Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k
Auto Terkini

Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k

AryonBy Aryon23/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL Harley-Davidson paling dinantikan, Pan America 1250 (2021) akhirnya diperkenalkan selepas kali pertama didedahkan tiga tahun lalu menerusi strategi peluasan produk syarikat itu.

Atas kertas, jentera advencer itu adalah pesaing kepada BMW R1250GS dan berikut ciri ditawarkan Pan America 1250:

  • Dijana enjin serba baharu, Revolution Max 1250 V-Twin DOHC penyejukan cecair VVT berkuasa 150hp @ 8,750rpm dan tork 128Nm @ 6,750rpm dengan transmisi baharu manual 6-kelajuan yang diagihakan ke roda belakang menerusi pacuan rantai.
  • Sistem suspensi jenis semi-aktif menggunakan fork terbalik (USD) 47mm dengan mampatan, lantunan dan spring prabeban boleh laras (depan) dan monoshock piggyback dengan mampatan, lantunan dan spring prabeban hidraulik boleh laras (belakang).
  • Varian Special didatangkan dengan ciri khas seperti: suspensi semi-aktif depan dan belakang dengan kawalan beban kenderaan (VLC), iaitu fork Show BFF dengan travel 190mm (depan) dan spring BFRC (belakang), sistem pemantau tekanan tayar (TPMS), tongkat tengah, pedal brek belakang multi-posisi, plat skid aluminium, gad gilap, lampu utama adaptif, deflektor angin tangan, pemanas grip tangan.
  • Dibekalkan ciri bantuan elektronik seperti sistem kawalan traksi (TCS) dengan lima mod tunggang, iaitu Sport, Rain, Road, Off-Road dan Off-Road Plus.  
  • Mod off-road kustom membolehkan penunggang memilih fungsi TCS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), respon terotel, hantaran tork dan tetapan suspensi yang dipilih menerusi kluster instrumen 6.8 inci boleh condong (untung posisi tunggang berdiri).
  • Sistem brek menggunakan brek radial monolok dengan kaliper 4-piston (depan) dan cakera apung dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Kluster instrumen menggunakan sistem infotainment skrin sentuh TFT 6.8 inci warna penuh dengan ciri multi-info seperti spidometer, gear, paras minyak, jam, trip, suhu ambien, amaran suhu rendah, amaran tongkat bawah, odometer, takometer,.
  • Ciri lain ialah pengecas USB-C, dan sambungan Bluetooth ke telefon pintar untuk akses panggilan telefon, muzik, dan navigasi menerusi aplikasi mobil Harley-Davidson.
  • Dijual pada harga £14,000 (RM79,700) untuk varian standard dan £15,500 (RM88,240) untuk Special. Harga tersebut tidak banyak berbeza dengan model pesaing R1250GS.

Adakah Pan America 1250 (2021) akan menjengah pasaran Malaysia?

BACA >>> Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k
BACA >>> BMW R 1250 R dan BMW 1250 RS Jengah Pasaran Malaysia, Harga Mula RM102.5k

PAN AMERICA 1250 (2021)
PAN AMERICA 1250 SPECIAL (2021)
ADV Bike Advencer Bike Harley-Davidson Harley-Davidson Pan America 1250 (2021) roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.