Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siti Kasim Pertikai Kos Pembangunan Basikal Azizulhasni, Shah Firdaus
Auto Terkini

Siti Kasim Pertikai Kos Pembangunan Basikal Azizulhasni, Shah Firdaus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BASIKAL digunakan dua pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini menjadi polemik hangat apabila ada pihak mempertikaikan kos pembelian basikal lumba itu..

Dipetik portal berita, HarianMetro, peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim, yang terkenal dengan panggilan Siti Kasim, memuat naik status di Facebook berserta artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dan firma Britain, TOTALSIM Ltd. (TOTALSIM).

Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai kos R&D tersebut. Baca <<< Azizulhasni Tayang Basikal RM300k untuk Misi Buru Emas Olimpik Tokyo >>>

Siti Kasim menulis;

Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi mula jadi perhatian sekarang. Sepanjang saya sokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya fikir itu berlebihan berdasarkan  situai negara kita sekarang.

“Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Maaf, sebab saya dapati ini benar-benar tak boleh diterima.”

BERAPA NILAI SEBENAR BASIKAL AZIZULHASNI?

Di Tokyo, Azizulhasni dan Shah Firdaus berlumba menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 seunit dan setiap pelumba dibekalkan tiga unit basikal.

Bagaimanapun, keraguan Siti Kasim itu dijawab beberapa netizen yang menjelaskan kos RM13 juta dibuat pihak TOTALSIM itu adalah melibatkan pelaburan dalam teknologi dan paten. Malah, basikal itu turut dijual ke beberapa negara lain.

Jelas salah seorang netizan,  basikal itu dibeli pada harga RM300,000 setiap satu. Tetapi basikal Azizulhasni dan Shah dikustomkan mengikut paten kayuhan masing-masing, manakala teknologi yang diaplikasi pada basikal itu akhirnya dijual kepada orang awam.

Ada juga yang memberikan komen mencuit hati seperti di atas ini.

Pendapat saya, sekurang-kurangnya beliau menunjukkan prestasi dalam setiap perlawanan dan pertandingan. Loihat Kabinet kita, mereka ada 7 jet peribadi, dan bayangkan kos penyenggaraan 7 jet peribadi!”

Siti Kasim turut berterima kasih terhadap individu yang memberi penjelasan mengenai cerita di sebalik kos pelaburan dalam artikel yang dimuat naiknya.

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), basikal untuk aksi trek Sukan Olimpik perlu juga dijual ke pasaran. Malah, model WX-R Vorteq itu sendiri sudah sedia ada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu. Azizulhasni semalam menghadiahkan pingat perak dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020.

BACA >>> Ini Pecahan Harga Komponen Basikal Dua Pelumba Trek Negara
BACA >>> Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

SUMBER: Harian Metro | Facebook

Basikal Trek Datuk Azizulhasni Awang keirin Muhammad Shah Firdaus Sahrom Siti Kasim Siti Zabedah Kasim WX-R Vorteq
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.