• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k

Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k

December 3, 2020 By Aryon Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson secara rasmi memperkenalkan subjenama baharu, Serial 1 Cycle Company yang akan menumpukan kepada pembuatan basikal elektrik menerusi debut  Serial 1 pada harga bermula AS$3,399 (RM13,840).

BACA >>> Harley-Davidson Lancar Basikal Elektrik - Serial 1

Ada empat varian Serial 1 ditawarkan dalam dua pilihan enjin, Brose S Mag dengan tork 90Nm dan kelajuan maksimum 25kmj, dan Brose TF Mag (90Nm, 45kmj), iaitu:

  • Rush/CTY Speed
  • Rush/CTY
  • Rush/CTY Step-Thru
  • Mosh/CTY

Ada dua pilihan warna iaiatu Gloss MidnightBlack/Matte Black dan Matte Vapor Silver/Gloss Burst Orange/Matte Black.

Varian Mosh/CTY dan Rush/CTY Step-Thru dilengkapkan pek bateri litium-ion 529Wh yang memerlukan 2.6 jam untuk mengecas 0-75 peratus, dan tambahan 2.15 jam untuk cas penuh. Satu lagi menggunakan pek bateri 706Wh dengan masa mengecas 0-75 peratus selama 3.5 jam, dan 75-100 peratus dalam 3.1 jam.

Sistem transmisi jenis automatik CVT Enviolo AUTOMATIQ. Sistem henti dipasangkan brek cakera  4-piston hidraulik di depan dan belakang.

Jarak tunggangan pek bateri 527Wh ialah 50-145km, manakala pek bateri 706Wh ialah 56-185km. Semua varian memiliki empat mod menunggang, iaitu Eco, Tour, Sport dan Boost.

Varian paling murah Serial 1 ialah Mosh/CTY yang berharga AS$3,399 (RM13,840), Rush / CTY Step-Thru berharga AS$4,399 (RM17,910), Rush/CTY berharga AS$4,499 (RM18,320), dan Rush/CTY Speed ​​berharga AS$4,999 (RM20,360). Proses penghantaran dijadualkan bermula penggal pertama tahun depan.

BACA >>> Ducati e-Scrambler - Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

harley-davidson-serial-1
harley-davidson-serial-1-5
harley-davidson-serial-1-white-2
harley-davidson-serial-1-white
harley-davidson-serial-2
harley-davidson-serial-3
harley-davidson-serial-4
harley-davidson-serial-5
harley-davidson-serial-6
harley-davidson-serial-7
harley-davidson-serial1-8

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: basikal elektrik, Basikal Elektrik Serial 1, e-Basikal, e-Basikal Serial 1, Harley-Davidson Serial 1, roda2, Serial 1, Serial 1 Cycle Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev