• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

December 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Thailand baru saja memperkenalkan dua model basikal baharu khas buat mereka yang meminati aktiviti atau sukan berbasikal, iaitu E-MTB dan Road Bike.

Rekabentuk kedua-dua basikal itu cukup menarik, dan begitu juga tanda harganya 😅. E-MTB berharga 218,000 baht (RM29,360), manakala Road Bike dijual pada harga 349,000 baht (RM46,990), menurut Facebook Kawasaki Motor Thailand.

BACA >>> Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k

Bagaimanapun, maklum balas diterima lebih ramai yang menyindir pengenalan basikal jenama Kawasaki itu yang sebenarnya sarat dengan komponen Shimano. Ada juga portal berita membandingkan harga Road Bike dengan sportbike Ninja ZX-25R yang dijual pada harga lebih murah, 269,000 baht (RM36,220) di Thailand.

Krisis Covid-19 banyak mengubah aspek kehidupan manusia, dan salah satunya semakin ramai menunjukkan minat bersukan seperti berbasikal.

Ada mendakwa peningkatan aktiviti berbasikal menyebabkan jualan basikal naik berlipat kali ganda. Mungkin ini sebab utama Kawasaki memberi perhatian kepada segmen basikal di Thailand.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai spesifikasi dua basikal tersebut selain ciri frem gentian karbon dan seragam hijau hitam Kawasaki. Semakan di laman web Kawasaki Thailand mendapati belum ada perincian produk dipaparkan setakat ini.

Basikal jenis road bike memang diketahui umum berharga mahal kerana menggunakan komponen dan material sukan lumba.

BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...

Kawasaki Road Bike
Kawa road
Kawa road 3
Kawa road 1
Kawa road 2
Kawa road 4
Kawasaki E-MTB
Kawa MTB
Kawa MTB 4
Kawa MTB 3
Kawa MTB 2
Kawa MTB 1
Kawa basikal harga 1
Kawa basikal harga

SUMBER: MotorPlus | KawasakiMotorThailand

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki E-MTB, Kawasaki Motor Thailand, Kawasaki Motor Thailand (KMT), Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki Road Bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my