Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea
Sembang Deras

Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NEGARA pernah kecoh mengenai cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menyarankan basikal di negara ini disyaratkan mendapatkan lesen dan nombor pendaftaran, sama sama seperti kenderaan atas jalan lain.

Saranan tersebut dibuat susulan peningkatan aktiviti berbasikal di jalan raya awam dan lebuh raya yang mencetuskan ketidakpuasan pengguna jalan raya lain. Ini disebabkan tindakan beberapa konvoi basikal yang menggunakan ruang jalan utama secara sewenang-wenang hingga memaksa mereka pula perlu beralah.

Namun, cadangan MIROS juga dianggap sebagai terlalu ekstrem dan tidak praktikal dilaksanakan.

BACA >>> JPJ Mahu Kaji Semula Undang-Undang Berbasikal di Jalan Raya

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang terpanggil menyatakan pendapatnya mengenai cadangan MIROS tersebut, termasuk memberikan cadangan yang patut dipertimbangkan Kerajaan mengenai aktiviti berbasikal. Salah satunya adalah membina litar basikal.

Mari kita  baca pendapat Azizulhasni yang ditulis dalam Facebook miliknya.

* Status sudah disunting mengikut skema penulisan PanduLaju. Artikel asal boleh dibaca pada pautan akhir artikel.

BACA >>> #TahukahAnda: Kayuhan Keirin Cecah 70kmj, Basikal Ditempah Khas

Assalamualaikum.

Ramai yang minta saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya.

Pertamanya, idea/cadangan ini bagus, tetapi bagi saya pilihan terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh diaplikasi terlebih dahulu. Nak menjaga keselamatan penunggang basikal yang populasinya makin bertambah ini, cadangan saya ialah:

1. Pihak berkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru untuk kaki basikal. Peraturan saya maksudkan ialah peraturan ketika berbasikal di lebuh raya, peraturan berbasikal di jalan-jalan kampung, peraturan beberbasikal di jalan off-road dan peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada  polisi keselamatan bersepadu di jalan raya.

2. Perlu ada kempen dan program/projek kesedaran tentang berbasikal dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka tengok rakan-rakan peunggang basikal lain mengayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya lain.

Tapi saya percaya kebanyakan mereka tiada pengetahuan asas tentang cara dan peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini lebih jimat kos berbanding cadangan seterusnya.

3. Berbasikal di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk bina litar basikal yang mana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh di sini tanpa gangguan kenderaan lain.

Trek basikal di Korea menghubungkan wilayah ke wilayah.
Trek ‘Skylane Bangkok’ di Thailand memiliki jarak 23.5km.

Tak payah pergi jauh, negara jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Trek berbasikal ini amat popular di Bangkok dan ada jarak 23.5km satu pusingan. Kayuhlah sampai lebam dalam tu.

Korea pun sudah lama ada trek khas basikal dan mereka lagi hebat, jarak trek hampir 1,000km yang menghubungkan negeri ke negeri. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage-by-stage ala Tour de Langkawi (touring) dan mereka yang lengkap 1,000km akan dapat sijil.

4. Ada banyak lagi nak tulis, tapi fokus tiga itu dululah kot, kau orang ada nak tambah apa-apa boleh cadangkan dalam ruangan komen.

Katakan kita pilih jalan terakhir, aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan ada hak sama atas jalan raya. Maka perlu bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal seperti laluan khas basikal dan tempat parking basikal di kebanyakan tempat.

Jaringan laluan basikal di Melbourne.

Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti Belanda, basikal antara pengangkutan harian ke tempat kerja, di sana ada laluan khas dan tempat parkir basikal khas merata-rata. Di Melbourne, Australia pula ada jalan/jejak (paths/trails) basikal khas. Anda boleh google ‘Melbourne Bike Grid Map’ dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ia bersambung satu sama lain dan sangat efektif digunakan.

Malah ramai yang memilih berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga menjadi produk pelancongan yang mana kita boleh berbasikal sambil menikmati sejarah dan keindahan ibu kota Melbourne.

Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat, tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunakan. Di Poland dikenakan lesen plat selepas Perang Dunia Kedua (WWII) hingga akhir 1960-an. Di Switzerland pula pernah guna plat lesen dipanggil ‘Velovignette’, tetapi sudah dihentikan pada 2011. Di Jerman juga mereka sudah hentikan plat lesen lama dulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka mengayuh basikal. Di Toronto, Kanada, ada dibincangkan idea ini pada 1984, 1992 dan terkini 1996, tetapi tidak diterima ramai kerana tidak efektif.

Antara beberapa faktor utama ia ditolak adalah mengenakan lesen dan plat tidak mengubah sikap atau perlakuan pengayuh basikal dan kedua, menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berbasikal ke sekolah (dan sebagainya) serta boleh menghalang minat ke arah aktiviti lebih sihat.

Mengenakan lesen dan plat hanya akan mengurangkan pengguna basikal. Sekarang ini kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat. Kalau di-tackle betul, mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan). Basikal ini pun negara maju lain dianggap sebagai bersih, senyap dan hijau.

Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.

Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk dapatkan lesen ini, mana boleh bagi lesen suka-suka hatikan? Jadi perlu difikirkan pula satu sistem seperti pengguna kenderaan lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen. Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pula?

Banyak yang saya nak huraikan, tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini dulu buat masa ini. Kesimpulannya, bagi saya jika nak bina lorong basikal atau laluan khas seperti negara maju lain itu mungkin agak rumit sikit, faktanya kita sudah cuba dulu dan gagal.

Nak bina infrastruktur khas ini adalah tahap pembiayaan yang berbeza memerlukan dana besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang, ekonomi kurang stabil). Oleh sebab itu bagi saya, mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dulu poin 1 dan 2 dulu (kalau boleh 3 lagi bagus) atau mungkin ada banyak lagi idea bernas daripada rakyat Malaysia lain sebelum idea lesen dan plat digunakan.

Atau mungkin juga sudah sampai masa diberikan pengiktirafan undang-undang (recognition of law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna jalan raya lain?

SUMBER : Facebook AzizulhasniAwang

Auto Terkini Azizulhasni Awang Basikal Perlu Lesen dan Nombor Plat Cadangan Azizulhasni Awang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Jaguh Lumba Basikal MIROS sembang deras
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini

    28/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.