ditambah kepada 630 liter. Harga MPV ini bakal diumumkan pada Januari 2018. Rata-rata peminat automotif Indonesia nyata kagum dengan penampilan Cortez dan memberikan komen positif mengenai MPV menawan tersebut.

Bagaimana Malaysia? Andaian kami, orang Malaysia mungkin perlu mengambil masa lebih lama untuk benar-benar dapat menerima produk automotif China. Apapun, tepuk dada tanya selera! Sekarang, kita layan dulu imej MPV Cortez versi Baojun 730 untuk pasaran China:

SUMBER: AutonetMagz

Auto Terkini Indonesia Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 SAIC-GM-Wuling (SGMW) Wuling Wuling Cortez Wuling Motors Indonesia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

26/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

26/03/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

25/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.