• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati e-Scrambler – Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

Ducati e-Scrambler - Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

July 28, 2020 By Aryon Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Scrambler adalah model yang disasarkan kepada penunggang muda dengan menampilkan saiz badan kecil, gaya klasik dan harga berpatutan.

Bagi meluaskan lagi barisan model ini, Ducati berkolaborasi dengan ThokEbike untuk memperkenalkan basikal elektrik dinamakan e-Scrambler.

BACA >>> Ducati Scrambler 1000 Club Italia - Edisi Terhad 80 unit untuk Ahli Kelab Vintaj

e-Scrambler adalah basikal gunung (mountain bike) yang sesuai dijadikan tunggangan harian di bandar dan jalan kotor di kawasan desa.

Mengayuh basikal ini tidak memerlukan banyak tenaga kerana dibekalkan bantuan kuasa tambahan. Menurut Ducati, menunggang basikal elektrik ini tidak jauh berbeza dengan basikal tradisional dari segi pusat graviti rendah (CoG) dan geometri frem.

Bahagian depan dilengkapkan lampu LED kecil supaya boleh ditunggang pada malam. Pelana direka untuk meningkatkan keselesaan yang membolehkan penunggang naik dan turun basikal dengan mudah dan selamat.

Basikal elektrik ini didatangkan dengan motor Shimano Steps E7000 250Watt (60Nm, 2.8kg) dengan pek bateri Shimano 504Wh. Julat operasi tidak diumumkan, tetapi dijangka mampu ditunggang tidak lebih 30km.

Perincian lain e-Scrambler adalah transmisi Sram NX 11-kelajuan, fork Suntour XCR 34 coil, boost LOR - 100mm, brek Sram Guide T dengan cakera 203mm dan kaliper 4-piston, dan tayar jenis Pirelli Cycl-e GT. Berat tanpa pedal basikal ini ialah 22.5kg untuk saiz M.

Ducati turut menawarkan kelengkapan tambahan untuk kegunaan harian seperti rak barang, madgad, tongkat dan lampu signal. e-Scrambler dijual pada harga AS$4,280 (RM18,200)

BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan

GALERI
ducati-e-scrambler-7
ducati-e-scrambler-18
ducati-e-scrambler-1
ducati-e-scrambler-13
ducati-e-scrambler-8
ducati-e-scrambler-6
ducati-e-scrambler-12
ducati-e-scrambler-10
ducati-e-scrambler-15
ducati-e-scrambler-11
ducati-e-scrambler-9
ducati-e-scrambler-5
ducati-e-scrambler-2
ducati-e-scrambler-3
ducati-e-scrambler-4
ducati-e-scrambler-14
ducati-e-scrambler-16
ducati-scrambler-logo

Artikel Berkaitan

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, basikal, basikal elektrik, basikal gunung, Ducati, Ducati e-Scrambler, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my