Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!
Auto Terkini

Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!

Abang HirataBy Abang Hirata28/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SONY Group Corporation
dan Honda Motor Co Ltd pada 4 Mac lalu mengumumkan berita mengejutkan. Dua syarikat itu bersetuju berbincang dan meneroka lebih mendalam bagi menubuhkan pakatan strategik dalam bidang mobiliti dan perkhidmatan mobiliti.

Apakah maksudnya?

Kedua-dua syarikat tersebut kini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi menubuhkan syarikat kerjasama baharu untuk membangunkan dan menjual kenderaan elektrik (EV) serta aspek pengkomersialan dalam perkhidmatan mobiliti. Secara ringkas, bakal ada EV hasil kerjasama Sony dan Honda!

BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!

Sony pernah mempamerkan model konsep elektrik Vision-S di Pameran Elektrik Pengguna (CES) di Las Vegas pada Januari 2020. Syarikat elektrik dan elektronik jelas menunjukkan keupayaan dan bayangan masa depan walaupun belum mengesahkan masa pengeluaran produk tersebut.

Vision-S dibangunkan dengan mendapat kerjasama firma kejuruteraan Austria, Magna Steyr. Menariknya, prototaip Vision-S juga sudah diuji di jalan raya Eropah.

Kerjasama dengan Honda pula belum mendedahkan sebarang objek fizikal, kecuali perkembangan menarik dalam industri EV. Pakatan dibuat itu menggabungkan keupayaan Honda dalam teknologi pengeluaran badan kenderaan dan pengurusan khidmat selepas jualan.

Sony pula membawa kepakaran dalam bidang pembangunan dan aplikasi pengimejan, pengesanan, telekomunikasi, rangkaian dan teknologi hiburan bagi membawa mobiliti dan perkhidmatan generasi baharu.

Apa lebih menarik, pengumuman itu turut mengesahkan model EV pertama daripada syarikat baharu tersebut yang dijangka mula dijual bermula 2025! Syarikat baharu itu juga bakal merancang, merekabentuk, membangunkan dan menjual EV tanpa memiliki atau mengoperasikan kemudahan pengeluaran.

Ini bermakna, Honda bertanggungjawab mengeluarkan EV pertama itu. Platform perkhidmatan mobiliti pula akan dibangunkan Sony dan digunakan syarikat baharu itu kelak. Menarik!

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Lebih Segar Untuk City, Accord
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Buka Tempahan di Jepun, Harga RM102k!

Auto Terkini EV Honda Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Kerjasama Sony-Honda Sony Sony Vision-S
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.